Tuesday, April 28, 2020

#momentamirul 1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari... 

Aku just cerita dan share kisah aku ngan amirul .

23 April 2020.

lately ni amirul asyik nak buat semua benda dengan aku. salah satunya nak gosok gigi sama-sama. lepas tu petang tu saya nak mandikan dia.. ketika mandi tu saya tersyampoo rambut amirul tanpa sedar. sebenarnya dia nak buat sendiri.

Amirul: kenapa mama ubuh syampoo tu? adik nak buat sendiri.. (dalam nada marah)

Saya: tak pe la mama buat. lagi pun suka gosok rambut adik masa mandi.

Amirul: adik tak nak.. mama basuh balik, adik tak nak mama buat.. 

gaya dia suruh saya basuh rambut dan biar dia sahaja yang buat. geram nya lak ai dah la nak solat masa tu.. kemudian selesai bilas badan dia, saya keluar untuk ambil tuala. bila buka pintu toilet, dia ready nak keluar. lagi sekali mulut dia membebel marah kan saya.. tapi saya tetap lap kan badan dia dengan tuala sehingga kering.

Amirul: mama ni.. tak yah la syampoo rambut adik... adik nak buat sendiri. tu syampoo adik (tak henti membebel kan mama)

Saya: kejap.. syampoo tu siapa beli?

Amirul: mama

Saya: so, syampoo tu siapa punya?

Amirul: adik (sambil muka dia macam pelik dengan jawapan sendiri)

lagi saya tanya sampai dapat jawapan yang saya puas hati.

Saya: shampoo tu siapa beli?

Amirul: mama

Saya: so, shampoo tu siapa punya?

Amirul: mama punya.. eh tak adik punya (sambil buat muka manja rasa bersalah. hahah)

Saya: ha.. betul la tu.hahah so shampoo mama punya la..kenapa adik nak marah2? heheh.. 

lalu amirul merangkul saya dan memeluk saya sambil minta maaf untuk silap dia marah-marah saya ketika mandi tadi.. kami pun happy semula.

*******

saya tak nak lupa moment ini.. sbb saya rasa happy bila amirul pandai mengawal emosi dia dan cepat minta maaf walaupun kadang2 dia tak bersalah..

tu je,

ok bye