Tuesday, April 24, 2012

kisah jalan-jalan satu hari

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

hidup Qalbi pada hari ini, alhamdulillah.. walaupun sangat penat, atleast bersyukur pada Allah kerana dikelilingi mereka yang sangat membantu dalam usaha Qalbi nak habiskan sesuatu yang telah dimulakan. yer MSc Physics. ok.. x nak citer pasal pain yg Qalbi alami. cukuplah dengan sykur pada Allah yang tak terhingga untuk segala yang telah diberikan.. 

bila kita terlalu memikirkan kesusahan dalam journey kehidupan kita, kita hanya akan terus berada dalam kesusahan itu tanpa berfikir bagaimana nak keluar kan.. so, jangan fikir masalah, fikir solution jer.. dan bertindak.. ok cukup untuk motivasi pendek untuk diri Qalbi sendiri dan readers ^_^

mohon doa readers semua.. Qalbi lately tak berapa sihat. selalu pening kepala, dan selalu rasa nak pitam bila Qalbi stress ngan work.. please pray for me, that I can go through all of these smoothly..tq ^_^..

************

actually, entry ni pasal kenangan .. hari ni, di saat diri tak kuat, stress ngan kerja.. Qalbi rasa lonely.. rindu husband dan Amira sangat2.. alhamdulillah.. mlm td umi wat video kol. bila tengok amira, Qalbi tak dapat tahan air mata, cos I miss her lots and also my husband. sangat2 rindu.. namun, Qalbi pujuk hati jangan layan perasaan sangat2.. nnt sakit pala makin menjadi.. so.. rest for whole night and tomorrow wat work baik2 insyaallah..

pernah dulu, awal tahun 2012 abang ajak gi jalan-jalan makan angin before abang gi training kat Abu Dhabi. dan aku anggap ini hadiah ulang tahun pertama perkahwinan kami.. abang bagi pilihan nak gi jalan mana? Singapore atau Petrosains?? hahah..

uols rasa Qalbi pilih mana?? hahaha.. mesti uols rasa, per barang anniversary gi Petrosains kan.. sure Qalbi akan pilih Singapore kan.. yer la.. over the sea kotsss.. hehe.. 

tapi tak.. Qalbi pilih Petrosains.. mesti lawak kan.. yer la.. Qalbi citer ngan kawan Qalbi.. Mektot, 

Qalbi: weh hari tu aku gi jalan2 ngan abg. gi Petrosains.. aku anggap ni hadiah anniversary aku beb..hee
Mektot: hahaha..anniversary kat Petrosains, macam budak sekolah..hahaha..
Qalbi: choi!! =.='

ok, x leh bla kene gelak time tu..tp reason Qalbi pilih Petrosains sebab:

1. Qalbi tak pernah pergi sana, sejak di buka.. 'kalo tak silap la'. dan caya tak Qalbi tak pernah gi KL Tower sejak terbina nya menda alah tu..huuu.. ok nak bodek abang gi sane la pas ni..heee
2. its cool wat, tempat yang sepatutnya ko pergi time ko belajar, jd budak sekolah, ko pergi masa ko dah jadi bini orang, mak orang lagi..lagi best 1st time gi ngan husband.. per kelass gi ngan cikgu sekolah kan..hahaha

ok tu jer reason yg Qalbi rasa cool..heee. bagi Qalbi, tak kisah pun gi mana-mana asalkan dengan abang.. ala, kira anniversary + lawatan sambil belajar la.. kat sane abg tunjukkan apa yang dia wat kat pelantar. memandangkan abang kerja bawah projek Petronas, so per yang ade kat Petrosains tu, cam lebuh kurang jer macam kat atas pelantar.. (yer kot, if abg tak chong Qalbi..hee) 

dan pas gi Petrosains, abang bawa gi Cosmo World..hahah. Qalbi rasa cam kembali ke zaman remaja dulu.. main game yang Qalbi dah lama sangat tak main..hahaha..main bumper car, naik dna mixer.. seronok giler.. walaupun sangat la mencuakkan. ho3..and sangat kelakar tengok muka abang cuak naik roller coaster..hahaha.. Qalbi rasa, dilayan seperti anak kecik time tu.. rasa dimanjakan.. eeewaaahh..heee..


abang ngah cover kecuakkan..hahaha

that's all la yang Qalbi nak story.. pas ni gi mane plak ea?? tak kisah la..asalkan ngan abang.. and also si budak pipi merah.. Amira Safiyyah..

ini budak pipi merah, we call her Humairah.. ^_^

Salam penuh kasih sayang..

Wassalam..





Monday, April 23, 2012

Admire

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 
lewat petang ini.. Qalbi ingin mencoretkan rasa hati, rasa hati yg terluah.. setelah melihat per yang Qalbi tak harapkan ianya diperlihatkan.. 

Alhamdulillah..syukur pada Allah, kerana membuka hati Qalbi, memperkenankan doa-doa umi selama ini.. mengharapkan agar Qalbi kembali semula kepada Qalbi yang dulu.. Qalbi di sekolah agama.. berpakaian seperti apa yang umi dan abah harapkan.Bertudung Labuh.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Qalbi berubah.. selapas mengenali suami, dan sebelum berkahwin beliau sangat menyokong perubahan Qalbi.. sehingga  Qalbi sanggup sedekahkan tudung bawal Qalbi pada kawan, yang sangat Qalbi suka, warna oren. tudung yang Qalbi pakai, yg membuka hati suami terhadap Qalbi.kerana katanya, Qalbi cantik dalam warna oren..heee..

dan sekarang, Qalbi hanya mengidamkan tudung labuh. seorang kawan, yg Qalbi kenal sejak sekolah, dari sekolah sehingga lah kali terkahir berdepan dengan dia, dia masih bertudung labuh..alangkah manisnya muslimah ini.. masih istiqamah dengan tudung tersebut..dialah kawan yang Qalbi jadikan contoh dalam diri Qalbi, untuk berubah sedikit demi sedikit... dan Alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah, jika Dia ingin memberi, pastinya akan diberi pada siapa yang terpilih. jika tidak, Bapa saudara Rasulallah pun, tidak memilikinya jika ia bukanlah pilihan Allah.. subhanallah..

betapa Qalbi admire dengan pemakain dia, akhlak yang digambarkan sangat baik, sehingg penah terdetik di hati, seandainya hayat ku tidak lama didunia ini, akan ku pinang dia menjadi zaujah suami ku.. pengganti diriku dan ibu pada anak-anak ku.

namun, Allah maha mengetahui.. entah apa yang telah berlaku dalam hidupnya.. akhirnya... tudung itu sudah tiada menutupi dia.. yang ada hanya kain tudung bawal (mungkin) yang mengganti tudung labuh itu, bersilang di dada..Allah maha mengetahui....

dalam hati ini beristighfar.. dan bersyukur pada Allah.. akan hidayah dan diberi.. dan Qalbi mohon pada Allah, istiqamah kan lah diri ini dengan hidayah yang telah diberikan.. dan apa yang telah berlaku pada kawan Qalbi itu, Qalbi minta pada Allah, kembalikan dia seperti yang Qalbi kenal dahulu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui.. subhanallah..

bersyukurlah dengan Nya sentiasa.. ^_^

Salam penuh kasih sayang.

Wassalam..



Thursday, April 19, 2012

RUBBISH

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. serius Qalbi mmg tak puas hati..tak puas hati.. Qalbi tak nak sibuk hal mahasiswa nak mansuhkan PTPTN tu..cos ader pro and cons dalam isu tu.. dan setahu Qalbi, bakal mahasiswa tak diwajibkan amik PTPTN kan.. tu adalah pilihan.. sebab Qalbi dulu pun tak amik..umi dah sound awal2 jangan amik.. tp itu tak bermakna Qalbi tak berhutang okeh.. aku berhutang dengan Yayasan Negeri Sembilan, dengan apa yang Qalbi pinjam, itu yang Qalbi akan bayar.. ha.. itu jer..

tp per yg Qalbi tak puas hati la ni.. pasal tindakan golongan manusia yg berotak RUBBISH.. nape Qalbi cakap RUBBISH?? cos diaorang ni suka serang-serang orang yang tak ganggu diorang, sepak kepala perempuan yang pakai purdah. (info dr my fren yg join pekhemahan ni.perkhemahan yang Qalbi rasa.. COOl what. mane ade org khemah tengah2 bandar kan.. dorg wat, asalkan tak ganggu org lain kan..)  lg satu sebab diorang ni attitude dah tahap RUBBISH, sebab bila dah wat perkara yg diorang rasakan betul tu, saksi kat situ nak rakam perbuatan diorang bleh plak diorang ni rampas gadget saksi2 tersebut.. apa punya penakut la kan?? aiyooo.. 

dah aku malas nak meroyan pasal menda ni..korang tengok sendiri la.. 



kalo nak lg faham leh terhaj ini belog.. kawan Qalbi yang join perkhemahan kat bandar ni.. =)

Qalbi anti kekerasan dan anti keganasan.. terima kasih.. ^^

salam penuh kasih sayang..

wassalam..

Wednesday, April 11, 2012

tsunami 11.4.12

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Bismillah... dengan nama Allah aku menaip.. 
Qalbi ngah felling2 writing thesis chapter by chapter and buat sedikit analisis time kat FB kecoh2 pasal amaran tsunami keluar. bila baca satu demi satu status, Qalbi beristighfar panjang.. Ya Allah, lindungilah mereka, tabahkan hati mereka bila mereka diuji dengan ujian berat mu ini ya Allah..

sekali lagi ujian melanda Aceh kerana berdasarkan gambar di bawah ni, center of earthquake dekat sangat dengan Aceh. dan kemungkinan besar negara-negara sekitarnya mengalami tempias juga, tak lupa juga negara kita tercinta, Malaysia.. 


dalam meniti setiap status yang di update warga FB sekalian, Qalbi hanya fokus pada peta di atas. melihat arah pergerakan gelombang tsunami. update budak-budak ni, Georgetown may be terkena tsunami around 9 malam, dan Port Dickson (negeri aku tu.. ) around 2 pagi esok.. diaorang dok habaq, jauh pantai, jauhi laut...LAUT..LAUT..LAUT..

fine, bila aku baca perkataan tu.. terus teringat suami.. yer my husband sekarang kat tengah laut..ok orang cakap tak perlu risau, cos perairan Sabah insyaallah selamat. tak der pape.. but itu LAUT jugakkan.. LAUT.... so bila tengok peta kat atas ni, Qalbi tengok perairan Sabah, macam bakal terasa jugakkan gelombang tu.. hu3.. ya Allah, aku mohon perlindungan buat suami ku.. walau pun mungkin selamat..tp Qalbi tak kira ya Allah.. Qalbi nak jugak Kau lindungi abg kat sana.. lindungi dia sebaik mungkin ya Allah..

ok.dah..Qalbi kene bertenang, doa dalam hati banyak2.. Allah pasti akan lindungi abang kan.. Allah dengar kan doa Qalbi..please.. lindungi dia, dan pelihara dia ya Allah..

now, just tunggu call from him around 9 pm..hope he will be safely okey.. bertenang, tanggungjawab menuntut perhatian mu wahai Qalbi.. gi wat keje lu..huhu


ok..tu jer..

Salam penuh kasih sayang

wassalam..


Tuesday, April 10, 2012

malam dengan pengisian hati penuh keinsafan

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... hai uols yang sedang berada di depan pc/ lappy menghadap entry baru qalbi.. yang qalbi tau, suma nya, cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.ok.. semoga hari ini uols, sihat sejahtera dan happy sampai la korang tido malam kang.. ^_^

dari entry yang lepas, dah lama qalbi tak menaip. bukan tak de story..banyak sebenarnya.. tp qalbi memang tak de masa nak menaip skang ni.. hurm.. yer la.. mengejar due date nak submit thesis qalbi la.. spend time utk anak la.. smpai qalbi rasa, qalbi kene KIV dulu minat qalbi yang satu ni.. dan now qalbi kembali semula, sebab qalbi dah malas nak lepak kat mukabuku..heee

Qalbi skang adelah sorg ibu yang cumil..ecececeh.. sebab ade ank yang comel..tetiba kan.. ok.. xder kaitan pun..  ok..malam ni qalbi nak lepaskan gian qalbi untuk melayankan diri qalbi di sini semula.. ok2.. Qalno ade keja nak wat sebenarnya.. pagi2 sok Qalbi dah planning nak jumpa SV.. harapnya segala urusan besok hari dipermudahkan Allah hendaknya.. so perlu prepare la kan. tp disebabkan keghairahan nak hapdate entry.. so Qalbi janji.. habis jer, aku akan stay up atleast 1 hour.. xper dah teguk nescafe 2 cawan td.. ho3..

meh sini Qalbi nak share, malam tadi, gi Kompleks IKRAM. Ade perkongsian pengalaman mereka yang join programe Global March Jerusalem (GMJ) yang berlangsung pada 30 March 2012. ok secara ringkasnya, program ni ibarat dan sememangnya menyatakan bantahan seluruh penduduk dunia terhadap kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk islam palestine. uols sure know right, segala bentuk kekejaman yang mereka lakukan terhadap rakyat palestine, kanak-kanak, wanita, orang tua dan semuanya la.. kejam,kejam,kejam!!!!.


so, programe ini bukan nak hntar bantuan kemanusiaan pun, just perkumpulan manusia dari seluruh dunia di tempat yang paling dekat dengan Palestine, kalo tak silap aku kat Jordan. sempadan jordan - palestine. (sori, lupa nama tmapt tu)..actually mereka yang terlibat dengan programe ni, nak berusaha masuk ke palestine. namun tak kesampaian kerana bimbangkan keselamatan diri mereka. Alhamdulillah,  programe ini mendapat sambutan seluruh dunia, tak kira la samaada mereka Islam atau tak.. sebab masalah palestine bukanlah berkaitan dengan orang islam sahaja, tapi berkaitan dengan kemanusiaan sejagat.. ok.. sori, aku tak reti sngat menaip secara fact.. but the basic think, kita umat islam akan terus berusaha untuk membebaskan palestine, walau apa pun halangannya.. Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita..

so pada uols di luar sana, jgn duk asyik leka ngan K-pop, M-pop..wat ever pop2 la kan.. cer luangkan masa, muhasabh diri, melihat kehidupan masyarakat islam sekarang ni.. apa yang boleh kita sumbangkan, or lakukan untuk memperbaiki kemaslahatan umat. kalo tak mampu dengan tangan, dengan doa pun x der hal kan.. yang penting jangan putus asa, terutama dalam memperbaiki diri kita sendiri.. kat sini Qalbi sertakan link, bagi readers baca tentang salah satu tarikh penting berkenaan dengan sejarah Palestine.
klik sini-->>9 April

itu saje untuk pagi ini.. bleh qalbi nak minta tlg readers sekalian.. after baca ni.. tlg berdoa dalam hati..
"Ya Allah, berikan kekuatan dalam hati kami untuk menegakkan islam dalam kehidupan kami, juga kekuatan pada diri dalam membela islam dan umat2 islam yang lain. Ya Rahim, berikan jua kekuatan dan semangat bersatu padu yang kuat antara umat islam dalam membela umat2 islam palestine, syiria dan di mana sahaja yang dizalimi..insyaallah.."

"Ya Allah tlg permudahkan segala urusan hidup qalbi ^_^"
p/s: doa ni option, nk tlg doakan utk Qalbi pun bleh.. terima kasih.. ^_^

tq ea readers yg cumil2 dan kacak2 belaka..

salam penuh kasih sayang..

wassalam..