Wednesday, December 7, 2011

menanti kehadiran si kecik #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... (bayangkan aku ngah bagi salam stail Anwar Hadi.. tetiba... hagagag =P)

Hari ni genaplah baby dalam rahim ku berusia 39 minggu.. hanya tinggal 1 minggu lagi menanti kehadiran nya, sama dengan menanti kehadiran buah hati pulang dari lautan... huhu.. andai tak keluar jugak, may be aku akan di induce.. x mau.. T_T..huhuhu

cumil gilosss....huuuu

di kala hati tidak sabar untuk melihat buah cinta aku dan suami, pelbagai ujian Allah yang datang menduga kesabaran hati. namun aku tetap syukur dan redha, kerana aku tak menghadapi nya keseorangan, even sakitnya aku tanggung sendiri, namun adanya umi dan abah serta keluarga ku, sudah membuatkan aku rasa di sokong dan dihargai..syukur Alhamdulillah ^_^

pada minggu ke-35: first time aku wat check up kat Klinik Kesihatan Senawang.masa timbang berat badan, agak terkejut bila berat naik 2.5 kg dari sebelumnya. 2 minggu duk umah, makan macam-macam, tu yang jadi cm tu..ish3.. after jumpa nurse, dia dah wat aku cuak.kene jumpa Doc. aish.. kecoh tul nurse ni.. sebaik la Doc kate tak de pape masalah serius pada aku dan baby. so jumpa lagi next 2 weeks.

minggu ke 37: wat check up kali kedua di klinik yg sama. nurse sahkan berat aku naik 3 kg dr 2 minggu lepas. nurse risau, takut ade kencing manis. So next week kene wat ujian glucose or MGTT. balik umah aku melalak task sudah, menangisi nasib diri..huhu.. malam tu suami contact dari pelantar nak report. aku pun melalak lagi. rasa nak hambur jer suma kan.cik abg dok bagi solution bagai, tp satu pun tak masuk dalam otak..huhu.. menangis buang air mata jer.. aku just nak dia dengar dan faham jer. tu jer..huhu.. T_T. tapi aku faham, dia dah cuba wat yang terbaik utk aku, really appreciate it. ^_^
then, aku cntct mama @ maktih aku. tanya pendapat dia. aku ada masa seminggu untuk menipu  result MGTT..hahahah.. so mama kata, makan roti gandum, nasi guna beras Faiza tu, yg x der kanji tu. then, jangan minum air manis2. wah..memang minggu tu aku sekat la segala macam menda yg tak leh makan. memang aku teguk air kosong jer.. huhu

minggu ke 38: wat ujian MGTT. bapak manis air gula tu.....uewwwww.. geli tekak den.. aku wat skali ngan ujian jenis darah..tak memasal kena tegur ngan nurse tu sebab mula-mula wat buku tak cek jenis darah.huhu. kebetulan pada minggu tu, aku diserang sakit dada yang membuatkan aku sukar bernafas. so, bila Doc tanya, aku ngan jujur la menjawab kan.. disebabkan kejujuran itu, aku dipaksa masuk wad petang tu jugak..aishhhh... suspek jantung bermasalah.ada kemungkinan aku kene induced.. hohoho..tak mau la...

air glucose kat klinik tak besh..huhu...

hurm... to be continue...

mama comel nak rehat jap, x leh duk lama2, cos kaki ade masalah.. nnt mama comel sambung lagi..hehehehe... ^_^ v

Salam penuh kasih sayang..

Wassalam

Tuesday, November 29, 2011

lepas geram #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum, wat readers yg sudi menjengah blog picisan aku ni..huhu. mlm ni aku just nak melepaskan geram a.k.a meroyan jap..hahaha

aku rasa, x perlu lah aku meroyan kat FB, sebab member2 aku sure rasa... macam x logik jer aku nak meroyan pasal hal ni kan..

argh.. stress la guna online utk hntr progress report.. dalam keadaan aku cm ni.. rasa nak lempang2 jer system tu kalo dia manusia yg hidup..huhu.. awat?? bila aku dah wat, dah taip, kata dah save, aku back page balik..tngk x der.. aiyoooo.. aku dah la malas nak taip.. so copy paste jer la report yg aku dah wat kan.. x haper punya bengong, x leh paste kat dlm tu..Choi... aku hangin tul la.. huhu..

aku dah la tak leh stay lama2 ats kerusi ni..sakit la..huhu..

dah.. lega dah melepaskan geram di sini...

nak tido...

wassalam.

Monday, November 21, 2011

membina kesabaran~~~

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. =)

keadaan aku baby skang, dah masuk minggu ke 36.. dan aku sangatlah berdebar, teruja, dan tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam hidup aku... bagaimanalah agaknya bila aku menjadi seorang ibu nanti kan?? hagagag.. adakah, aku akan menjadi lebih kematangan yang melampau.. *apakah???*, lebih penyabar, lebih tabah??? hurmmmm.. just wait and see...

sejak aku bercuti ni, aku sangat happy sebab dapat berehat dengan lebih tenang.. ade umi dan abah yang jadi peneman.. I can do anything that I want..hohoho.. dan lebih perhatian.. heeeeeee... tapi apabila semakin menghampiri tarikh due ini, emosi aku selalu terganggu.. banyak perkara yang menguji kesabaran aku.. dan aku tak tau bagaimana ingin meluahkan segalanya.. kerana bagi aku aku seperti beban orang-orang disekeliling aku.. sadis... T____T

banyak perkara yang tak mampu aku nak luahkan tika ini, kerana hanya ingin menjaga hati-hati mereka.. dan akhirnya.. aku hanya memendam dan dalam diam berendam air mata.. aku sangat takut untuk menyakiti hati orang-orang yang aku sayang, umi, abah..dan terutama suami yang jauh di perantauan.. maka, apa sahaja yang berlaku.. aku hanya sambut dengan hati penuh redha dan sabar.. agar, saat tibanya masa, aku tak dikenakan khifarah oleh Allah, kerana menyakiti hati orang-orang penting di sekeliling aku..

seperti umi kata, aku sangat mudah marah.. mudah kecik hati.. namun dalam saat menanti orang baru ni, aku bina kesabaran semampu boleh..terutama bila aku berdepan dengan situasi yang sangat menguji kesabaran aku.. aku cuba untuk bersabar, dan terus bersabar.. dan pastinya air mata aku tak kering dari terus mengalir.. T__T

bagi aku, aku tak lemah.. aku bukan lemah.. hanya kerana aku perlu mencari ketabahan disebalik air mata yang aku alirkan ini... apa yang berlaku, aku tukarkan pada perkara yang positif.. aku yakinkan hati, Allah tahu pe yang berlaku, Allah tahu aku ikhlas ker tak.. Allah tahu segalanya.. aku just berharap apa yang berlaku pada hari ini, tak berlaku pada masa depan aku nanti, kerana aku nampak kesannya disekeliling aku... aku sedih sangat.. tapi sape aku untuk menghalang takdir Allah.. hamba yang kerdil dan lemah.. T___T

owh.. minta maaf untuk entry meroyan wat kali ini.. just aku berharap, aku tak nak sedih, tak nak marah selalu. kerana aku letih untuk melayan emosi aku yang sakit ni..huhu..

dah.. aku nak tido..dah lega.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang ^___^

Wassalam...



Aiskrim Crunch Nestle.. suka makan eskem ni kat UTM, bila hilang mood, bila sedih.. huahahah..nak makan eskem... 


Friday, November 11, 2011

last shopping for my cute baby~~

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

hari ni, buka FB, ader satu post dari cik suami..hahah..wat aku gelak guling-guling.. aiyooo.. salah faham sudey...
so aku x nak comment apa..so kene invi untuk beberapa hari..padan la muka..hagagaga
so biarla cik suami yang setelkan, sebab dia punya post..bukan aku..heheh.. selamat menjawab la ea..cik suami ku sayang... ayang sayang abang.. heeeeee ^_^

baru balik dari beli barang persediaan utk menyambut cahaya mata ku.. beli pampers new born, minyak telon mustika ratu. tisu kotak and pad untuk ibu lepas bersalin.. alhamdulillah..x der la over the budget.. sebab aku beli barang-barang yang penting jer td...





kebetulan.. masa beli minyak telon tu, terjumpa la jamu untuk ibu berpantang selepas bersalin keluaran mustika ratu... dengan confident nya.. aku nak beli sebab harga yang aku nampak dan otak aku scan bagi aku paham, ialah MYR 19.90. so mmg untung la..


jamu dia bnyak..ader la dalam 7jenis gitu termasuk minyak telon untuk baby... dari banyak tu, cuma 2 jenis jamu jer yang kene makan, selebihnya suma untuk luaran.. so tak der la risau sangat.. then, tunjuk kat Azim (adik sedara merangkap driver aku time aku tengah mengandung ni..hagagagag). dia belek kotak tu.. aku cakap la aku nak beli. tetiba dia bitau, ok la.. harga dia MYR 119.90... ok senyap..

aku amik kotak tu dari tangan Azim, and pelan-pelan aku letak balik kat tempat dia.. huhu.. ok, x per..next time tunggu cik suami balik baru beli..heheheh.... 

shopping time pregnant memang best even ya Allah, penat nya.. hahah.. yerla lagi-lagi tengok barang baby.. bagi bakal ibu-ibu yang dah tau gender baby, mesti lagi suka nak shopping kan..nak beli macam-macam untuk baby.. yer la, anak tu bila dah dilahirkan, ibu pasti sangat sayangkan baby kan..dah macam part of diorang punya nyawa la kan.. huhu..aku mula rasa begitu.. ala..tapi aku ni memang suka shopping pun.. even tak pregnant pun kan..heheh

tapi, orang cakap la kan..ni orang cakap..bukan aku cakap..heheh.. kalo scan, gender baby laki.. tu tak pasti sangat sebab ade kemungkinan gender dia adalah gegurl. tapi if scan gender adalah gegurl, kepastian itu adalah tinggi..heee.. nape??? hurm..aku pun tak sure.. tapi pernah berlaku hal ni, pada sepupu cik suami, doc kata anak dia boy, last2 yang keluar gegurl.. alhamdulillah.. tak kisah la kan, yang penting ibu dan anak selamat... ^_^

ok, baby aku?? RAHSIA..hahah.. nanti2 aku bitau ea, after dah deliver..heeeeeee
ok, nak solat dulu.. daaaaa..

salam penuh kasih sayang..^_^

Wassalam..

belog is open again..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi dan menikmati setiap nikmat dan rahmat pemberian Mu..

aku decide nak open balik belog aku..hahah.. awat?? sebab....sebab.. sebab.. ntah..heheh.. tak semestinya semua menda perlukan sebab kan.. dan tak semua perkara perlu diceritakan..heheh.. wat so ever la...

ok.. pembukaan entry aku kali ni.. just nak wat announcement.. heheh.. I'm mama wannabe.. alhamdulillah.. tak lama lg jer.. hehehe.. mudah-mudahan segala dipermudahkan Allah.. amin.. now, aku dah start bekerja di rumah.. dah hmpir dua minggu aku di Seremban. awal minggu ari tu, macam busy skit..sebab prof aku merangkap sv aku nak document macam-macam..heheh.. aku kan suka wat keja last minit.. so alhamdulillah..selesai dengan jayanya.. heeeeee

percaya atau tidak, aku adalah wanita yang mengandung, yang mengharungi kehidupan aku sebagai bakal ibu tanpa suami di sisi??

aku tak pernah terfikir yang aku akan mengalaminya dan melaluinya seawal usia aku ini, dengan mengandungkan anak yang pertama. aku sendiri tak sedar yang aku sedang alami saat itu sehinggalah kandungan aku dah masuk 7 bulan dan semakin membesar.. aku rasa keseorangan sangat di UTM, even ader sahabat belajar dan seusrah yang sangat care terhadap aku.. alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka pada aku.. aku sedikit malu dan segan dengan mereka.. maafkan aku wahai sahabat-sahabat ku kerana menyusahkan kalian... T_T *mode: terharu..*

keadaan aku sentiasa dalam emosi dan mudah terasa hati terutama denagan orang yang paling aku sayang. kerana ini anak pertama.. dan kami jauh.. kadang-kadang aku tak nafikan, sakit yang aku tanggung buatkan aku menangis sendiri tanpa dapat aku luahkan melainkan pada Allah yang memahami..kerana aku tak nak mengeruhkan keadaan.. Alhamdulillah pada Nya ada ketenangan dan kekuatan.. aku tak rasa sunyi sangat.. pada saat itu, saat aku emosi dan sakit, aku rasa ingin sangat di manja, dan diberi perhatian. namun, aku usahakan untuk ketepikan kehendak hati kerana banyak lagi yang menuntut perhatian aku.. kerja + study..huhu.. maka aku tahankan hati dan memendam rasa..harapnya boleh dilupakan segalanya..agar hati ini lega, tenang dan bahagia..

Alhamdulillah..setakat ni..aku masih mampu tersenyum, tersenyum dan tersenyum dengan kehidupan aku sekarang.. dan dalam jangka masa menanti tanda kasih dan cinta bersama cik suami.. Alhamdulillah.ada umi dan abah di sisi yang menemani..walaupun suami jauh di sana.. aku redha.. aku tau di sana juga dia merasa risau melihat keadaan aku.. namun, inilah namanya ujian.. ujian dalam kehidupan berumah tangga.. ^_^

so dalam masa duk di rumah, aku banyak menimba ilmu yang luar dr bidang kajian akademik aku.. ilmu agama, ilmu perbezaan antara laki dan perempuan, ilmu bagaimana nak jaga baby, ilmu nak kuruskan badan pas bersalin, ilmu berpantang.. masyaallah.. banyak sangat yang aku tak tau.. dan aku yakin, apa yang aku tau skang ni, adalah sangat-sangat ciput kan.. huhu.. x per2.. jum sama-sama doa semoga Allah sentiasa tambahkan ilmu kita, dan kurniakan kefahaman untuk setiap ilmu yang kita perolehi dan dapat manfaatkan nya untuk bekalan di akhirat nanti...aminnn ya Allah.. ^_^

now, aku ngah baca buku ni, Men Are from Mars, Women Are from Venus..

ni la buku dia.. famous kot..hagaagaga

ok..aku rasa macam terlambat nak baca, sbb patutnya before kawinkan aku baca tapi lepas kawin baru la merangkak-rangkak nak baca.. huhuhu..buku ni hadiah dari my best fren forever... Atiqah Kren.. kren, sbb dia keja kat kilang wat kren..heheheh.. nama dia sebenar, Nor 'Atiqah binti Mohd. Nurulhuda. hehehe.. tahun lepas dia bagi for my besday, sampai tahun ni, x habis-habis lagi..heheh.. buku english version ni, mmg merangkak skit aku nak habiskan.. kalo di bagi novel Ramlee Awang Mursyid.. comfirm satu hari leh khatam..hagagaga.. sengal..

kenapa aku baca??? cos aku nak memahami lelaki yang sekarang ni merupakan suami aku.. laki dan perempuan kan banyak perbezaan nya.. so dengan perbezaan, macam-macam perkara tak best yang boleh berlaku sebab salah faham kan..so, aku akan usaha ape yang termampu untuk memahami dia, dan bahagiakan rumah tanngga kami hingga ke syurga..aminnnn ^_^ 

aku pun berharap one day dia akan baca buku ni, dan memahami wanita yang menjadi isteri dia. heheh..leh kan sayang?? mana tau, abang rezki murah kawin 2 ke, x der la pening kepala nak handle isteri kalo macam-macam ragam kan..heheheh *ok..just kidding.. =P*

ok..mama wannabe mau rest.. hehehe.. tu jer.. nites uols... ^_^

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^

Wassalam..

Sunday, October 2, 2011

messy...

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

maaf buat kawan ku sheril.. aku tahu ko sngt menanti aku nyer update kat belog ni.. sowi sensangt sebab aku tak berpeluang nak lepak kat blog kesayangan aku ni.. may be lepas ni aku akan wat jadual.. untuk aku lebih rajin menulis.. lg pun, blog dah private kan.. hanya ko dan beberapa kwn je yg tau kisah aku.. =)

letih sngt hari ni.. letih kerana terpaksa melalui ujian yg aku rasakan dah menyusahkan orang lain..huhu.. aku akan ingt peristiwa ni sampai bila2.. betapa kita perlu alert dengan masa kita dan masa org lain..  hikmah dr peristiwa, moga-moga aku lebih berdisiplin selepas ini.. aminnn...

umi dan abah hantar aku balik utm hari ni. sampai je skudai, kitaorg terus beli tiket. orang tiket tu kata, "pukul 3.15 kat sri putri." ko mcm tak paham perangai aku dgn masa kan.. aku ingt 3.15 dr larkin.. cm siut jer.. so uruskan beli barang2 aku kat giant, lunch together dan solat. then hantar barang2 aku kat bilik postgrade n barang2 aku kat bilik.. dalam pukul 3 kot baru gerak dari blok aku (KDSE). ikut jalan Pulai (gate belakang) aku harap x der masalah. b4 sampai mcd, ade road block. hampeh tul polis ni... (aku lg hampeh kan..)

alhamdulillah, road blok x lama sngt.. aku pecut cm bese.. dgn harapan tak der masalh lain yg berlaku.. tp ujian Allah kan.. jalan u-turn nak ke sri putri under construction. so aku kene ikut jalan ke highway utk wat u-turn gi skudai prade. dgn harapan naj drope parents aku kat sana. on the way ke sana, org tiket kol aku, wat aku menggelabah dan akhirnya aku salah masuk jalan. naik jejantas balik gi utm..hampeh lagi sekali di situ.. huhu

so nak tak nak aku terpaksa hadapi road block sekali lg.. letih weh.. rasa nak hempuk je kepala kat stereng kete.. huhu. then, sebaik la org tiket tu kol lg, dia tnya baper lama lg, aku jwb la around 10 minutes.. then dia minta umi n abah aku naik bus pukul 4. n so glad, tiket x yah beli baru, just tukar dgn orang lain... after melepasi road block tu, aku ikut jalan bese ke skudai prade, n wat u-turn b4 simpang ke Tun Aminah.. huhu.. aku betul2 dah menyusahkan umi dan abah aku..

moga kejadian ni menjadi pengajaran berguna dalam hidup aku.. kadang2 aku sedar.. just, lembab..hahahha
so sheril dan readers yg lain.. semoga korang happy membaca kisah aku ni.. huhu.. 

pas ni insyaallah aku akan rajin hapdate.. cos lg 2 bulan menanti kehadiran permata hati.. Ya Allah permudahkanlah segalanya.. amin ya rabbalalamin... ^_^

adios...

salam penuh kasih sayang.. ^_^v

wassalam..

Tuesday, August 16, 2011

doa

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

hai uols, readers 4 kerat I.. hahah.. ok.. tu pun kalo yg I invite sudi nk membaca kanzzz.. 

to kak pah: hang per cer?? dah dapat feedback dari company yang ko gi hantar resume bagai??

to sheril: hai beb.. rindu mau merepek ngan ko.. buka pose, gi masjid sama-sama..huhu

to cik rye: hang baca ke belogs aku ni?? hope dpt jumpa time raya ni, nak gosip mak2 sngt kanzzz.. hahaha

to my luvly husband: abg sure x baca belogs tia kan. mane nak dapat line kat pelantar tu kanz.. hehe.. x per balik cuti baca ea.. =)

ok.. Ramadhan.. yup.. dah masuk pertengahan bulan.. 10 malam di pertengahan ramadan dikira sebagai pengampunan Allah buat hamba-hambanya. so jgn dilepaskan untuk memohon keampunan Allah sebanyak-banyaknya.. kita tak tahu bila kita akan 'berjumpa' dia. so bersiap sedialah membersihkan diri daripada dosa-dosa yang dilakukan dengan memohon keampunan dan rahmat daripada Allah di bulan yang mulia ini..

ok cukup tazkirah pendek daripada ustazah tak di iktiraf.. ecececehhh..

doa.. ape yang bese korang akan doa di sepanjang bulan ramadhan ni..?? kalo doa-doa bese tu aku faham, minta diberkati rezki, diberkati umur, dipertingkatkan iman, dapat apa saje yang terbaik dalam hidup, memohon keampunan dan rahmat Allah.. dan sebagainya segala yang baik dalam hidup kan.. so begitu juga aku.. namun pasti ader doa yang sangat-sangat spesel yang korang nak Allah tolong la makbulkan dalam tahun tu jugakkan.. heeeeeeee

macam aku bulan pose tahun lepas. aku minta dipertemukan jodoh dengan orang-orang yang soleh.  aku tak der la berharap dapat dalam tahun tu, sebab actually waktu tu tak terpikir nak kawin awal. just berdoa.. dan berdoa.. sbb bulan ramadhan tahun lepas hati ini sangat-sangat di uji dengan cinta manusia.. membuatkan aku sedih dan lemah pada hati.. lalu aku dekatkan diri dengan Allah, mengadu sgalanya tentang permasalahan cinta ku.. Sudah takdir Allah.. Alhamdulillah.. Allah temukan aku dengan seorang yang telah ditakdirkan menjadi imam aku dunia dan akhirat.. alhamdulillah kami di satukan dalam tahun tersebut.. ^_^

so pada tahun ni.. aku ade permintaan -permintaan khas yang aku harap Allah tolonglah aku untuk mencapai permintaan dan hajat aku tersebut.. apekah dia??? heheh

ya Allah permudahkanlah pengaajian ku di peringkat master ni.. bantulah aku menyempurnakannya sebelum bulan 5 tahun 2012. dan aku mohon pada mu ya Allah, sempurnakanlah pengajian ku ini dengan cemerlangnya.. kurniakanlah aku ilham dan idea, serta kefahaman terhadap ilmu yang aku selami ini ya Allah.dan berikanlah faedahnya terhadap diri ku.. aminnnnn..

kenapa doa gini?? sebab aku nk ingatkan diri aku supaya sentiasa positif pada diri aku.. yang aku mampu lakukannya. dan sebab paling penting adalah Amir Akmal Ibrahim.. yer suami aku.. aku nak ikut dia. aku nak temankan dia.. sian kami terpisah jauh2 kan..sedangkan tempat isteri di sisi suaminya.. huhu 

semoga doa aku ni dimakbulkan Allah.. moga inilah yang terbaik untuk aku.. amin..aminnn.. aminnnn..

uols.. tolong la doakan aku jugak ea.. hehehe..sayang uols.. ^_^

k nak tido..

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam..

Friday, August 12, 2011

kisaH aku dan bubur lambuk

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Last week.. aku mengidam nak makan bubur lambuk MSI, UTM.. MSI UTM saje k.. bubur lambuk lain x layanz... huhu... dipendek dan panjangkan cerita.. aku bernekad nak gi amik bubur lambuk kat MSI pas asar, pada hari Khamis lepas.. sebab dpt info dorg akan distribute bubur pas asar.. 

then, time zohor, aku dah nampak org duk bawa balik bubur lambuk dr MSI.. sadis di situ.. bisik pada hati.. "x per, pas asar may be ader lagi kot" huhu.. ok so b4 asar, aku study kat PSZ then pinjam la buku2 gedabak sebanyak 3 buah. bnyk ker?? bg aku yang malas nk baca buku, mmg la bnykkan..

then, asar pun tiba. selepas asar aku dok mengendong 3 buah buku yang tebal tu.. ngan beg laptop yang disandang dibelakang, gigih menapak gi MSI kan.. then, tnya organiser... "sory dik dah hbis. tunggu minggu depan ea.."

wah sentap mek.. rasa nak menangis pun ada.. dah la duk mencari keliling MSI, betis dua2 belah kaki dah sakit kan.. huhu.. sambil bersedih hati, aku usap perut aku.. "sabar qalbi. bukan rezki ko hari ni.. rezki ko len kali.. insyaallah..  jgn sedih2 ea.. nnt terjejas kesihatan ko.. huhu"

so aku berlalu pergi sambil terliur tngk bubur di tangan orang yg dimurahkan rezki Allah utk mendapatkan bubur lambuk pada hari tu.. huhu.. dan aku balas balik...hahah.. so semalam aku nekad, nak tak nak aku akan dptkan jugak bubur lambuk tu..hagagag..

tp citer agak tragis. masa azan asar aku otw gi masjid nak solat jemaah. then nampak la staf2 perempuan UTM ni, dah tunggu depan dapur masjid tu.sebaik la organiser tegas skit minggu ni..memang betul diorang akan agihkan bubur lambuk pas asar. so aku rasa better aku solat jemaah asar lu kan.. so aku bla la, tp aku tngk makcik2 ni duk jer depan tu.. xder la fikir nak gi solat dulu ker.. jemaah asar sesama ker. ni dak.. dok jer tunggu depan dapur tu.. aiyooo.. riso benar tak dapat. dah org tu ckp, insyaallah dapat, sebab dorang masak 4 periuk hari tu..

aku riso gak tak dpt, tapi aku tawakal jer pada Allah. if memang rezki aku hari ni insyaallah aku akan dapat. x per la.. better gi kejar jemaah dulu. dah lama x jemaah asar kat masjid.. dalam hati aku berdoa "ya Allah murahkanlah rezki aku.. aku nak sangat makan bubur lambuk MSI.. huhu " alhamdulillah.. aku dapat jugak akhirnya walaupun terpaksa beratur panjang.. wah tadi sahur makan bubur lambuk panas.. masyuk la.. sedap sangat.. alhamdulillah.. =)


bubur lambuk.. *from mr. google*  sedap woooo...

so, aku rasa next week aku x nak kejar dah bubur lmbuk lagi.. aku nak bg peluang pada dorang yang x pernah rasa lagi untuk tahun ni.. heheh..baikkan aku.. heheh..

ok.. selamat hari jumaat.. daaaaaaaa

salam penuh kasih sayang ^_^ v

wassalam..

Sunday, August 7, 2011

Giveaway Homemade by Zanox: Permulaan pemasaran produk homemade by muslimah ^_^

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 

Wah dah lama sngt Cik Qalbi tak menghapdate entry di belogs ini.. sangat lama... sory2.. tapi awat tetiba Cik Qalbi beriya-iya nak wat entry baru ni??? aish3..

ha.. ni suma pasal.. Giveaway Homemade by Zanox.. so entry ni khas untuk Giveaway tu dan dinilai oleh Cik Zanox @ Zan Zafirah.. heheh... so sanggupla kan Cik Qalbi meng'unprivate' blog ini, semata-mata untuk giveaway tu.. heheh.. so soklan yang terbaru kali merupakan soklan terakhir bagi Giveaway ni.. even dah menang pada 2nd day.. why not cuba lagi kan cos penyertaan dah terbuka pada yang pernah menang juga.. thank you so much Cik Zan sebab bagi peluang untuk mencuba lagi dan memeriahkan lagi giveaway tersebut...hehehe.. ^_^


ok.. soklan2 yang diberikan oleh Cik Zan kita..

 1) Berikan jenis-jenis lipbalm yang dibuat oleh Zanox.
Lipbalm yang di buat oleh Zanox ade 4 jenis.. iaitu..tadaaaaaaaaa


a) Natural mint- Colourless, pure and natural beeswax lip-balm
b) Blushing mint- A hint of blush colour to give girly look to your lip-balm
c) Darling mint- Red tone tinted lip-balm to give a tinted red look to your dull looking lips
d) Bubble mint- Pinkish tone lip-balm to give a pinkish hue to perk up your lips

2) Berapa huruf 'A' dalam nama penuh Cik Zanox @ Cik Zan
Cik Zan Zafirah binti Zainal. So, campur nama Cik Zan dan ayah Cik Zan, bilangan 'A' dalam nama tersebut ialah 5.. betul kan? tak salah kirakan.. heheh

3) Berapa berat tub eye gel?
ha.. ni Cik Qalbi cuakz skit..huhu.. tapi tadi dah usha kat album product Homemade by zanox, baru confident skit kanzz.. hehe.. ok 1 tub eye gel = 5g ^_^

soothing eye gel


4) Kolej matrikulasi Cik Zanox?


ha.. ni Cik Qalbi comfirm.. Cik Zanox ni dulu satu matrix dengan Cik Qalbi.. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.. =)

5) Berapa jumlah bar sabun splashing choco mint untuk dijual?

ha ni la ghupanya bar sabun  splashing choco mint.. cam kek batik kan, ader rasa nak makan x?? heheh.. so selepas di usha, bar sabun ni yang available untuk di jual adalah 9 bar.. so sape2 rasa nak try sabun ni, tapi x leh makan tau, leh jer order kat Cik Zan... =)

now seksyen yang agak mencabar Cik Qalbi dalam mengarang ayat yang kreatif bagai ni kan..huhu.. but never mind just try my very best.. heeeee.. apa yang mencabarnya?? yeah... SLOGAN...

Pendapat saya tentang Homemade by Zanox ialah BEST sebab tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya!! ^_^ Tahniah pada Cik Zan kerana berjaya menghasilkan produk buatan sendiri dengan ilmu kimia dan kecantikan yang dimililki, yang tidak menggunakan kos yang tinggi dan juga berkualiti. dan juga yang paling di yakini, produk Homemade by Zanox di jamin halal kerana dihasilkan oleh orang islam sendiri dan tidak menggunakan kandungan bahan dan alat-alat yang shubhah (ragu-ragu)..  saya bangga dengan apa yang dihasilkan oleh Cik Zan. now saya tengah menunggu hadiah yang telah saya menangi pada 2nd Giveaway iaitu Aloe Loofah Soap dan Bubble mint lipbalm. saya rasa sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya mencuba produk homemade selepas diperkenal oleh seorang kawan melalui blog beliau. saya berharap Homemade by Zanox ni, dapat diperluaskan pasaran nya, terutama dikenali sebagai produk islam yang suci, bersih dan selamat.. Good Luck to Homemade by Zanox. chaiyok3.. ^_^v


owh yeah..  so pada uols yang sempat membaca entry ni, dan minat untuk join giveaway ni, leh la gi singgah fb Homemade by Zanox. semua soalan dan syarat-syarat penyertaan ade di page tersebut. if tak nak join, dan berminat nak shoping barang-barang homemade ni, pun bleh gak.. suma produk yang dibuat ader dipaparkan di page tersebut... di jamin halal, murah dan berbaloi-baloi ^_^

dan if uols nak tahu tips2 kecantikan dan resepi-resepi best ( bagi yang kuat makan macam Cik Qalbi) bleh la lepakking kat belogs Cik Zan ni, di Suka Suki by Zanox. Selamat menimba ilmu..heeeeeee =)


p/s: kredit pixs by Homemade by Zanox ^_^v

Tuesday, August 2, 2011

...... (2)

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...



yer dia.. aku rindu dia.. heheh.. he is my engineer, my love, my fren.. and he is mine.. heeeeeee
keja baik2 dan penuh bersemangat ea di bulan puasa ni.. semoga segala urusan ibadah abg dipermudahkan Allah...

tia tunggu abg.. ^_^

p/s: tolong doakan saya agar sihat dan kuat utk menjalani ibadah di bulan ini.. tiada alasan utk berubah menjadi lebih baik kan.. Insyaallah.. =)



Sunday, July 31, 2011

......

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

cik suami dah selamat tiba di Sabah.. petang td 5.30 pm gi hantar dia di KLIA.. huhu.. dalam keta kami bleh bergurau senda lagi.. gosip2 pasal hal adik beradik.. namun, bila dah sampai di balai kat terminal, dan aku dah nampak kapal terbang ngah landing tu.. aku ras sayu.. tetiba terasa mata ni panas dan ader air yang mengalir darinya...

cik suami mungkin perasan.. lantas menarik aku di dalam dakapannya... aku tak dapat menahan air mata dari biarkan ia mengalir dengan lebih deras.. biarkan ianya mengalir bersama perasaan yang hiba.. sehingga melepaskan dia pergi di pintu pelepasan pun, air mata ku tak berhenti mengalir.. 

sunyi... jauh... sepi.. di ketika ini juga, aku masih merasainya.. maafkan diri ini kerana tidak mampu mengawalnya buat masa ini... aku tahu, dia tak mahu aku berterusan begini.. aku tahu, dia mahu aku terus kuat menjalani perpisahan ini, yang tak tahu sampai bila akan berakhir..

but please aku merayu.. tolong balik raya ni.. please...T_T
tia tunggu abang.. sentiasa tunggu abang sehingga hujung nafas tia... janji...

thanks to be my frens, my lovely and sweetie husband.. walaupun kita jauh.. hati kita tetap dekat, hati kita tetap setia dengan cinta yang kita bina, hati ini tetap saling sayang menyayangi, tiada siapa boleh menggugatnya.. I love you with all my heart Amir Akmal.. so wait for me always, still be there for me... and I will love u forever...

p/s: selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Tuesday, July 26, 2011

hari dipermudahkan Allah

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. hari ni Allah limpahkan rezki dan kemudahan kepada ku..syukur alhamdulillah.. weekend lepas adalah hari bermalasan ku.. kerana berdating sepanjang weekend dengan Cik Suami yang sangant baik + kacak..ececech.. Alhamdulillah, bahagia bila bersama dia.. dan this weekend i have my mind set to finish up all my analysis, to write the draft for abstract's paper.. huhu... so nak kate busy skit.. sehingga tak lunch semalam.. huhu.. so, petang tu, main masak2 ngan kak pah dan tini (kawan baru, budak kimia industri, awek kawan Cik Suami..heeee).. siap gak la 3 lauk yang simple..heheh

so hari ni, bersiap dengan awal.. sebab nak kene kejar gi Klinik Kesihatan Taman U for take my appoitment at Hospital Sultanah Aminah (HSA) tomorrow. argh.. x suka appoitment dengan hospital.. lembab..waste my time... ( ceh poyo jer..) tp tu la hakikatnya..huhu.. then si Kak Pah nak beli buah tangan untuk family angkat dia, sebab insyaallah petang ni nak gi Pasir Gudang.. so, layan kan jer la, even aku rasa..."weh cepat skit, aku nak wat keja ni..huhu" tapi x smpi hati nak cakap..just berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan keja aku... hurm...

so masuk PG Romm, on lappy.. and check my email.. urusetia program send an email.. and i know from them... yes3.. memang itu yang diharapkan..heheh.. extend masa untuk penghantaran abstract..hagagagag... ^_^  so dengan tenang aku leh wat keja.. arrange masa baik2.. dan leh balik weekend ni dengan tenang..heeeeeee suka3... =)

Alhamdulillah..ni suma keja Allah kan.. Allah sentiasa tolong kita bila kita dalam kesusahan dan kesempitan.. rasailah kehadiran Allah dalam hati kalian.. insyaallah..korang tak rasa sunyi, dan sentiasa berada dalam lindungan kasih sayang Allah...

dan buat suma readers.. tlg doakan aku, hope appoitment besok, means aku kene wat beberapa ujian kesihatan, aku harap, semua positif dan aku sihat tanpa penyakit berbahaya...aminnn ya Allah..

p/s: Selamat Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak.. ^_^

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Monday, July 18, 2011

saya sayang LED

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadap LED selama seminggu ni sakit mata.. huhu.. semoga power mata aku tak naik.. amin..amin..amin...

ok..eksp..smbung esok..semoga segalanya dipermudahkan... amin..amin..amin..



Thursday, July 14, 2011

Surau?? penting tak??

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

kerja tertangguh lagi dan eksperimen aku pending..aiyooo.. dugaan tul.. huhu.. ok..jangan tunding jari kat orang..salahkan diri sendiri.. salahkan diri sendiri.. OK.. muhasabah diri itu penting..remember my frens.. heeeeee

ha.. nak story pasal pengalaman aku gi jalan-jalan kat Angsana JB hari selasa lepas.. ok.. FYI, Angsana ni, merupakan tempat beli belah, sesuai untuk orang melayu.. yer la.. berlambak orang melayu.. hurm.. bagi aku, aku suka shoping saner.. sebab banyak orang melayu, dan at least aku tolong ekonomi orang melayu, even orang dok kata harga sane mahal kan.. tp ader gak la kedai-kedai milik orang cina.. besenya.. kedai2 yang mmg kedai la.. kebanyakkan kedai milik orang melayu, dia guna stall kecik tu jer.. jual baju, tudung, jamu, madu.. dan macam-macam lagi la.. 

tapi aper yang aku nak highlight kat sini la pasal kemudahan yang disediakan kat saner.. aku tak heran la.. kalo setakat ader toilet, ader lift, ader eskaltor bagai dan macam-macam la kemudahan lain.. aper yang aku paling titik beratkan adalah surau.. aah SURAU.. pergh.. now diorang dah renovate surau kat saner.. selesa giler.. kalo pas solat maghrib berjemaah tu kan, siap ader kuliah agama lagi. best la bg aku..kalo aku nak lepak lama2, baca quran lama2 pun aku tak kisah.. best wooo.. lepas wat maksiat cuci2 mata shoping2 kan.. per salahnya, duk dalam surau yang selesa tu, sambil wat ibadah sikit kanzz.. Allah tu tak kedekut la.. skit ibadah ko wat pun, Dia bagi pahala gak...

compare dengan satu pusat beli belah yang aku gi kat seremban.. ala.. senang ckap suma pusat beli belah kat seremban surau cm x rupa surau.. aiyooo.. ok.. sambung balik.. time datang tu, dah hampir masuk asar.. so aku dan suami, memang jenis kalo berjalan, solat mesti di utamakan.. so nak solat dulu la.. then, crik punya crik, tnya punya tnya orang melayu (aku tak sure islam ker tak kan..) surau memang tak der kat sana.. sebab bangunan tu tengah renovation.. huhu.. and i'm wondering weather orang melayu yang aku tanya tu solat ker tak, sebab mereka juga berkerja di bangunan tu.. huhu..aiyoooo.. bila agama jd no 2 kan.. huhu..

so, we all pun carik la alternatif lain, gi solat kat masjid luar..huhu.. sedih.. dan tersangat la sedih bila dikenangkan negara yang pemerintahnya melayu dan islam, tapi kemudahan basic bagi sebuah negara yang diperintah oleh orang islam, tidak di ambil berat..huhu..

 ok la tu jer aku nak share.. so nasihat aku, bagi uols yang gi shopping tu terutama nak shopping raya ni, solat jangan lupa.. kalo boleh, lepaskan yang wajib dulu, at least pape jadi uols tak der la rasa berdosa sangat kan.. and tak susah pun bawa telekung gi shopping kan... x pun, pastikan pusat beli belah yang uols gi tu, ader surau yang baik, x pun, dah ader surau pun, kira ok la.. sebab aku tau, bnyak pusat beli belah, tempat shopping nya best, suraunya.. ya Allah.. teruk.. euwww..

ok.. tu jer..

Salam penuh kasih sayang.. ^_^

wassalam..


Tuesday, July 5, 2011

moga ini yang terbaik

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. heeeee.. lama mendiamkan diri.. busy?? hurm.. sikit la.. tp lebih x der mud nak mencoret pape kat sini.. *rasa nak bg pelempang jer kat muka sendiri..huhuhu..*

actually, nak story ni.. i got this from my dad.. tq abah..
tadaaaaaaaaaa

laaaaaaa.. pos ekspres jer pun.. per nak heran kan..

huhu.. memang la tak heran tengok pos ekspres ni.. tp yang aku sangat2 la heran dan peduli, adelah isinya.. heeeeeeee.. yer isinya yang selama ini aku tunggu-tunggu.. dan aku harap ni la masa depan aku. 

dulu pernah aku bitau kawan baik aku Sheril, i want to be... bla..bla..bla.. dan2 respond Sheril kan : aku kena gelak.. ko kelam kabut cm ni, manage masa pun tunggang langgang.. ader hati nak jadi 'tue'..huhu.. *sebaik kawan baik,kalo x memang dah kena..huhu..*

ok, ni baru permulaan. aku tak tahu aper yang akan jadi masa depan. tapi inilah sebenarnya yang aku harapkan jadi milik aku, masa depan aku. Alhamdulillah dapat sokongan suami tersayang.. 

"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ku, berikanlah aku petunjuk Mu ya Allah.. dan seandainya apa yang aku mohon dan pinta pada Mu adalah yang terbaik bagi ku, keluarga ku dan masa depan ku, ku mohon pada mu perkenankalah ya Allah... Aminnn ya Allah.. "

dan pada readers, doakan saya dapat yang terbaik dalam hidup saya ea.. semoga uols jugak dapat yang terbaik untuk diri uols dan terbaik dari sisi Allah.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang..

Wassalam ^_^v

Saturday, July 2, 2011

luahan hati kerana tak larat tengok POLITIK KOTOR Malaysia..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Aku benci POLITIK.. Aku benci POLITIK KOTOR.. BENCI GILEERRRR..

Aku bukan tak membaca, lagi aku baca lagi aku sakit hati.. namun itu suma untuk pengetahuan jugak so aku kene jamah.. kerajaan, pembangkang.. sama-sama kotor.. 

now kecoh pasal Bersih 2.0.. kita suma tau kan.. dan motif mereka pasal nak bersihkan pilihanraya yang akan datang. kenapa perlu bersih?? nak kata PRU dulu tak bersih ker?? mungkin. apa yg dorg tuntut pada kali ini, salah satunya penggunaan dakwat kekal, tiada pengundi post.. dan.. ntah aku x sure lg.. yeah yang pastinya, x der nak bg kerakyatan pada warga asing supaya mengundi satu parti ni.. ni mmg aku kata KOTOR GILER.. 

tahun ni, dah tiba masanya aku mengundi.. aku just harapkan Malaysia jadi negara Islam.ada pemimpin Islam, yang tak der fikir nak wat pusat hiburan banyak2 kat malaysia ni, untuk tingkatkan ekonomi negara.. giler bullshit idea tu. then, aku tak nak pemimpin yang nak bina menara tinggi2 mahal2 then x der orang nak duduk sebab tapak sewanya mahal.. kenapa tak bagi duit tu untuk bangunkan kemudahan bagi rakyat negara kita yang dalam kesusahan. bagi pendidikan percuma pada rakyat dari mula tadika sampai habis belajar, macam manifesto kat Thailand tu.. even manifesto, tp x mustahilkan dilaksanakan.

aku tak nak pemimpin, yang terus menggalakkan hiburan yang melalaikan kat malaysia ni.konsert sana, konsert sini, pertandingan nyanyi dari kecik smpaila ke orang tua.. aku tak faham, if budak2 dr kecik dah dilatih jd penyanyi, jd penghibur.. sape yang bakal jd pemimpin yang boleh kita harapkan???

so please la.. zaman Nabi dulu, baginda boleh bina sebuah negara dengan pelbagai kaum, aman dan adil. aper yang penting hukum islam kita tegakkan.. berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah. tp, now pemimpin kita lg bijak pndi wat hukum ikut akal sendiri.. terpulang.. 

aku sebagai rakyat, akan terus mendoakan kesejahteraan negara aku ni.. Allah itu lagi kuat dari bala tentera korang orang-orang politik ni, yang main kotor untuk jd pemimpin.. aku tak kater pembangkang or kerajaan. dalam diri kamu ader seketul daging iaitu hati, yang tau aper yang kamu lakukan, aper yang kamu mahukan.. apakah perjuangan kamu ini, demi kepentingan kamu, ataupun demi agama, dan negara. aku malas nak mention bangsa, sebab pasal bangsa ni la, nak gaduh satu malaysia.. kalo kita dahulukan agama, aku tak rasa hal2 cm ni akan jadi.. huhu..

moga bila tiba masanya, istikharah la.. untuk memilih bakal pemimpin kamu, yang akan membawa negara ni, kejalan yang Allah redhai.. insyaallah.. ya Allah, bantulah hati-hati ni dalam memilih pemimpin2 kami ya Allah.. tolong kami ya Allah, tolong kami untuk memilih...aminnnnn


Friday, June 24, 2011

belogs is open...

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

maaf kerana lama mendiamkan diri.. huuuu
ader sebab2 tertentu kenapa aku block kejap ini belogs..
so pada readers yang nak read blog aku..sorry ea sbb block tanpa notis..huhu

to Sheril, Sherry.. aku dah open balilk  blog aku..
any hapdate "pasal tu".. nntla aku citer ea..
mmg x der mud nak citer lg..huhu..

ok uols.. daaaaaaaaa


Tuesday, May 31, 2011

rintihan hati #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Tuhan ku 
aku rindu dia..
sangat-sangat rindu dia..
berikan aku kekuatan menahan 
kerinduan ini ya Allah..
T_T

Sunday, May 29, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Assalamualaikum...

lama jugak aku tak hapdate this belog.. after seminggu bercuti dengan suami dan family, barulah hari ni aku berpeluang nak jengah-jengah the belogs..huuu... ok.. actually, tertarik dengan satu segmen yang di anjurkan Blog Pilihan Malaysia.. hehehe.. so aku gedik2 la nak join kan.. orite..

so pada uols yang berminat gedik-gedik nak join..leh usha link ni
|
|
|
v

dalam segmen ni, banyak kategori yang dipertandingkan.. i likes..heeeeee.. and aku rasa aku sangat la layak untuk join kategori Blog Personal Isteri Pilihan.. terima kasih sesangat la pada admin sebab sudi wat kategori ni.. barulah aku sentiasa ingat diri ni, dan belogs ni kepunyaan seorang isteri yang comel suka berceloteh..heeeeeee

belog ni di lahirkan pada 16 Januari 2011.. 16 hari selepas aku menjadi tunangan Cik Amir Akmal Ibrahim, di mana dia sekarang adalah suami ku, insyaallah dunia dan akhirat ku... actually, ni adalah belog kedua aku. dan belog ni tak sampai setahun.. aku wat belogs ni untuk suami aku yang tersayang kerana itu adalah permintaan dia.. so, sebab dah sayang.. aku tunaikan jer la.. heeeee.. apa saje yang menggembirakan dia, akan aku cuba usahakan sebaik mungkin.. ^_^

per yang best pasal belogs aku??
 hurm.. bese jer.. belog seorang isteri, lebih kepada private belog.. selain luahan hati, cerita sebuah kenangan, kisah hidup seharian, belog ni juga aku gunakan untuk aku share pendapat dan sedikit ilmu yang aku ada... besides that, dengan meleletakkan links belogs kat tepi ni, aku boleh usha belogs favret aku untuk mengelakkan kebosanan aku yang hanya menghadap jurnal sains setiap hari.. heeeeeee  (yup.. aku still student lagi... heeeee)

so, aku nak ucapkan selamat datang kepada viewers baru, yang sudi jengah-jengah belog aku.. terimas.. heeeeeeeeee ^_^

Semoga Uols Sentiasa Optimis Dan Positif Dalam Hidup Ini.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^

Wassalam..





Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru uNtuk GurU-guRu dan Untuk Aku

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

apo khabar uols yg sedang usha belogs aku.. hehehehe.. terima kasih sebab sudi ziarah, even aku dah lama tak hapdate belogs kesayangan aku ni.. heeeee.. memandangkan semalam 16 Mei 2011 merupakan hari penghargaan buat guru-guru kat Malaysia ni.. so aku terpanggil untuk membenarkan jari jemari aku menari di atas keyboard ni.. nak story about Teacher's Day.. heeeee

first of all.. i nak wish.. happy, happy, happy Teacher's Day kat semua cikgu-cikgu dalam ini Malysia.. terutama, to my mum.. Cikgu Hasnah, makngah aku, Cikgu Faridah, mama aku (mak tih) Cikgu Nurul Zita, baba aku (paktih) Sir Ahmad Liza (cikgu english la kata kan..) dan umi aku.. Ustazah Azizah.. gituewwwww... umi ni, cikgu pada anak dia.. aku la kan.. kecik2 dulu, umi la yang didik aku sampai la aku besar gedabak ni..huhuhuuuuuu..

teringat la pulak, tahun lepas masa hari guru hampir tiba, ade kenduri kat umah aku.. ala.. keduri family..kecik2 jer.. kitaorang selebrate hari guru kat umah aku.. semua guru-guru dalam family aku.. dijemput potong kek sama-sama.. yang paling best before potong kek leh plak nyanyi lagu tema cikgu-cikgu malaysia.. "kami guru malayasia.. bla..bla.. bla.." (aku tak hafal.. huh)

dan semalam merupakan kali kedua aku meyambut hari guru untuk diri aku sendiri..heeeee.. uols tau kan aku cikgu tusyen..heheh.. tak sangka aku.. guru tusyen pun, anak-anak murid ingat..ingatkan dorang hanya ingat cikgu-cikgu sekolah jer kan.. huhu.. aku sangat la terharu malam tadi..

as usual.. selasa malam aku ada kelas untuk budak form 1.. laki jer dalam kelas tu..memang haram jadah la nak wish teacher's day kat cikgu diaorang yang cumil kan.. (ok..sila muntah... ) tak pa la. aku sedar diri..cikgu tusyen jer kan.. huhu.. but suprise... before aku tamatkan kelas malam tadi.. student dari kelas form 2 merangkap students aku gak kanszz.. masuk kelas aku.. then hulur tangan and wish me 'Happy Teacher's Day' teacher.. huhu.. dalam tangan salah sorang student ade kotak kecik.. tertera atasnya, nama students aku.. yang share budget untuk hadiah tu.. aku yang awalnya.. rasa sakit-sakit badan.. terus happy dan tersenyum sampai la aku balik bilik..dalam hati.."tak sangka cikgu tusyen pun dorang ingat kan.. heeeeeee ^_^ terharunya.." nak tau per dorang bagi??? tadaaaaaaaaaaaa....


ni hadiah yang aku terima.

ni pulak hadiah sebenar.. nice.. leh letak kat meja studi kan..heeeeeee

FYI, tahun pertama aku sambut hari guru, di mana aku yang jadi cikgu time tu.. masa tahun 2007, dimana aku di tawarkan jawatan sebagai usatazah.. ustazah beb.. ajar agama.. ada caya x sama aku?? heeeeeeee.. kelas dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. sekolah swasta kan.. dan aku sangat tak sangka, aku sendiri berpeluang nyanyi lagu Guru Malaysia tu, di hadapan ratusan pelajar sekolah pada waktu tu.. yer la dulu, aku yang dok kat tempat doramg, tengok cikgu-cikgu nyanyi..sambil ngumpat2 kat belakang kan.. ha.. now aku pulak yang nyanyi.. sure stduents aku pun ngumpat aku.kan..ahakzs... ader aku kisah?? hahah

pada hari tu, terasa diri ni sangat di hargai macam artis wooo.. walaupun aku hanya mengajar 3 minggu jer kat sekolah tu.. tapi 3 beg kot aku bawa balik hadiah. famous kan aku..cikgu comel kot.. hahaha (ok..sila muntah) . now semua hadiah tu aku letak bawah katil dalam kotak.. hope bila dah ade umah sendiri nnt, bleh la aku hias kan kat umah aku.. heeeeeee...

aku tak tau per khabar students aku skang ni.. tapi yang aku ingat, sorang student ni.. dia berjaya dalam peperiksaan agama dia.. bila dengar khabar tu dulu.. aku bersyukur sangat.. even tak banyak membantu dalam kejayaan dia, tetapi sebagai seorang yang pernah menjadi guru dia.. aku rasa gembira melihat kejayaan dia.. =)

hurm.. dan cikgu-cikgu aku dahulu.. ketahuilah.. kalian sangat berharga buat aku.. kalo cikgu-cikgu tak korbankan masa ajar aku, membebel kat aku menda-menda yang baik.. ntah di mana la aku skang ni kan.Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku guru-guru yang sangat baik.. yang menunjukkan aku jalan jadi insan berguna, isteri yang solehah.. dan bakal ibu yang mithali.. aminnn ya ALLAH..

sampai bila nak jadi cikgu tusyen ni?? hurm ntah la.. aku planning nak berhenti.. nape?? hurmm nnt la aku story morry.. dah.. tata.. thank u membaca..

salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Wednesday, May 11, 2011

suPrise yaNg nekaD

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. hanya itu saje yang mampu aku ucapkan tatkala ini.. bila dikurniakan kebahgiaan, kegembiraan yang hakikatnya semua itu milik Allah.. terasa kerdil nya diri ini, kerana tanpa pertolongan dari NYA, pasti apa yang aku cuba usahakan pasti akan menyedihkan aku kembali.. namun kerana aku yakin dengan NYA.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kegembiraan dan kebahgiaan... yang penting aku sangat happy ini ari..heee

ok.. plan awal nak wat suprise la kononnya kan buat suami tercinta ecececehh... hari ni (10 Mei 2011) suami ader presentation FYP kat fakulti dia.. mula-mula dapat tau, aku tanya nak datang boleh..? jawapannya mudah.. "x perlu la sayang.." ok full stop..aku senyap. malas nak tanya lebih-lebih ti jadi isu..hahaha..

tapi besa la.. orang bernama Nurul Fatiha Qalbi Kamarudin, memang sorang yang nekad kalo nak wat keja2 merepek ni kan.. dengan alasan aku nak sangat tengok suami present and defend hasil kerja dia.. x pernah tengok kot.. so may be ini yang pertama dan terakhir..huhu.. so nekad nya pasal aku redah wat plan ni.. 

actually, before wat plan ni, aku dok tnya kawan baik dia Sidiq, tanya rumate aku, Hana.. tanya umi aku.. and also tanya Bela.. tp Bela nya respond la macam tahap longkang.. kenapa?? bleh dia cakap.. "ish ko ni, kot-kot ti ko datang dia fail.." memang cam longkang kan.. hahaha hamik ko Bela.. kan dah kena sebijik ngan aku..hahaha.. tapi xper.. aku tetap sayang ko ea.. hehehe.. umi pun risau, takut2 kalo suami tak redha ngan suprise aku, ti gaduh..huhu.. memang aku cuak..SANGAT..

tapi.. argh nak jugak wat.. hagagaga.. so aku beli la siap2 hadiah untuk menambat hati suami tercinta.. maaf ea sayang gi beli hadiah tak bagi tau kamu.. nama pun suprise kan...heeeeeee...

tadaaa...

ni bantal khas untuk suami bawa gi kerja nanti.. hahah budak2 sangat.. hagagaga tp comel.. bear tu macam kitaorg berdua..heheh

ni plak kad kecik luv-luv untuk tatapan suami...

dalam ni pulak ade surat cinta..smpul surat made by my hand yang sangat la tak reti art..huhuhu.. surat minta maaf buat suprise.. takut tetiba pas tu suami tak redha.. nahas aku kan..huhu..

ni set hadiah aku untuk suami.. heee

so pagi tu.. gi redah fakulti suami.. cari tempat dia wat presentation.sampai jer, sebaik la suami tak start lg presentation nya.. ingat nak suprise kan suami, kononnya tak bagi suami perasan la aku datang kan.. last2 kat bilik tu hanya ade satu pintu masuk jer.. so terpaksa la aku masuk bilik tu kalo tak x dapt la aku tengok dia nyer perbentangan kan.. then, bila bukak pintu nak masuk tu, suami nampak.. dia senyum jer.. heheh.. phew.. lega aku.. maksudnya positif..suami tak marah aku datang..heheheh

bla..bla..bla.. suami nyer turn.. about corrosion inhabitor.. kalo tak silap.. heheh.. macam aku present FYP lu..cepat jer cakap.. hehehe.. xper2.. yang penting abang dah try the best kan..hehehe

then, malam gi dating ngan suami n kawan baik suami.. makan pizza.. yippe.. then, hantar suami balik n bagi hadiah besar tu kan suami.. then suami kata:

suami: thanks for everything sayang. datang bagi support kat abang pagi tadi. rasa bersemangat sangat.. bagi hadiah lagi, kad comel2..

aku: abang nervous tak bila abang present depan ayang tadi??

suami: orang muka macho cam abang ni, ada ker istilah nervous bagi abang??

aku: erk... (senyap tak terkata) hagagagaga... macho la sangat abang ni.. condifent lebih la tu..hahahah

lepas abang cium dahi aku, abang terus kuar kereta.. nak kejar sidiq studi sama-sama for last paper tomorrow.. huhu..

lepas ni, dah berani nak wat suprise untuk suami.. nak wat lg gempak la pas ni.. hohoho

ok la dah penat.. and happy sangat2.. nak tido dah.. tanpa selimut..sebab bumi kita panas sangat sekarang..huhu... =.=''

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wasssalam.

Monday, May 9, 2011

nothing special..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

nothing special on yesterday for me.. eventhough Mother's Day.. sebab.. aku dan suami tak berpeluang balik kampung untuk peluk and wish depan-depan "Selamat Hari Ibu" wat umi dan mak.. and untuk mak mertua sekali..huhu.. sadis..

but.. alhamdulillah..kredit ada..so calling sudey.. mmg x der sentimental value ker ape.. at least aku ingat..cos bagi aku everyday adalah hari mengingati parents kita kan.. dalam doa lepas solat.. dalam pape jer la yang kita wat.. mesti ingat kesan yang akan berlaku pada parents kita kan.. so.. umi, abah, emak ayah adik sayang kalian..bangat.. and for mak and abah melaka.. tia sayang kalian jugak.. thanks sebab melahir dan mendidik Amir Akmal Ibrahim, sehingga menjadikan dia insan yang berguna di muka bumi Allah ni.. thanks mak dan abah..

ok.. no bebel banyak-banyak.. aku ada agenda hari ni.. perlu deal ngan Jabatan Kimia.. hope urusan dipermudahkan.. susah gak if kerja aku kena deal dengan jabatan and fakulti lain.. aku sangat tak suka sebab kerenah birokrasi.. OMG.. pada mu ya Allah aku berserah, permudahkan lah segalanya.. aminnn..

ok.. nak solat dhuha lu.. jum yok.. =)

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Thursday, May 5, 2011

omG.. my students!!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

aku dah pening pale marking paper students aku... ya Allah.. bukan menda tak ajar pun.. adush ai..
yang aku hangin tu summaray, dah bese buat dah.. dah wat revision one week before test.. ade lagi yang tak paham soklan.. adush ai..

lagi tak bleh bla student pro, yang asyik bajet "teacher i can do it. it is easy teacher" pun leh wat small mistake.. hangin tul aku..

dah la.. malas tengok paper ni.. dah pening pala.. huhu.. tapi bagus gak.. selamat duit teacher dr bagi uols hadiah kan.. hahahaha..

otei, selamat malam dunia.. techer dah pening pala...

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^v

Wassalam..

p/s: ade aku kisah if aku cikbu english tp dalam blog, aku camporization bahasa aku.. huhuh.. blog tempat aku membebel..ade aku kisah bahasa pe aku nk guna..huhu.. sori aku dah pening paleee... tata..

Wednesday, April 27, 2011

kisAh KamBing dan SuaMi raJin

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

niat hati nak hapdate belog... tapi lepas dah kene tegur ngan sumone.. rasa tak der mud nak hapdate.. huhu.. 
bengang la plakkan.. dah snap pix banyak2 time balik cuti ari tu.. nak story mory kat belog.. bila dah kene sound.. terus hilang idea sebab dah hilang mud.. huhu.. nyampah la.. nyampah kat diri sendiri... eaeeeeee...


ah.. x kira la.. nak share gak.. ha.. uols.. ni pix kambing-kambing kat rumah ayah mertua aku kat melaka.. heeeeee.. nampak tak kambing sebalah kanan skali tu, senyum masa aku snap pix diorg tu.. hahaha.. masa aku kuarkan handphone camera canggih aku kan, kambing-kambing tu berlari berposing di tepi pagar kandang diorang.. dah bajet cam artis plakkan, ade orang nak snap pi diorang..

hurm, x sangka kambing-kambing ni pandai berposing ea.. siap bagi senyum kambing paling menawan gituewwwwww... heheh.. 


okey.. ni pulak suami aku yang rajin sangat.. heheh.. dia ngah bersemangat bersihkan tempat pembuangan najis kambing-kambing tu, and kumpulkan tutttt... untuk di bakar dan akhirnya di buat baja.. aku?? aku duk kat luar kandang, smbil temankan suami dan beri kata2 semangat pada suami.. chayok3!! heeeeee


ni satu lagi... yeah.. suami sangat rajin.. heeeeeeee.. tapi hari tu kan.. kambing-kambing ni dengan baik hati, menambahkan tutttt.. masa suami ngah bersihkan tempat pembuangan najis tu.. sebaikla tak kene kepala suami, sebab tempat pembuangan najis tu. di bwah kandang kambing tu.. paham kan.. ha.. kambing-kambing tu, siap bagi 'hujan' gak masa suami ngan wat keja.. sebaik la tak kena kepala suami.. kalo tak... heeeeee.. mucuk bangat kot... hehehehe


dah la.. tu jer.. nanti kene sound lagi.. dah cik puan kecik.. gi wat keja... tahun depan ikut suami gi keja.. huhu.. harap-harap la ea.. nak cepat2 habis belajar... huhu.. doakan qalbi ea.. thanks uols... =)

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..