Sunday, July 31, 2011

......

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

cik suami dah selamat tiba di Sabah.. petang td 5.30 pm gi hantar dia di KLIA.. huhu.. dalam keta kami bleh bergurau senda lagi.. gosip2 pasal hal adik beradik.. namun, bila dah sampai di balai kat terminal, dan aku dah nampak kapal terbang ngah landing tu.. aku ras sayu.. tetiba terasa mata ni panas dan ader air yang mengalir darinya...

cik suami mungkin perasan.. lantas menarik aku di dalam dakapannya... aku tak dapat menahan air mata dari biarkan ia mengalir dengan lebih deras.. biarkan ianya mengalir bersama perasaan yang hiba.. sehingga melepaskan dia pergi di pintu pelepasan pun, air mata ku tak berhenti mengalir.. 

sunyi... jauh... sepi.. di ketika ini juga, aku masih merasainya.. maafkan diri ini kerana tidak mampu mengawalnya buat masa ini... aku tahu, dia tak mahu aku berterusan begini.. aku tahu, dia mahu aku terus kuat menjalani perpisahan ini, yang tak tahu sampai bila akan berakhir..

but please aku merayu.. tolong balik raya ni.. please...T_T
tia tunggu abang.. sentiasa tunggu abang sehingga hujung nafas tia... janji...

thanks to be my frens, my lovely and sweetie husband.. walaupun kita jauh.. hati kita tetap dekat, hati kita tetap setia dengan cinta yang kita bina, hati ini tetap saling sayang menyayangi, tiada siapa boleh menggugatnya.. I love you with all my heart Amir Akmal.. so wait for me always, still be there for me... and I will love u forever...

p/s: selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Tuesday, July 26, 2011

hari dipermudahkan Allah

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. hari ni Allah limpahkan rezki dan kemudahan kepada ku..syukur alhamdulillah.. weekend lepas adalah hari bermalasan ku.. kerana berdating sepanjang weekend dengan Cik Suami yang sangant baik + kacak..ececech.. Alhamdulillah, bahagia bila bersama dia.. dan this weekend i have my mind set to finish up all my analysis, to write the draft for abstract's paper.. huhu... so nak kate busy skit.. sehingga tak lunch semalam.. huhu.. so, petang tu, main masak2 ngan kak pah dan tini (kawan baru, budak kimia industri, awek kawan Cik Suami..heeee).. siap gak la 3 lauk yang simple..heheh

so hari ni, bersiap dengan awal.. sebab nak kene kejar gi Klinik Kesihatan Taman U for take my appoitment at Hospital Sultanah Aminah (HSA) tomorrow. argh.. x suka appoitment dengan hospital.. lembab..waste my time... ( ceh poyo jer..) tp tu la hakikatnya..huhu.. then si Kak Pah nak beli buah tangan untuk family angkat dia, sebab insyaallah petang ni nak gi Pasir Gudang.. so, layan kan jer la, even aku rasa..."weh cepat skit, aku nak wat keja ni..huhu" tapi x smpi hati nak cakap..just berdoa dalam hati, semoga Allah permudahkan keja aku... hurm...

so masuk PG Romm, on lappy.. and check my email.. urusetia program send an email.. and i know from them... yes3.. memang itu yang diharapkan..heheh.. extend masa untuk penghantaran abstract..hagagagag... ^_^  so dengan tenang aku leh wat keja.. arrange masa baik2.. dan leh balik weekend ni dengan tenang..heeeeeee suka3... =)

Alhamdulillah..ni suma keja Allah kan.. Allah sentiasa tolong kita bila kita dalam kesusahan dan kesempitan.. rasailah kehadiran Allah dalam hati kalian.. insyaallah..korang tak rasa sunyi, dan sentiasa berada dalam lindungan kasih sayang Allah...

dan buat suma readers.. tlg doakan aku, hope appoitment besok, means aku kene wat beberapa ujian kesihatan, aku harap, semua positif dan aku sihat tanpa penyakit berbahaya...aminnn ya Allah..

p/s: Selamat Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak.. ^_^

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Monday, July 18, 2011

saya sayang LED

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadap LED selama seminggu ni sakit mata.. huhu.. semoga power mata aku tak naik.. amin..amin..amin...

ok..eksp..smbung esok..semoga segalanya dipermudahkan... amin..amin..amin..



Thursday, July 14, 2011

Surau?? penting tak??

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

kerja tertangguh lagi dan eksperimen aku pending..aiyooo.. dugaan tul.. huhu.. ok..jangan tunding jari kat orang..salahkan diri sendiri.. salahkan diri sendiri.. OK.. muhasabah diri itu penting..remember my frens.. heeeeee

ha.. nak story pasal pengalaman aku gi jalan-jalan kat Angsana JB hari selasa lepas.. ok.. FYI, Angsana ni, merupakan tempat beli belah, sesuai untuk orang melayu.. yer la.. berlambak orang melayu.. hurm.. bagi aku, aku suka shoping saner.. sebab banyak orang melayu, dan at least aku tolong ekonomi orang melayu, even orang dok kata harga sane mahal kan.. tp ader gak la kedai-kedai milik orang cina.. besenya.. kedai2 yang mmg kedai la.. kebanyakkan kedai milik orang melayu, dia guna stall kecik tu jer.. jual baju, tudung, jamu, madu.. dan macam-macam lagi la.. 

tapi aper yang aku nak highlight kat sini la pasal kemudahan yang disediakan kat saner.. aku tak heran la.. kalo setakat ader toilet, ader lift, ader eskaltor bagai dan macam-macam la kemudahan lain.. aper yang aku paling titik beratkan adalah surau.. aah SURAU.. pergh.. now diorang dah renovate surau kat saner.. selesa giler.. kalo pas solat maghrib berjemaah tu kan, siap ader kuliah agama lagi. best la bg aku..kalo aku nak lepak lama2, baca quran lama2 pun aku tak kisah.. best wooo.. lepas wat maksiat cuci2 mata shoping2 kan.. per salahnya, duk dalam surau yang selesa tu, sambil wat ibadah sikit kanzz.. Allah tu tak kedekut la.. skit ibadah ko wat pun, Dia bagi pahala gak...

compare dengan satu pusat beli belah yang aku gi kat seremban.. ala.. senang ckap suma pusat beli belah kat seremban surau cm x rupa surau.. aiyooo.. ok.. sambung balik.. time datang tu, dah hampir masuk asar.. so aku dan suami, memang jenis kalo berjalan, solat mesti di utamakan.. so nak solat dulu la.. then, crik punya crik, tnya punya tnya orang melayu (aku tak sure islam ker tak kan..) surau memang tak der kat sana.. sebab bangunan tu tengah renovation.. huhu.. and i'm wondering weather orang melayu yang aku tanya tu solat ker tak, sebab mereka juga berkerja di bangunan tu.. huhu..aiyoooo.. bila agama jd no 2 kan.. huhu..

so, we all pun carik la alternatif lain, gi solat kat masjid luar..huhu.. sedih.. dan tersangat la sedih bila dikenangkan negara yang pemerintahnya melayu dan islam, tapi kemudahan basic bagi sebuah negara yang diperintah oleh orang islam, tidak di ambil berat..huhu..

 ok la tu jer aku nak share.. so nasihat aku, bagi uols yang gi shopping tu terutama nak shopping raya ni, solat jangan lupa.. kalo boleh, lepaskan yang wajib dulu, at least pape jadi uols tak der la rasa berdosa sangat kan.. and tak susah pun bawa telekung gi shopping kan... x pun, pastikan pusat beli belah yang uols gi tu, ader surau yang baik, x pun, dah ader surau pun, kira ok la.. sebab aku tau, bnyak pusat beli belah, tempat shopping nya best, suraunya.. ya Allah.. teruk.. euwww..

ok.. tu jer..

Salam penuh kasih sayang.. ^_^

wassalam..


Tuesday, July 5, 2011

moga ini yang terbaik

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. heeeee.. lama mendiamkan diri.. busy?? hurm.. sikit la.. tp lebih x der mud nak mencoret pape kat sini.. *rasa nak bg pelempang jer kat muka sendiri..huhuhu..*

actually, nak story ni.. i got this from my dad.. tq abah..
tadaaaaaaaaaa

laaaaaaa.. pos ekspres jer pun.. per nak heran kan..

huhu.. memang la tak heran tengok pos ekspres ni.. tp yang aku sangat2 la heran dan peduli, adelah isinya.. heeeeeeee.. yer isinya yang selama ini aku tunggu-tunggu.. dan aku harap ni la masa depan aku. 

dulu pernah aku bitau kawan baik aku Sheril, i want to be... bla..bla..bla.. dan2 respond Sheril kan : aku kena gelak.. ko kelam kabut cm ni, manage masa pun tunggang langgang.. ader hati nak jadi 'tue'..huhu.. *sebaik kawan baik,kalo x memang dah kena..huhu..*

ok, ni baru permulaan. aku tak tahu aper yang akan jadi masa depan. tapi inilah sebenarnya yang aku harapkan jadi milik aku, masa depan aku. Alhamdulillah dapat sokongan suami tersayang.. 

"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ku, berikanlah aku petunjuk Mu ya Allah.. dan seandainya apa yang aku mohon dan pinta pada Mu adalah yang terbaik bagi ku, keluarga ku dan masa depan ku, ku mohon pada mu perkenankalah ya Allah... Aminnn ya Allah.. "

dan pada readers, doakan saya dapat yang terbaik dalam hidup saya ea.. semoga uols jugak dapat yang terbaik untuk diri uols dan terbaik dari sisi Allah.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang..

Wassalam ^_^v

Saturday, July 2, 2011

luahan hati kerana tak larat tengok POLITIK KOTOR Malaysia..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Aku benci POLITIK.. Aku benci POLITIK KOTOR.. BENCI GILEERRRR..

Aku bukan tak membaca, lagi aku baca lagi aku sakit hati.. namun itu suma untuk pengetahuan jugak so aku kene jamah.. kerajaan, pembangkang.. sama-sama kotor.. 

now kecoh pasal Bersih 2.0.. kita suma tau kan.. dan motif mereka pasal nak bersihkan pilihanraya yang akan datang. kenapa perlu bersih?? nak kata PRU dulu tak bersih ker?? mungkin. apa yg dorg tuntut pada kali ini, salah satunya penggunaan dakwat kekal, tiada pengundi post.. dan.. ntah aku x sure lg.. yeah yang pastinya, x der nak bg kerakyatan pada warga asing supaya mengundi satu parti ni.. ni mmg aku kata KOTOR GILER.. 

tahun ni, dah tiba masanya aku mengundi.. aku just harapkan Malaysia jadi negara Islam.ada pemimpin Islam, yang tak der fikir nak wat pusat hiburan banyak2 kat malaysia ni, untuk tingkatkan ekonomi negara.. giler bullshit idea tu. then, aku tak nak pemimpin yang nak bina menara tinggi2 mahal2 then x der orang nak duduk sebab tapak sewanya mahal.. kenapa tak bagi duit tu untuk bangunkan kemudahan bagi rakyat negara kita yang dalam kesusahan. bagi pendidikan percuma pada rakyat dari mula tadika sampai habis belajar, macam manifesto kat Thailand tu.. even manifesto, tp x mustahilkan dilaksanakan.

aku tak nak pemimpin, yang terus menggalakkan hiburan yang melalaikan kat malaysia ni.konsert sana, konsert sini, pertandingan nyanyi dari kecik smpaila ke orang tua.. aku tak faham, if budak2 dr kecik dah dilatih jd penyanyi, jd penghibur.. sape yang bakal jd pemimpin yang boleh kita harapkan???

so please la.. zaman Nabi dulu, baginda boleh bina sebuah negara dengan pelbagai kaum, aman dan adil. aper yang penting hukum islam kita tegakkan.. berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah. tp, now pemimpin kita lg bijak pndi wat hukum ikut akal sendiri.. terpulang.. 

aku sebagai rakyat, akan terus mendoakan kesejahteraan negara aku ni.. Allah itu lagi kuat dari bala tentera korang orang-orang politik ni, yang main kotor untuk jd pemimpin.. aku tak kater pembangkang or kerajaan. dalam diri kamu ader seketul daging iaitu hati, yang tau aper yang kamu lakukan, aper yang kamu mahukan.. apakah perjuangan kamu ini, demi kepentingan kamu, ataupun demi agama, dan negara. aku malas nak mention bangsa, sebab pasal bangsa ni la, nak gaduh satu malaysia.. kalo kita dahulukan agama, aku tak rasa hal2 cm ni akan jadi.. huhu..

moga bila tiba masanya, istikharah la.. untuk memilih bakal pemimpin kamu, yang akan membawa negara ni, kejalan yang Allah redhai.. insyaallah.. ya Allah, bantulah hati-hati ni dalam memilih pemimpin2 kami ya Allah.. tolong kami ya Allah, tolong kami untuk memilih...aminnnnn