Tuesday, December 8, 2020

muhasabah diri #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

bila kita menjadi orang yang bekerjaya.. dan sangat komited pada amanah atau kerja yang diberikan, seboleh baik kita nak buat yang terbaik.. dengan erti kata lain, kita nak rezeki atau gaji yang kita dapat itu berkat.. yer.. itu sepatutnya..

dan sebolehnya kita tak nak atau tak mampu untuk berkata tidak pada setiap apa yg diminta daripada kita.. walaupun pada waktu hari bercuti.. semua arahan boss or permintaan rakan sekerja, tak mampu kita cakap 'tidak'.. kerana apa? daripada pekerjaan itu, kita dapat gaji.. kita buat yang terbaik, kita dapat gaji yg berkat..

tapi, bila dengan pasangan, dengan anak-anak, kita boleh marah-marah, bila mereka mengganggu urusan kita menyiapkan kerja.. kita tinggi kan suara tanpa memikirkan hati mereka, kita harap mereka faham yang kita sibuk dengan urusan kerja.. yang perlu disiapkan..

kerana apa kadang-kadang kita tak boleh toleransi dengan mereka? kerana gaji yang kita dapat, kita bagi pada mereka.. mereka tidak memberi gaji kepada kita..tapi gaji yang kita dapat daripada majikan, itu yang kita perlu belanjakan kepada pasangan dan anak-anak kita..

so, pasangan kita perlu terima if kita sibuk denga kerja kita.. 

#muhasabahdiri