Wednesday, June 26, 2013

Lilypie.. 203 days to go!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

kalo sape2 yang cek Lilypie aku, pasti sedar apa yang sedang aku alami skang..hehe3.. so, alhamdulillah.. setakat ni, hal yang sama berlaku masa aku preggy kan amira.. tak mabuk melampau dan still kuat nak wat kerja-kerja rumah. dan yang paling best nak layan baby aktif amira..hoho3.. start semalam aku dah panggil amira 'kakak'..biar dia sedar diri skit..haha3

tp ada la pening2 skit.. ubat aku bila aku pening, sure la asam putih.. he3.. uols tahu kan asam putih, asam yg kedut2 tu.. tp putih la. ada yang warna merah kan.. pas tu makan dengan limau kasturi..pergh..perghh..pergh..masyuk sngat..

 lagi best ialah cara aku makan, aku basuh buah limau tu elok2, dan potong kepala limau tu. bagi nampak isi dalam.. pas tu buang biji-biji limau tu guna hujung pisau.. then, amik asam tu..calit-calitkan kan bahagian dalam limau..bagi berair skit.. pas tu hisap..nyum-nyum..masam-masam manis..he3..sedap sangat..pas tu, kalo rela leh makan skali satu biji limau tu dengan kuli-kulit dia skali.. sedap jugak..rasa macam makan ulam-ulam, rasa pahit, masam, manis. dan alhamdulillah..pening aku reda, dan kembali bertenaga.. kalo malas sangat nak pi petik limau tepi umah, aku makan jer asam tu..abah aku mmg beli satu plastik besar utk aku sorang.. heee (ti aku post pic, la ni tak der pic plak..vosan kan entry aku..haha3)

dulu masa kat UTM, preggy kan amira, aku asyik nak makan western jer.. sebaikla berduit kan time tu.. suka2 hati nak kluar bila, leh la layan nafsu makan tu..la ni.. mmg tak la.. aku kawal sikit la makan aku ni.. tak nak ada masalah masa preggy ni, like kencing manis la, darah tinggi la..minta-minta la dijauhkan..huhu3.. and2.. uri kat bawah..lagi satu hal..

dulu kan aku pernah warded b4 bersalin, duk wad sebab ada sakit sikit la.. aku jumpa ramai bakal2 ibu or ibu2 yang duk wad yg sama dengan pelbagai penyakit.. dan yang paling aku kesian, bg ibu2 yang ada kes uri kat bawah.. since dorg dapat detect masalah tu, dorang akan kene duk wad sampai la tiba masa untuk deliver.. dan dorang kene bedah tau..bukan secara normal..ha.. so kalo detect masalah tu 5 bulan, 4 bulan lebih la ko duk hospital tu.. bosan ya amat..aku yang duk sana tak sampai seminggu pun dah bosan tahap karma.. ni kan 4 bulan, memang tak la kan..

so to uols my lovely readers.. please pray for me..utk 203 hari yang mendatang my baby and I, sihat2 saje.. dan dapat deliver secara normal. aku harap dapat la kali ni nak deliver kat bangi..kat Pusat Rawatan Islam Azzahrah.. mudah-mudahan.. now dah start jimat-jimat kumpul duit.. harap2 impian aku tercapai.. tak nak apa yang berlaku masa lahirkan amira, berulang semula.. segan beb..malu aku..huhu3

tapi pada doktor-doktor yang tolong aku masa deliver amira.. aku ucapkan terima kasih banyak-banyak..Allah saja yang mampu balas jasa2 kalian.. ^__^

ok la.. tu jer.. 
adios!!

Wassalam ^__^ v

Tuesday, June 18, 2013

Kenapa mesti aku??

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

tak semua benda aku reti nak luah.. kadang2 nak request something ngan suami pun, aku fikir banyak kali..nak susun ayat la, nak betulkan nada la.. sbb aku malas nak argue banyak2..sbb kang terlebih argue, tertinggi suara, terbedosa banyak plakkan.. begitu juga kalau ada pape prob ngan parents aku..huh!!

sometimes, something yang aku tak nak buat, lebih kuat hati yang tak rela, tp bila orang2 penting yang request like my parents, husband.. aku rasa aku  memang kene tolak ansur.. dan akhirnya.. aku suka membebel dalam hati, meluah dan argue dalam hati aku... dan for sure la.. aku bukan jenis reti sorok memek muka aku ni.. bab tu mmg failed.. huh!

apa yg dalam hati, itu yg terpampang di muka aku.. aku bukanlah pelakon yg baik. sedangkan sebenarnya, kita ni adalah pelakon di dunia ni.. bila2 masa jer Tuan Director akan cakap 'cut' kan.. *ha..dah ke laut plak*

tp bagi aku sikap ni bg advantage pada aku, bila mana aku suka pendam.. sbb wat kan aku berfikir lebih rational instead of emotional right?? so, wat kan aku berfikir patut cakap tak menda cam ni..?? aku dalam situasi apa skang ni..?? marah ke kool?? ala..besenya marahkan..so bila aku marah mmg aku luah jer apa yg aku nak cakap.. haha3.aku rasa bukan aku sorg jer.. majoriti org cam tu kan.. so, bila marah better la diam, kalo tak nampak na bodohnya kat situ..huhu3.. tp bila aku marah dan point aku kuat utk marah, mmg time2 tu mangsa tu aku sembur.. 

so nasihat aku pada diri aku dan pada uols yg baca post ni.. bila tak puas hati tentang something, or pada somebody.. better ko pendam dulu caci maki yg ko nak luahkan.. perasaan tak puas hati tu..sbb bila ko tenang, ko akan fikir kenapa jd cm tu, kenapa jd masalah ni kat aku. kenapa, kenapa, kenapa?? tp jgn marah lg..sehinggalah ada satu bisikan aura dtg kat telinga / hati kau.. 

"apa yg terjadi kat ko, kerana Allah yang pilih kau, kerana Allah sayang ko.. sbb tu Dia nak ko di uji.sebab Dia tahu kau mampu dengan ujian itu:".

faham?? 

ok.. Bai.

Tuesday, June 11, 2013

Didik anak untuk bertanggungjawab..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

hari ni banyak kerja rumah aku berkenaan dengan baju.. yer basuh baju yang banyak.. dan melipat baju yang banyak.. even ada mesen yang boleh muatkan samapai 7 kg pun, ada certain pakaian yang aku nak basuh pakai tangan, like 'adik-adik' , tudung yang berawning and baju amira yang terover la kotornya.. 

so, aku banyak mendobi manually hari ni.. dan amira juga turut membantu, dia keluarkan baju dari dalam baldi untuk aku berus dan selebihnya.... main air.. ha3..siram sana, siram sini, pindahkan air ke satu baldi ke baldi yang lain.. lastly, aku mandikan dia terus di situ.. huhu3.. settle basuh baju tnggu nak sidai, aku bagi amira makan.. wah.. suka benar dia rebusan daging.. 2 pinngan dia balun..Alhamdulillah.. actually we ols makan skali, tp bila kuah rebusan daging tu dah sejuk, aku bau something yang aku rasa x selera nak teruskan suapan aku.. sebaikla amira still nak makan, suma aku sumbat kat dia..haha3..

dah settle kan amira, aku rehat jap.. rasa penat sangat + pening aku mai.. memang malas la aku nak wat keje.. tp gagahkan juga masak nasi for lunch untuk amira dan uwan.. pas tu aku tido, amira wat pe pun aku wat dono..serius tak larat.. dalam fikiran aku, aku teringin nak makan twister KFC tu..huhu3..

sbaik lunch hour umi balik, we ols shoot jap g KFC Giant.. dapat la Twister yg di idamkan..hagagaga.. pas zohor, aku lipat baju yang berlambak-lambak kat bilik umi sambil tonton Dangerous Love TV3 suku.. dan amira hanya main-main, dan sngat merisaukan bila dia naik atas katil nak kirai balik baju2 yang aku dah lipat.. so geram okey.. dah tu dia minta bedak yang ada atas almari.. so aku bagi la kan, nak suh dia diam dari menangis.. ha hamikkk!!.. lantai bilik umi dipenuhi dengan tepung bedak.. seronok la amira, mmg habit dia main bedak.. huhu3..

pas siap lipat aku masukkan baju dalam almari umi dan almari aku.. and kemas2 apa yang bersepah kat bilik aku.. tiba-tiba.. dang!! 

butang-butang baju dah terabur dengan kotak kayu yang dah kosong di tangan amira.. redo jer la.. pas tu amira depa2 tangan sambil sebut..

"nen..nen..nen"

pergh!! dah wat salah selamber jer nak nen ea.. ni nak kene beri pengajaran ni.. biar amira tahu erti tanggungjawab.. ha.. pe lg, aku suh la amira kutip balik butang-butang baju yang dia dah taburkan and masukkan semula dalam kotak.. niat aku nak test dia, samada amira faham or tak pe yang aku minta.. kalo dia tak faham, memang aku la yang kene kutip kannn..

Subhanallah..aku kagum.. satu-satu butang amira masukkan ke dalam bekas kotak kayu.. aku minta dia kutip satu-satu.. dan selesai.. hehe3.. *aku tolong jugak tau..* aku amik amira dekat pada aku, dan aku kiss dia tanda aku kagum dengan ciptaan Allah ini.. 

"ok bagus sayang mama.. dah jum g dapur wat nen.."
"nen..nen..nen"

kami berpimpin tangan, dan amira senyum happy sebab bakal dapat nen, dan aku juga senyum gembira sebab bilik dah kemas hasil kerjasama bersama..hehe3..

Wassalam.. ^__^ v

Sunday, June 9, 2013

bercuti dari berbelogs.. sementara jer..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

lamanya aku cuti dari menulis kan..haha3.. besela ada satu masa aku memang bersemangat nak bercerita, nak menulis. tapi baru-baru ni aku rasa macam tak larat plak..apasal?? ok nnt aku citer..

actually suami baru saje pulang ke KK. hurm..hari selasa yang lepas. seminggu saje beliau cuti. so selama seminggu itulah suami amik peluang untuk bertemu semua keluarga yang terdekat. sampai sahaja, beliau akan stay di Seremban, di mana aku dan amira menetap sekarang, bersama umi dan abah. suami balik kali ni kerana menghadiri training dan meeting.. pas tu sambung cuti..dah alang-alang kan..

hari pertama ke kuala lumpur, hari kedua ke johor.. so kat johor kami stay di pasir gudang, rumah pakngah abang. disebabkan seharian kami travel seremban - johor, so we ols decide utk stay semalam di rumah pakngah abang. hari ke tiga barulah shoot balik melaka. beberapa hari before suami balik semenanjung, amira agak cengeng sdikit. tak boleh tido ngan lena if tak der air-cond or dalam suasana sejuk yang selesa. dan masa malam we ols stay kat umah pakngah, malam tu amira nagis2.. dan seperti yang di jangka kan. aku kuatkan kipas smpai level 5, baru la amira tido sampai ke pagi..haha3.. sebaikla faham, kalo tak menagis jer la si comel tu sepanjang malam..huhu3.riso gak.. so masa otw balik kampung melaka, aku cakap ngan amira..

"sayang, kat umah nenek ngan atok, jangan wat hal ea malam2.. jangan nagis sebab panas tau sayang"

alhamdulillah, 2 malam kat melaka, amira tido lena. hurm..x jugak. hanya malam kedua jer dia tak jaga malam. malam pertama dia jaga, may be sebab tak selesa kipas direct ke muka.. mane taknya, aku pun tak selesa, sakit tekak kot malam tu.. lepas tukar posisi tido baru rasa lega..huhu3.. kat melaka amira kuat makan, sebab aku rasa la, dia jeles tengok pak cu dia makan kot.. haha3.. lg best nenek dia suap..and..and..  amira suka sangat makan kerepek-kerepek yang nenek dia buat.. nenek amira mmg jual kepek..lagi2 nak raya ni kan, memang laku la.. ni aku nak order..nak wat bisnes utk raya ni.. hehe3..

3 hari di melaka, hari ke 3 kami g kenduri kawin member matrik aku.. pas tu balik kpg utk kenduri sedara belah mak bahau.. seronok la makcik-makcik amira jumpa dia.. and lg best malam tu kami tido bahau, sebab jalan nak balik seremban dari kuala pilah, tahap jem tak hengat..stress aku..ntah apa yang leh wat jem.. sedangkan cuti2 mane ada construction kat bukit putus tu.. stress aku.. jalan dah cntik, dah tar lg.. awat nak jem lg kan.. tak faham den.. huhu3

hari ke-6 baru balik seremban semula.. abg stay semalam di seremban, dan pagi esoknya abg balik KK ngan flight pukul 7.50 pg. sepanjang abg balik, if kami tak stay lama di seremban, mmg jarang la aku masak utk abg.. kadang2 memang gantung periuk..haha3.. sebab kitaorg slalu travel.. if abg balik, dia akan jumpa semua keluarga terdekat kami.. umi dan abah (family seremban, ni belah aku), emak, abah, family maklang (family melaka, ni belah abang) dan emak, ayah dan adik beradik aku (ni family bahau, family belah aku).. ha kau.. sampai 3 family kan..seboleh-bolehnya, setiap rumah abg nak tido, walaupun semalam.. yer la bukan selalu kan..sebab tu, kami selalu travel bila abang balik..hehe3.. so kalo aku masak, besenya aku tolong2 jer emak mertua aku kat umah melaka, sbb aku tahu, abg mesti nak rasa masakan mak tersayang kan..heheh3.. *alasan.. ckp jer la ko mmg mlas masak*

ok la.. tu jer, citer sepanjang aku cuti daripada menghapdate belogs.. jum layan pic dulu ea..

dah adios..

my baby with her pak cu.. salah satu sebab amira suka balik melaka, sebab umah nenek banyak barang permainan suma pakcu punya. so amira akan berebut ngan pakcu dia macm permainan tu dia yg punya.. hurm..sampai pakcu leh nagis gak tau..haha3..budak2 besela..

pas amik papa kat LCCT, we ols singgah kat kedai makan best di Jalan Labu.. mee kari dia superb.. cer try gi ea.. hehe3

posing manja pas baru bangun tido..

peringatan buat papa, "amik pic amira cantik-cantik ea..". time ni kat umah pakngah pasir gudang.

may be rupa 2nd baby aku cam ni kot.. harap2 dapat boy.. sepasang..leh amira wat gusti.. eh tak.. wat main, belajar ngaji sama-sama..

ni dalam kereta viva cinta ku.. aku letak car seat amira kat belakang. pas tu time dia tido aku pindah kan dia kat belakang.. haha3.. tido la sorang2.. 

Wassalam ^__^ v