Thursday, October 17, 2013

Maternity / Backpain/ Nursing Support Pillow aku punya

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Asslamualaikum uols..

semalam aku balik kerja. sampai depan rumah terus keluarkan beg lappy dan segala barang, hangkut sekali, lupa nak kuarkan kunci rumah. pas tu tekan2 loceng banyak kali, dengan harapan adalah yang sudi berlari tolong bukakan pintu untuk mak buyong ni kan.. ha.. dan2 abah datang tolong buka pintu and disambut dengan si kecik Amira.. 

masuk je ruang tamu, aku nampak satu benda yang familiar sangat. tp warna lain.. rupa-rupanya, Maternity Pillow (G-shape) amira dah siap.. tersadai kat ruang tamu tu.. kemain happy dia.. mana tak happy nya.. dia tak perlu kongsi bantal or berebut bantal ngan aku lagi..haha3..

ok.. cepat benar aku membebel kan..actually, cik suami dulu, cadangkan nak hadiahkan aku satu bantal Maternity Pillow (G-shape), memang khas untuk orang mengandung or sakit belakang. so, masa awal kehamilan, aku tak de masalah tido, just kerap sakit belakang.. sebagai tanda kasih sayang suami dan keprihatinan si suami yang baik hati, so beliau cadangkan nak hadiahkan isteri yang comel bantal Maternity Pillow (G-shape) beli kat kedai online facebook. even lepas bersalin nanti pun leh guna, untuk sakit-sakit belakang. 

so, bila si isteri comel dapat hadiah best, si kecik Amira comfirm-comfirm la tak puas hati..sebab dia tak dapat.. bulan pertama aku tido kat bantal tu, setiap malam amira akan bangun..konon-konon nak susu.. kenapa konon-konon kan?? sebab dia tak bersungguh-sungguh nak susu.. bila aku bangun g wat susu dia seludup tido kat bantal aku. so aku kene tido kat tempat dia.. tu taktik amira okeh.. sampai satu masa tu, dia minta aku nyah dari bantal aku, sebab dia nak tido kat situ..sangat mengada.. sebaik la aku ibu yang penyayang kan..so bg la can..

"nak do ni, nak do ni," Amira (nak tido sini..nak tido sini)

so, bila bangun pagi aku akan rasa la itu back pain, dan menjadi alasan utk aku malas g keje.. hahaha3.. so, aku citer la kat abah. so abah decide nak tempah satu untuk amira. abah tempah pada staf tempat abah kerja. kos tempah RM50. tu pun, aunty tu cakap banyak sangat. tapi tak per la..tolong kawan kan..cost kekabu dalam 4 bantal ialah RM100.00. pas tu aku plak beli kain untuk wat bantal.. untuk bantal ni, aku beli dua kain, satu yang bahagian dalam isi kekabu, dan yang sarung luar beli la yang corak-corak.. kene beli kain yang sesuai untuk wat sarung bantal la.. besenya orang guna kain cotton. total 2 kain dalam RM80. so total untuk bantal amira je.. dalam RM230.. agak costly la jugakkan berbanding cik suami belikan kat page tu.. tapi kelebihannya kalau tempah sendiri, corak kain leh pilih sendiri.. sebab time aku beli ari tu tak banyak corak kain cotton yang menarik hati aku..so aku amik jer la corak yang dah sedia ada, yang aku tertarik..heee.



Amira dan bantal barunya..

kenapa kami suka bantal ni, sebab dia best.. 1st sebab guna isi kekabu kan.. terasa sejuk la even berat. pas tu bantal ni dah siap bantal peluk. kalo yang bahagian tulang bantal tu leh jadi bantal peluk juga leh support perut yang berisi..pas tu bhg sebelah tu leh support perut je la.. dan juga suport tulang belakang kita, bagi tido dan esoknya leh bangun ngan rasa selesa.. so memang best la dan berbaloi beli, terutama bagi yang ada sakit-sakit belakang tak kira la ibu mengandung ke, laki ke pempuan ker.. kalau dah letih wat keje umah, pas tu landing kat bantal ni..perghhh.. rasa nak tido tak nak bangun-bangun..hahaha3. sengal je kan.. kalo untuk budak-budak yang tido lasak macam si kecik Amira, insyaallah, bleh halang daripada jatuh katil..heee

so pada sesiapa yang berminat nak beli bantal ni, leh singgah page ni.. Maternity/Backpain/Nursing Support Pillow. cost dorang lagi murah la dari cost aku tempah, if uols jenis tak kisah kan dengan corak sarung bantal.. sarung jer punnnnn... *aku ni ha cerewet skit..ceh!!*. dorang ni beroperasi kat Perlis, kalo tak silap aku. so, kalo nak COD leh kot..hee

yang ni bantal dan sarung bantal yang aku tempah.

this one is my feedback about the pillow..besttt..hee

Sekarang ni, dorang ngah wat promosi aidiladha. harga dalam RM199. harga biasa RM230. yang ni untuk bantal Lyna Full Body Support Pillow. yang aku punya tu bentuk G-shape. kira murah la ni. tp x comfirm maswuk postage ke tak. leh pm owner page yer.. ^__^ 

bentuk untuk full body support pillow, macam ni ha..nice kan.. heee


and ada satu lagi page yang jual bantal macam ni..page Sofea Suhaimi (Maternity Pillow). tapi dorang tak guna isi kekabu. dorang guna polyester fiber. hurm..yang ni aku tak tahu la.. tapi yang best bagi aku, corak sarung bantal dorang banyak yang menarik.. harga mahal skit macam bantal yang abah tempah tu. kalau bantal dengan saung cotton biasa RM200. dengan sarung cotton english harga RM245. psotage free untuk semenanjung, tp cas Rm25 untuk sabah/ sarawak. cod area Putrajaya. 


ok. tu jer nak share..
adios!!

Wassalam ^_^ v

Monday, October 14, 2013

tentang 'sikap' or dlm englishnya 'attittude'

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

sehari sebelum hari raya aidiladha, aku masih lagi di office. even Dr. aku cuti hari ni..dan aku rasa SU dia pun cuti gak..aku jer yang gigih datang kan hari ni.. memandangkan petang ni pun aku ada appointment dengan doktor kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar, so better aku g keje kan..so nnt balik terus g hospital..heee

pic i cilok sini.. hee http://flow-era.blogspot.com.


about this entry.. aku dah lama pendam nak tulis, tp amik mood tu yang lama..ha3.. biasala..menulis mesti ada mood, baru bersemangat nak berceloteh.. he3.. attitude.. apa yang aku ingin kisahkannya??

perkara atau ucapan yang paling mudah untuk di ucapkan.. menunjukkan yang kita ni seorang yang humble di sisi manusia dan paling utama di sisi Tuhan kita.. menunjukkan juga yang kita or korang tak mampu untuk hidup sendiri.. 

Please and Thank you..

Two words yang boleh change your mood, your life. dari uol bengang leh jadi happy. dari korang rasa malasnya nak buat, tetiba korang leh rasa ringan jer badan tu nak wat sesuatu untuk some one.. betul tak.??

ni pendapat aku...ok..

1. Please

rata-rata orang kat Malaysia ni, even kadang-kadang aku sendiri, bleh terlepas pandang akan this word. kenapa?? sebab kadang-kadang kita fikir ala.. orang yang kita minta tolong, or minta buat sesuatu itu, adalah orang bawahan kita, adik-adik kita or may be anak kita sendiri.. so.. ko buat la keje untuk aku.. without we think about their feeling..even though sesetengah orang tak kisah.. tp pada aku, aku kisah.. haha3..

let see.. contoh kes: kita bos.. kita minta orang bawahan kita siapkan report dan kita nak hari tu jugak sebelum habis waktu kerja.. ok, memang tugas orang bawahan buat kerja untuk bos.. but why not if bos memberi arahan dengan say 'please' with a polite way..? tak rugi tak salah. pekerja memang sedia maklum memang theyol kene wat keje, tp cara bos minta kerja tersebut dengan cara yang baik, dengan perkataan yang menyenangkan, akan buatkan pekerja bawahan melakukan tugasan tanpa rasa berat, malas or rasa nak maki. mungkin tak semua orang kisah akan hal ni... but trust me, cara kita meminta, cara kita treat orang akan merubah persepsi orang terhadap kita, dan cara mereka melakukan sesuatu untuk kita.. faham??

kes lain plak. seorang tua, yang cengeng, bengis, pemarah, dan kedekut.. (contoh kes ok..tapi realiti hidup, aku rasa ada orang tua macam ni kan..) tetapi tak berdaya untuk menguruskan diri..so pastinya dia akan meminta tolong pada orang sekeliling nya.. tak kira la, bibik (seorang yang telah di gajikan oleh anak-anak untuk menjaga orang tua), anak-anak ataupun cucu sendiri. so, sepatutnya bila dah rasa diri tu tak berdaya dan memerlukan bantuan orang lain, apa kata nak mengarahkan orang wat sesuatu untuk kita dengan perkataan 'tolong or please'.. contoh, "Bibik, tolong amikkan baju saya dalam alamari", "Bibik, tolong kacaukan aku air milo. nenek haus sangat." berbanding dengan, " Bibik, amik tu.." "Bibik, masakkan lauk ni..aku lapar".. pergh!! berbeza tak perasaaannya.. bila dengar pun rasa malas nak buat kerja tu, rasa tak bersemangat dan tak ikhlas nak tolong.. ada tak ras cam tu. ada tak?? haha3..

2. Thank you..

bila orang dah tolong kita, ringan-ringan kan la mulut tu ucap terima kasih.. tak rugi pun.. lagi gembirakan hati orang ada la.. ni dah la la tak nak ucap 'tolong'.. ucapan 'terima kasih' pun, lagi la tak de..ish3.. tak rasa malu ker???? ntah la.. aku sangat emo dengan dua perkataan ini.. sebab tu, aku akan ajar diri aku dulu untuk ucap 2 perkataan penting ni, tak kira la dengan kengkawan ke, adik-adik aku ker.. emak ngan ayah lagi la kene ucap yang baik-baik lagi.. perkara ni ajar kita untuk jadi lebih sopan santun dalam berbicara, jadi humble bila sebenarnya, ada perkara yang kita tak mampu buat sendiri, belajar menghargai usaha orang yang tolong kita dan bersyukur pada manusia dan Allah itu sendiri..

dan si kecik amira pun, kecik-kecik aku dah tegaskan dia untuk ucap 'ma cih' bila dia dapat susu dari uwan, or orang lain bagi pape kat dia.. and bila orang ucap 'terima kasih' dia akan ucap 'sama-sama'. benda mudah yang tak susah di buat.. 

bagi aku, dua perkataan ni mampu merubah hari-hari korang yang may be tengah stress, yang rasa nak marah je ari tu.. dan boleh wat kan korang happy bila menerima atau memberi ucapan tersebut.. cuba amalkan.. insyaallah.. pasti korang dapat merasai perubahannya.. heeee 


ok tu je bebelan aku ari ni.. yang sedang bekerja, buat keja bagi siap. aku half day ari ni.. memang kalo sok cuti perayaan, ari ni yang bekerja, keje half day jer..heee.. orite.. sELamAt HaRi RayA AidiLaDha.. ^__^

ok, tu jer..
adios!!

Wassalam ^__^ v