Monday, March 28, 2011

i Just say 'OK'

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

dulu aku ade post satu entry di blog lama, di mana satu statment yang aku tak suka dan paling anti sejak aku kecik.. pemikiran orang dulu-dulu, yang tetiba berjangkit pada orang muda skang.. hampes tul la!!!

dan yang paling aku sadis sampai geram tak terkeluar air mata adalah statment yang aku bangkang dan aku anti tu, akan terkena pada aku.. what the...!!!

aku malas nak bising-bising, kepoh sana sini, mengomel tak tentu pasal macam orang tak waras. sedangkan Allah bagi aku akal untuk berfikir dengan baik.. so, i just say 'OK'.. puaskan hati orang yang meminta.. 

bisik pada hati yang sedang meluap-luap nak memuntahkan segala maki hamun: "bersabarlah wahai hati yang kuat. dengan kesabaran kau akan menang..."

now, aku hanya mampu berdoa agar statment yang aku anti tu tak jadi kenyataan dalam hidup aku.. serius aku anti gilersssss. huh..

i can't imagine benda tu akakn jadi pada aku, dan aku buat dengan hati penuh terpaksa sepanjang hidup aku.. yer.. bleh mati dalam keadaan tertekan kan.. hahahah

redah jer la Qalbi.. ko kan mmg kaki redah...



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
aku tak nak laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



p/s: kesengalan melanda =P


Tuesday, March 22, 2011

emo lagi...

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


aku tak suka diri aku bila aku emo..

yer aku tengah emo..

emo..

emo..

dan emo...

sape leh wat aku senyum???




Wanita = aiR mata

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

p/s: copy jer keja aku kan.. =P

KENAPA WANITA MENGALIRKAN AIR MATA????


Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  
Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,  ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim mereka sendiri. Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas.  Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki, namun setiap saat baginya begitu beerti, tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan, jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Wallahu'alam........
 

...ustazpenang...



lately aku suka nangis, sebab bila aku nagis aku lega, aku jumpa jalan kekuatan utk aku meneruskan segala, megharungi semua ujian hidup.. sebab aku lah wanita istimewa yang Allah ciptakan... 

majuK ar gini...

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


tak nak gi 1st assesment leh tak?? T_T

majuk ngan diri sendiri...

Allah tolong Qalbi... huhuhu... T_T


Monday, March 21, 2011

TukaR lagiiiiii

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

di saat nak siapkan proposal, aku gigih kan hapdate template blog aku.. x sngka malam ni internet tahap laju berganda.. of cos la aku terexcited lebih.. heheheh...

why wat cm ni..?? nape background putih?? sebab.. heheh suma warna bleh masukkan.. heheh.. so aku pilih oren, coklat and pink.. why??

oren???

sebab dulu time before kenal husband secara rapat, aku jumpa dia time dinner akhir Career Carnival 10 kat tasik UTM. aku pakai baju oren time tu.. rasa diri comel sangat time tu.. heheheh.. selepas husband lamar aku, dia kata dia suka aku dalam warna oren.. dia kata dia nampak aku comel sangat masa dinner tu.. time tu kot dia suka kat aku.. muhahahah.. happy gilerssss bila org kita sayang puji kita kan.. so aku pun suka la colour oren sampai skang... hehehe

coklat??

sebab warna natural.. and major baju aku warna coklat.. and my bag and shoes.. almost warna coklat.. i loike okes.. comel ker?? owh tak.. rasa dalam warna coklat aku nampak lagi kiut.. coklat = kiut.. bleh kan?? heheheh

pink??

owh tak sangka aku juga ade perasaan nak minat pink.. huhu watsoever la kan.. yang penting aku x der kipas susah mati warna pink.. heheh.. tapi aku suka gak pakai baju warna pink.. cm ader skit2 comel gituew.. heheh.. asal warna nampak cumil, aku suka la..hehehe..


ok.. even kolobrasi warna cm haram jadah.. so aku belasah jer la.. nnt2 la aku edit.. sebab ni mmg edit paling ekspress.. ikut suka jari yang klik mane dia nak.. hehehhe.. 

ok.. jum stdi sampai muntah pening.. huhu


P/s: guys sok Qalbi ader interview biasiswa Zamalah.. tolong doakan usaha Qalbi dipermudahkan and rezki Qalbi dipermudahkan.. dapat la duit nak belajar kan.. heheheh.. x der la susahkan husband Qalbi ea.. ^___^

Salam penuh kasih sayang ^_^v

Wassalam..

Saturday, March 19, 2011

kenapa pengakhirannya nak menangis gak??? perlu ker???

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

sukar.. aku dalam keadaan sukar sekarang.. tak tahu arah mana yang patut aku pilih..
keliru tak nampak jalan..

banyak perkara yang bermain di fikiran aku, terutama my study!!! kenapa, kenapa, dan kenapa aku masih confuse?? sukar cari jalan keluar..?? sukar nak capai apa yang prof nak.. aku bengong sangt ker?? huhu

nak nangis pun ada.. tapi aku rasa aku perlu kuat cos aku x leh patah balik. nak stop.. aku tak nak.. just teruskan dan cari solutions... please God.. bg aku kekuatan skang ni dan sepanjang aku menghadapi pengajian ni.. 





Friday, March 18, 2011

aKu Lihat, akU raSa, akU fiKiR

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

isnin lepas.. (wah dah lama punya story baru mau share..huhu) aku gi la satu majlis ilmu ni.. memandangkan hati dah ketagih nak dengar ceramah ilmu, so menapak la aku gi KTHO. ada ceramah pasal comparision in religions by Jay.. dia ni mualaf. dan dia ni senior aku masa aku join team tekwando UTM lu.. ok enough..

hurm, before tu aku dapat msg dari sorg kawan ni, dia msg lebih kuang la..
"ajak la kawan-kawan datang. kawan selain Islam pun di alu-alukan"

ok. sorry, aku x tau nak invite sape kawan aku yang non-muslims. hurm.. tapi ramai gak la yang bukan islam dari kalangan lelaki yang datang malam tu. yang perempuan, ha.. ader sorang auntie ni.. kalo tak silap aku la.. dah dia dok dekat2 ngan aku kan.. so aku pun perasan la..

apa yang wat kan aku terfikir rugi plak tak usaha nak ajak kawan-kawan bukan islam datang malam tu kan. mana la tau, terbuka hati mereka nak menerima hidayah dari Allah ke, mana la tau jugakkan kawan-kawan aku tu salah sorang insan terpilih kan.. hurm.. besar gak kan pahala yang kita dapat kalau kita bantu orang kenal islam.. kira masuk saham akhirat la kan.. ^_^

so per yang aku cuba kaitkan dengan dunia realiti skang ni, actually dari pengalaman aku. hurm.. dolu2.. aku pernah di ajak untuk join satu menda ni.. ala.. per dia..? yang gitu-gitu la.. dunia, dunia dan dunia.. then, apa yang ada dalam tu adalah pengisian cam ner anda nak jadi kaya.. wat income ribu riban.. then, pengisiannya lagi event sana sini, yang sikit pun tak ingatkan kita pada kehidupan yang abadi. kalo korang join, orang yang invite korang akan untung. dan korang juga digalakkan cari orang untuk join menda alah ni, dan korang juga akan untung.

aku x nak cakap menda ni apa, korang bijak pandai bleh agakkan.. why not kita aplikasikan konsep ni dalam beribadah.. u ajak orang wat baik, u dapat saham besar kat sane nanti.. u ajak orang datang masjid, free x yah bayar pun majlis agama kat masjid tu, u ajak orang baca al-quran, solat jemaah sama-sama, free tak yah bayar ratus-ratus untuk dapatkan keuntungan yang kekal abadi. kenapa sepanjang masa hanya memikirkan dunia, pikir nak wat duit saja. aku tau, duit bukanlah segalanya, tapi segalanya perlukan duit. tapi just remind ur self adakah duit-duit itu yang akan selamatkan kehidupan korang kat sane nanti??

just terfikir.. yang 'benda alah' tu bukannlah benda tak baik. yes bantu uols nak perbaiki kehidupan. tapi aku rasa, kenapa pengisiannya perlu begitu, event yang aku rasa sampai tak de sikit pun mengingatkan diri orang-orang yang mendengar kepada Yang Maha Memberi Rezki. sampaikan, disebabkan nak sharing-sharing suma.. tinggal solat. lupa pada kewajipan sebagai muslim.. hurm..

tak rugi pun kalau kita tak melupai Dia dalam mencari rezki. Sebab Dialah yang memberi rezki pada kita.. so, guys.. aku tak kata apa yang korang join tu salah, just balance kan kehidupan uols dunia dan akhirat. dah banyak sangat sign Allah bagi kat kita tanda dunia nak kiamat.. so jgn leka sangat cari dunia, sampai bekalan akhirat kita lupa nak prepare.. sedangkan itulah bekalan yang sangat penting untuk kita.. ^__^

aku tak perli sape2.. cos apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku lihat dan aku pernah rasai..

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam



planniG weeKeNd ni.. hurmmmm

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum
 
esok tak jadi balik kampung.. huhu
my husband sangat penat disebabkan programe yang baru jer tamat petang tadi.. 
eh.. tapi bleh plak dia gi main bowling malam ni.. aish.. confuse den..
wat ever pun, besok kena submit Chapter 1 and 2
then weekend gi main bowling plak ngan husband, Sideq and kak pah
kite tengok sape yang melongkang.. hahaha

nite, mengantuk dah.. *sambil menguap tngan kanan tutup mulut*

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam



Wednesday, March 16, 2011

favRet beLog

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

haruslah datang fak awal.. bajet nak start wat keja awal-awal la kan.. haram la.. x der maner nyer si Qalbi nak wat der.. hahah.. 
starting my day kat PG room, aku akan pastikan ni page2 yang aku akan bukak lu..hahah

1. my email
2. belog
6. mukabuku.
7. berita harian online..

hahaha ni suma terapi aku before aku mula wat keja. baru semangat kan.. hurm.. 

then, malam tadi befora tido, cek la gambar-gambar kawin dalam cd yang photographer ari tu bg. bajet nak tukar my Fb pic profile.. the, jumpa satu pix ni.. aaaaaaaaa.. suka sangat.. tapi x sesuai plak publish jat Fb.segan giutuewww.. uweks..

so Qalbi jadikan dekstop wallpaper. pas mengexplore cara nak susun icon2 kat dekstop, then akhirnya jadila cm ni.. weeeeeeeee..

hey.. i love him so much.. he tries to be the best for me.. always.. hehehe

dah. enough.. 

gi menghadap teaching plan ko yang tak siap2.. tp nak submit malam ni.. pe kejadah la.. aish!!!

Salam penuh kasih sayang ^_^


Wassalam...



Monday, March 14, 2011

AllaH ada beRsama Mu

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

boleh tak jgn fikir...?
bleh tak tolong wat keja-keja ko?
bleh tak jangan sedih-sedih lagi??
bleh tak jangan nangis-nangis lagi..???

bleh tak wahai 'cahaya pembukaan hatiku'

wahai kesayangan ku.. bersabarlah dengan ujian ini. hati kau kena kuat sayang. kena sangat kuat. kalau tak kau takkan mampu hadapi semua ini.. bersabarlah 'hatiku'.. kerana penyelesaian akan tiba tidak lama lagi.. jangan menangis.. sebab kalau nangis, kau hanya membuang masa, dan membuang separuh daripada kehidupan kau..

wahai 'hatiku', dalam hal ini kau tak berseorangan.. Allah kan ada.. mengadulah pada Allah agar diri mu kuat. hati mu kental. kerana kau tidak selemah ini kan sebelum ni.. kau seorang wanita yang tabah, yang kuat, yang yakin pada diri kau kan.. mana semua tu sekarang ni 'hatiku'..??

Insyaallah.. dengan berkat kesbaran, kau akan berjaya hadapi semua ini dengan jaya nya.. yang penting, kuatkan hati dan keimanan mu sayang.. Allah takkan biarkan kau sendirian hadapi ujian ini..

bersabarlah 'hatiku'.. bersabar la sayang.. Allah ada bersamamu.. Allah ada bersama mu.. Allah ada bersama mu.. Allah ada bersama mu... T_T



hanya EngKau

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...



Ya Allah.. 
pada mu aku merayu,
bantu aku melupakan segalanya ketika ini
walaupun ini adalah kedukaan hati ku
yang terpaksa aku menaggungnya..
redhakan hati ku Ya Allah
kerana aku yakin Kau tidak jauh dari ku..
maka,
tolong aku ya Allah
banyak perkara lain menuntut perhatian ku
bukan perasaan dan fikiran ini
yang perlu aku layani.
bantu aku ya Allah
walaupun kedukaan hati ini 
amat berat untuk aku tanggung
jangan biarkan aku sendiri Ya Allah.
temani aku Ya Allah
dalam setiap denyut nadi ku
setiap hembusan nafasku
hanya Engkau ya Allah
hanya Engkau segalanya...




Thursday, March 10, 2011

naK peNdaPat uoLs

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


patut tak Qalbi terminate Celcom broadband Qalbi then tukar dengan YES.. hurm??
ader pendapat yang bernas???

^_^

Boleh taK???

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

morning uols.. hai.. Qalbi rindu belog ni.. sebab apa.. sebab Qalbi sayang la.. hehehe... saja nak melepaskan gian berceloteh kat sini, memandangkan Qalbi dah lama tak berceloteh.. hoho.. Qalbi baru saje lepak kat belog sorang blogger ni.. tiafazunia.. nice name kan.. nak letak nama anak macam ni bleh tak bang? sorang tiafazunia, soarang lagi tiaqalbi.. hahaha..

Tia (panggilan suami masa betunang dulu) + Qalbi (panggilan member-member) = tiaqalbi
weeeeeeee whatever..



bleh tolong wat header untuk belog Qalbi tak?? weeee

aper cer beb?? ok, uols bleh baca kat link tu.. mmg harus la kan dia nak marah kan.. hurm tp kan, tetiba rasa mcm best kene stalker kan.. bajet diri famous kan.. bleh x?? hehehe.. ok, enough tu bukan subjek utama.. actually, Qalbi nak tnya la kan, uols bleh tak be fren ngan ex-bf korang, or gf ex-bf korang???

ha.. dulu Qalbi penah dengar statment dari sorang member ni.. "kenapa ea, nak jadi kawan dengan ex-bf??" tetiba dalam hati qalbi mempersoalkan.. (ok time ni tak jadi tunangan Cik Amir lagi yer..hehehe) "kenapa tak boleh plak?? be profesional la kan.. just friend.. kalo hati u betul-betul dah clear ngan dia, why not kan?? melainkan hati u mmg nak lagi kat dia kan. mmg susah la beb... "

bagi Qalbi tak der masalah nak be friend ngan ex-bf. FRIEND.. tapi kalau tetiba melibatkan hati semula, tu uols kena bijak wat timbang tara dalam hati uols. hurm.. tak susahkan.. FRIEND. tak perlu ade marah, tak perlu ada benci.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Redha ok. pasti apa yang Allah takdirkan untuk kita, itulah yang terbaik.. ^_^

then, bleh jadi kawan tak dengan GF ex-BF?? ni Qalbi rasa pun tak der masalah. just berhati-hati.. hati kene clear dulu. cos, pempuan ni kan makhluk emosional. when terdengar sumthing yang tak baik pasal kisah-kisah lepas ur bf, mula la nak emo.. papehal pun, u need to trust ur bf or ur future husband. (Bf sure nak jdkan suamikan.. kalo nak la..huhu) bila dengar sumthing, dok bincang lu, jgn nak emo memanjang. then, kalo ur bf dok tipu uols, berdoa pada Allah agar di beri petunjuk.. sesungguhnya Allah la sebaik-baik pertolongan.. weeee...

i love my husband.. bleh kan?? heheh


k, soklan maut untuk diri sendiri.. leh tak Qalbi jadi kawan pada ex-Gf suami sendiri??
(awat tetiba tangan berhenti menaip.. sat2.. dok ngah pikir ape jawapannya.. huhuhu =.=")



ok.. actually Qalbi memang berhasrat nak berkawan dengan sorang ex-Gf suami. tapi sampai sekarang we ols tak pernah berjumpa depan-depan. why?? belum temu jodoh lagi kot.. persoalan?? kuat tak hati ni nnt?? ape ujian Allah akan bagi after jumpa or berkenalan dengan ex-Gf suami?? hurm.. lets thinks positive Qalbi.. huhu.. (tak dapat bayang kan ape yang bakal terjadi, tapi nak juga test diri dan hati dalam keadaan macam tu kan. leh kawal emosi tak?? muahahah)

last week, suami cerita that girl akan join programe yang sama dengan suami tngah handle skang.. jelous?? of cos not.. sebab Qalbi kenal husband Qalbi macam mane.. and i trust him.. ^_^
k enough membebel....

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam..




p/s: ni sekadar pendapat peribadi. kalo tak setuju jgn hentam saya ea.. =P

p/s: sedih sebab suami busy dengan programe.. T_T
 




Saturday, March 5, 2011

biLa aKu eMo, dah gi MaiN jaUh-jaUh

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..
 
aku ngah moody sebab tu aku lepak sini.. huhu.. hurm.. bila aku moody mula la perangai yang aku suka wat lu, menghasut suh wat lagi.. aish.. sedar diri Qalbi.. ko bukan budak-budak lagi.. kau dah dewasa, dah jadi isteri orang, dan bakal jadi ibu.. (okeh.. tu belum sampai masanya lagi.. huh)

di saat aku moody ni la.. terkenang semua kisah-kisah silam aku di waktu aku undergrade lu.. di mana.. ader jer aktiviti-aktiviti aku, yang aku rasa masih waras.. tp menghampiri sedikit gila.. sikit jer.. x bnyak pun.. lebih bnyk pada waras la.. but now aku memang tak leh wat lagi.. memandangkan partner keje-keje aku di kala moody ni pun x der kat sini. akan nak ajak laki aku.. sure-sure la dia x bagi..huhu.. nak derhaka ke aper?? aish.. ok.. jum terjah keja aku di kala moody mengikut pemikiran seorang anak tunggal.. (hurm..ader kaitan ker???) hohohoh...

aku ader kawan baik lu.. until now.. but now dia dok stdi kat USM.. huhu. dan lagi sorang dah habis blajar. now duk menggangur jaga kucing kat umah dia.. la ni tinggal aku sorang-sorang kat UTM menahan diri dari wat keja-keja cam ni..huhu.. ok, bila aku moody...

1. aku akan rodger kawan aku yang bernama Kak Pah Senget.. ha.. aku memang tak leh lupa peristiwa aku dok menjerit dengan di... ha.. tu memang aku dok bosan ngan moody.. dapat la idea sengal dari orang yang senget.. so per lagi..sebaik la time tu malam kan.. ngah drive nak gi KTR, lalu depan Cengal.. ha hamik ko.... puas aku... melalak bersama minah senget malam tu..hahaha.. gila tak?? tak kan..waras lagi kan..

2. then, ni aku wat ngan kawan aku lagi sorang Sheril. di mana time tu tension lepas test. dolu, blok we ols depan court tenis.. ha... per lagi berlari gi court tenis, stop jap then... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
then, berlari cepat-cepat masuk blok..hahhaha.. kejadian waktu malam.. so orang tak cam saper yang jerit kan.. hahahah

3. next, bila moody aku akan lepak ngan sheril gi karok.. marathon lagu banyak-banyak smabil tengok sheril karok berserta tarian yang pelik-pelik.. wat aku terhibur sat..hahahah...

4. bila aku moody, aku start enjin kereta, gi la merayau celah maner aku nak kat johor ni.. x pun masuk highway.. racing ngan mana-mana kereta Perodua then balik UTM semula.. bleh kan? huhu.. tapi lu. aku tension, aku nangis-nangis.. gi balik Batu Pahat umah makcik.. huhu..

5. ni lagi satu.. aku suka wat masa kat matrik dan kat UTM ni.. dulu, bila aku marah.. aku tension, aku moody.. amik raket Squash dan bola dia.. ha gi hentak dinding court squash kat KTF.. ko.. amik.. pukul dinding jer la aku kan.. rasa macam aku pukul bola squash tu bnyak kali kat orang or keadaan yang wat kan aku tension, marah, sedih dan moody.. huhu.. but now.. dah lama aku tak main Squash.. dah lama tak pegang raket squash.. kenapa?? hurmm.. no reason.. even hati nak sangat main.. tapi.. biarlah.. aku tak de hak untuk menuntutnya.. T_T

now, suma tu aku dah tak wat lagi.. aku bukan budak-budak lagi.. aku dah dewasa.. segala tindakan aku, aku kene fikir orang lain.. dan akibatnya.. huhu.. bukan sebelum ni aku tak fikir.. just sebelum ni, aku punya diri aku, kepala otak aku..ikut kata hati aku.. now semua sudah berubah..

bila aku moody, aku tension.. aku just tarik muka aku tanda protes.. balik bilik.. aku tido.. tak pun, hadap la segala keja yang perlu aku uruskan... malas nak fikir.kerana aku makin sakit hati.. kadang-kadang, diam aku adalah tanda protes yang paling baik, daripada aku wat keja-keja yang waras tadi tu kan.. hohoho..

aku tak mampu berfikir bila aku emo, bila aku moody.. apa yang perlu aku buat??? 

duk depan laptop, bukak blog dan merepek.. done..

jangan tanya aku, kenapa ko tak wat solat sunat ker, baca al quran ker.. pape jer la menda yang baik.. just ask urself, uols wat ker?? huhu..

mood aku emo.. jangan pedulikan aku!!! huh



Friday, March 4, 2011

hapdate pantas-pantas

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..
Qalbi agak busy lately.. and rasa tak der menda yang intersting nak share ngan uols about  my life. hurm may be i can do the summarise rite.. huhu...

ok, this week aku rasa macam-macam. rasa cinta.. Eeewah.. rasa happy, tertekan, enjoy, marah. tapi Qalbi suka suma rasa tu terutama tekanan kerana tekanan membuatkan Qalbi rasa nak buat keja betul-betul. keja ape?? hahha

1. draft proposal untuk first assesment next month tak submit lagi.. TERBAIKKKKK KAN.. muahahah.. tapi lega sebab ramai member PG pun tak siap lagi..hahah

2. 2 hari lepas, masuk lab wat eksperime, capture my sample.. then, gila la kan.. PC yang Qalbi gunakan tu, penternak virus terhangat kat lab tu..ha.. bila nak tengok hasil kat laptop ni.. hamik ko.. folder kene delete... melalak Qalbi malam tu.. sian suami jadi mangsa keadaan malam tu.. T_T
but now alhamdulillah..masalah dah setel..

3. rasa best plak, cos happy tengok student dalam kelas minggu ni.. Qalbi enjoy mengajar diorang. diorang enjoy dalam kelas Qalbi.. aish..budak2 kan.. 

4. ha.. then, 28/2 hari tu.. ulang bulan pertama perkahwinan kami.. hehehehe.. then, Qalbi wat suprise kat suami.. nak wat kek x der oven plakkan. so tempah kek batik dari Kak Ain.. sedap wooooo... sampai abang suh tempah lagi semalam.. heheh.. petang ni dapat la.. leh mkn lagi.. hehehe (x sangka suami suka makan kek batik.. hehehe)

5. sedikit sedih.. cos this month, suami agak busy.. malam tadi dapat tau suami kena jd HOD Sposor untuk Career Carnival 11 yang akan berlangsung 2 minggu lagi..huhu.. sian kat dia.. but its ok.. hope dia leh handle everything. and Qalbi yakin dia lelaki yang hebat dan bagus dalam buat keja.. heheh.. cos he is my husband.. ^_^ i luv u sayang.. 

ok. enough membebel.. kengkadang tertanya.. bila la Qalbi nak wat entry ilmiah kan.. asyik merepek, membebel jer.. huhu.. nnt la.. hahah..sebab malas nak fikir..hehehe

ok uols.. doakan Qalbi dipermudahkan segala urusan ea.. thanks uols.. luv uols.. ^_^

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam