Thursday, December 27, 2012

Cik Qalbi nak EXAM @ VIVA (tapi baca VAIVA)

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA-VOCE)

NAMA PELAJAR: NUR FATIHA QALBI KAMARUDIN.. (hello..nama iols ader NURUL la, bukan NUR =.=')

PROGRAM: SARJANA SAINS (FIZIK)

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Lisan (Viva-Voce) pelajar kiut miut tersebut di atas, akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 27 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Kualiti (C17-405) Aras 4, Blok C17, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru.
Penyelia: Prof. Dr. Rosly Abdul Rahman
Pemeriksa Dalam: Prof. Dr. Noriah Bidin
Pengerusi: Prof. Dr. Rosli Hussin.


dah.. iols nak sambung cakap sorg2 depan lappy ni.. ho3.. k nite uols..tlg doakan iols ea.. *kalo sudi..he3..
k taking care.. ^__^ v

Wassalam

Sunday, December 23, 2012

azam tahun baru

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


azam tahun baru.. 
nak jadi cemburu..
cemburu buta..
pasti..dan pasti..
akan meningkatkan rasa cemburu dalam hati

Tuesday, December 4, 2012

Pengalaman Temuduga Pensyarah Sambilan

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. maaf la dah lama tak menulis di sini. agak busy beberapa minggu yang lepas.. suami Cik Qalbi balik dan kami sekeluarga pergi jalan-jalan. so, Cik Qalbi just jengah-jengah jer la kat blog ni.. hehe3

ok. entry kali ni, Cik Qalbi nak share cerita dan pengalaman Cik Qalbi pergi interview jawatan Pensyarah Sambilan. actually, Cik Qalbi dah lama apply jawatan kat sana. dulu masa dpt iklan jawatan tu, sehari sebelum due date. so, nak punya pasal, umi tolong hantar Cik Qalbi untuk submit resume dekat tempat tu..dan alhamdulillah dapat panggilan interview.. ^__^

Cik Qalbin dapat call 5 hari sebelum tarikh interview. so, dengan bantuan cik suami, Cik Qalbi buat persiapan untuk menghadapi interview tersebut. Cik Qalbi kena wat slide for mock teaching. subject yang Cik Qalbi kene ajar, adalah subjek Fizik. so, gigih la wat slide cantik-cantik kan..ahaksss.. nervous kemain kan menanti hari temuduga..doa x habis2..he3..

so pada hari kejadian, pukul 8.50 am, Cik Qalbi keluar dari rumah. umah Cik Qalbi kat Senawang. so sampai dalam pukul 9.40 am. alhamdulillah, jalan x jam sangat..hu3. masa drive tu, nervous nyer pasal, sampai Cik Qalbi rasa nak demam.hu3.panas dahi ni.ha..ho3..

sampai jer sana, Cik Qalbi pastikan diri ni 'cantik'..ahaksss.. maksudnya presentable la kan. baju ok, tudung ok, bedak ok, kasut ok..suma ok la.. pas tu g la cari tempat interview. keluar jer lif, Cik Qalbi nampak ada 3 orang yang tunggu kat luar bilik temuduga. two boys and girl. nak hilangkan nervous, Cik Qalbi beramah mesra dengan girl yang ada tu.. dia akak.. umur nak dekat 30 tahun dari Melaka.. dalam 15 minit pas tu, datang la seorang awek lalu depan Cik Qalbi..rupa-rupanya..... ha.. Kak Muni..senior master Cik Qalbi kat UTM..ha..kan dah jumpa..kecik jer dunia ni kan..ha.. so memang borak jer la.. macam-macam citer dengan alasan nak hilangkan nervous la kan.. tapi, ada la jugak Cik Qalbi jeling-jeling slide, sambil baca doa dalam hati, agar temuduga ni dipermudahkan Allah..insyaallah..

Cik Qalbi adalah calon kedua yang di temuduga. *yes leh balik cepat..ho3* pas jer keluar calon pertama tu, terus Cik Qalbi gi la kat depan bilik tu.. ketuk pintu dan beri salam. masuk. ada lima panel penemuduga. diorang dalam umur 30-an dan 40-an, 3 laki dan 2 orang wanita.hu3.. seorang panel laki tu dia suh aku present mock teaching..Cik Qalbi wat pasal Optic.

pas present, panel yang sama juga td, tegur Cik Qalbi present cepat sangat.. *nervous kot. menggigil tangan ni ha..hu3*. dia bitau jugak yang if Cik Qalbi dapat position ni salary Cik Qalbi standard degree jer, sebab Cik Qalbi tak officially grad lagi kan..Cik Qalbi jawab la tak per.. tak kisah.. (dalam hati ni: gaji saya kecik tak per, tak cukup paw suami..ho3)

Then, panel lelaki yang lain tanya Cik Qalbi, per kepentingan subject Optic dalam fizik.. aiyooo.. blur jap time tu.. if korang kene soklan cam ni, jawab jer, subjek ni penting sebab banyak aplikasi dalam kehidupan seharian dan dalam industri..contohnya nak wat senjata, nak wat kenderaan,.. kalo dia pakai spec kan uols cakap la, kalo optic x penting, cm ner nak wat spec mata yang tuan pakai..ha3.. diorang ada juga tanya pasal background family. Cik Qalbi dah kawin, dah ada baby yang comel kiut cam Cik Qalbi.ahaksss.. dan suami Cik Qalbi kerja kat Sabah sebagai engineer..

Pengalaman bekerja juga di tanya. Cik Qalbi jawab la, pernah jadi cikgu tuisyen untuk budak-budak primary school.  pas tu ada sorang panel perempuan tu tanya Cik Qalbi tentang Newtons Ring. konsep dan equation yang terlibat. alhamdulillah.. sebaik Cik Qalbi dah study malam tadi..boleh la jawab.. isu semasa tentang negara dan luar negara juga ditanya..so kene alert la kan, before dtg temuduga tu..^__^

itulah serba sedikit pengalaman yang dapat Cik Qalbi share pada uols semua.. bagi Cik Qalbi, pengalaman ni  amat berguna.. even tak pasti dapat atau tak kerja tu, yang penting kita usaha..selebihnya kita serahkan pada Allah kan..^___^

tolong doakan Cik Qalbi ea.. seandainya kerja dan tempat tu baik bagi Cik Qalbi dan juga baik di sisi Allah, moga Allah bagi kerja tu pada Cik Qalbi..insyaallah.. terima kasih.. ^_^

Salam penuh kasih sayang

Wassalam


Tuesday, November 6, 2012

tolong doakan Cik Qalbi.. tq ^_^ v

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaium w.b.t uols..

petang tadi g hantar Alang Cik Qalbi ke Terminal 1 sebab dia nak balik Bahau.. weekend bersama beliau.. syiokk.. sebab ada kakak, bleh gaduh-gaduh.. bleh membebel sama-sama..ho3.. tapi cam biasa la, nama pun pempuan kan haruslah melencong g cuci mata or window shopping  dulu before sampai ke destinasi tujuan utama.. so Cik Qalbi bawak Alang g Parkson Seremban Parade. text suami bitau @ minta izin.. isteri mithali + solehah la katakan.. ecececececeh..

aku: abg, ayg g parkson seremban prade jap. nak usha hadiaah besday..he3.
suami: haha3..

*itu jer.. bersedia la utk duitnya dikikis kan..ha3..

so mengusha la.. apa yang Cik Qalbi usha.. yeah.. SEMBONIA.. ha3.. berangan la kan.. beg, kasut.. pergh..cantik.. *ni citarasa aku.. bese2 jer kan..he3..* Cik Qalbi start suka brand ni masa tengok member Cik Qalbi pakai beg brand ni.. cantik, simple.. COKLAT.. itu warna sangat cantik la..hee..  dah tengok beg, tengok kasut plak.. berangan dan berimpian la nak beli... insyaallah.. doakan Cik Qalbi dapat kerja pas Cik Qalbi viva master ea..    aminnn3.. 

pas tu g usha baju renang amira.. planing cuti ni nak bawa amira g PD. mandi kolam.. yer la.. niat Cik Qalbi memang nak ajar amira berenang even Cik Qalbi pun x der la teror berenang kan..as long as tak lemas ok la kan..he3.. insyaallah.. Cik Qalbi nak ajar amira sukan-sukan yang sunnah utk di ajar.. memanah, menunggang kuda dan berenang.. dan pasti Cik Qalbi nak hantar anak- anak Cik Qalbi belajar silat..amin..aminn..aminn.. x sabar nak tengok amira  berenang nanti.. ^_^

dah penat jalan-jalan, usha-usha satu mall, gi la terminal 1. turun dari kereta, baru perasan suami text. 

suami: abg dapat offer interview **** 

alhamdulillah..rezki suami..namun dapat atau tidak, dia nak terima atau tidak, Allah yang tentukan. dan Cik Qalbi akan terima dengan redha dan sentiasa sokong abg..

Cik Qalbi masih belum ada rezki kerja tetap lagi..Cik Qalbi yakin pada Allah akan bagi Cik Qalbi kerja tetap nanti..sebab sekarang, Cik Qalbi belum viva master lagi. so mungkin Allah tangguhkan rezki Cik Qalbi tu. Allah adalah pada sangkaan hamba-Nya. so kita kene sangka baik pada Allah kan.. kita yakin Allah akan bagi apa yang kita nak, tak pun dia tak bagi apa yang kita nak, tapi bagi apa yang lebih baik iaitu apa yang kita perlukan. kan.. kan.. kan.. hee

so uols, Cik Qalbi minta tolong doa kan Cik Qalbi berjaya dunia dan akhirat, kaya di dunia dan di akhirat, sejahtera dan bahagia di dunia dan akhirat.. * doa ni Cik Qalbi doakan untuk uols gak.. * terima kasih.. =)


Salam penuh kasih sayang.. ^_^

Wassalam

p/s: ngah tunggu feed back dari Nilai University dan ALAM, Melaka.. mohon dipermudahkna urusan, dipermudahkan rezki.aminn ya Allah. TQ! ^_^ v

Thursday, November 1, 2012

Tradisi Keluarga

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t
Salam bulan November.. this is my first entry for this month..hu3.. dah lama kan tak wat entry.. so meh baca..meh3.. ^_^ v

Tradisi..
Cik Qalbi bukan nak citer pasal tradisi sesebuah agama ker or bangsa.. tapi tradisi keluarga.. he3.. yeah.. keluarga.. apa yang keluarga korang biasa nya buat, sama ada setiap hari or setiap minggu, setiap bulan or setiap tahun?? hu3

bagi Cik Qalbi tradisi dalam keluarga adalah penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga itu sendiri.. so apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti tersebut sebagai tradisi keluarga uols? so kat sini Cik Qalbi nak bagi beberapa idea berkenaan aktiviti yang boleh dijadikan tradisi keluarga.. he3..

1st: Sembahyang jemaah.. ^_^
ok..sesetengah keluarga leh jadikan ini tradisi keluarga. sama ada leh wat masa solat maghrib dan isya' untuk ahli keluarga perempuan. sebab sure punya la yang lelaki solat kat masjid kan.. sebab, lepas solat leh berdoa sekali sama-sama, muhasabah diri sama-sama dan saling memberi peringatan antara satu sama lain.. pasti boleh merapatkan hubungan antara adik-beradik kan.. kalau mampu wat skali solat subuh..he3..mampukah?? 

2nd: Sambutan Hari Lahir ahli keluarga
ni Cik Qalbi rasa biasa di buat kot.. lg best kalo adik beradik ramai. lagi jimat kalo ramai yang lahir 1 bulan yang sama.. leh celebrate skali kan..he3.. sambutan ini tak perlu meriah sangat. just makan2 yang lain daripada biasa sudah cukup.. Cik Qalbi pasti ada diantara kita xder la mengharapkan hadiah sangat kan, cukuplah sekadar ucapan atau makan bersama tanda ingatan di hari lahir kite. lebih-lebih lagi diaraikan bersama ahli keluarga pasti lebih bermakna kan.. heee

3rd: bersukan di hujung minggu
ha.. ni keluarga Cik Qalbi pun jarang wat.. ha3.. tapi tak der yang mustahil kan.. bersukan ni boleh menyihatkan tubuh badan dan lagi seronok bersukan dengan keluarga tersayang.pasti lagi bersemangat.. kalo kat Seremban ni Cik Qalbi cadangkan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. kat sana ada macam2 alat untuk beriadah dan track berjoging. kalo nak berjoging saja-saja, kat bandar Seremban.. orang panggil Lake Garden. leh joging sambil cuci mata.. he3

cukup 3 dulu yer uols.. Cik Qalbi tak der idea lagi nak pikir per aktiviti untuk di jadikan tradisi keluarga...he3.. so kat sini Cik Qalbi buka ruang utk uols ceritakan tradis keluarga uols di ruang komen..Cik Qalbi nak tahu jugak aper tradisi keluarga uols.. heee..

ok tu jer untuk hari ni.. Cik Qalbi nak g main ngan baby amira.. chow dulu..
take care n babai..

Salam penuh kasih sayang.. ^_^

Wassalam



Wednesday, September 26, 2012

statment hikmah #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. 

sekadar berkongsi kata-kata hikmah untuk readers fikir dan muhasabah diri masaing-masing.. kos, bila terbaca ayat ni, Cik Qalbi terfikir sama ada sudah cukupkah rasa syukur kita pada-Nya..? jom muhasabh diri.. ^_^ v


'Allah bagi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu'


Salam penuh kasih sayang.. ^_^

Wassalam..

Wednesday, September 12, 2012

Hye..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang sedia ada dengan kesihatan yang baik.. alhamdulillah.. insyaallah   cik qalbi akan kembali aktif kat sini semula.. insyaallah blog akan di ubah, tngk pada kelapangan masa sbb kene minta tlg seseorang he3.. pada uols..cik qalbi doakan semoga sihat2 sahaja.. walau dimana uols berada..  take care..

Salam penuh kasih sayang.. ^_^

Wassalam.. 


Tuesday, July 17, 2012

Janji..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

JANJI..
AKU TAKKAN PERGI
AKU TAKKAN HADIRKAN DIRI..
SELAGI SEMUANYA TAK SELESAI..

K.BYE

Tuesday, April 24, 2012

kisah jalan-jalan satu hari

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

hidup Qalbi pada hari ini, alhamdulillah.. walaupun sangat penat, atleast bersyukur pada Allah kerana dikelilingi mereka yang sangat membantu dalam usaha Qalbi nak habiskan sesuatu yang telah dimulakan. yer MSc Physics. ok.. x nak citer pasal pain yg Qalbi alami. cukuplah dengan sykur pada Allah yang tak terhingga untuk segala yang telah diberikan.. 

bila kita terlalu memikirkan kesusahan dalam journey kehidupan kita, kita hanya akan terus berada dalam kesusahan itu tanpa berfikir bagaimana nak keluar kan.. so, jangan fikir masalah, fikir solution jer.. dan bertindak.. ok cukup untuk motivasi pendek untuk diri Qalbi sendiri dan readers ^_^

mohon doa readers semua.. Qalbi lately tak berapa sihat. selalu pening kepala, dan selalu rasa nak pitam bila Qalbi stress ngan work.. please pray for me, that I can go through all of these smoothly..tq ^_^..

************

actually, entry ni pasal kenangan .. hari ni, di saat diri tak kuat, stress ngan kerja.. Qalbi rasa lonely.. rindu husband dan Amira sangat2.. alhamdulillah.. mlm td umi wat video kol. bila tengok amira, Qalbi tak dapat tahan air mata, cos I miss her lots and also my husband. sangat2 rindu.. namun, Qalbi pujuk hati jangan layan perasaan sangat2.. nnt sakit pala makin menjadi.. so.. rest for whole night and tomorrow wat work baik2 insyaallah..

pernah dulu, awal tahun 2012 abang ajak gi jalan-jalan makan angin before abang gi training kat Abu Dhabi. dan aku anggap ini hadiah ulang tahun pertama perkahwinan kami.. abang bagi pilihan nak gi jalan mana? Singapore atau Petrosains?? hahah..

uols rasa Qalbi pilih mana?? hahaha.. mesti uols rasa, per barang anniversary gi Petrosains kan.. sure Qalbi akan pilih Singapore kan.. yer la.. over the sea kotsss.. hehe.. 

tapi tak.. Qalbi pilih Petrosains.. mesti lawak kan.. yer la.. Qalbi citer ngan kawan Qalbi.. Mektot, 

Qalbi: weh hari tu aku gi jalan2 ngan abg. gi Petrosains.. aku anggap ni hadiah anniversary aku beb..hee
Mektot: hahaha..anniversary kat Petrosains, macam budak sekolah..hahaha..
Qalbi: choi!! =.='

ok, x leh bla kene gelak time tu..tp reason Qalbi pilih Petrosains sebab:

1. Qalbi tak pernah pergi sana, sejak di buka.. 'kalo tak silap la'. dan caya tak Qalbi tak pernah gi KL Tower sejak terbina nya menda alah tu..huuu.. ok nak bodek abang gi sane la pas ni..heee
2. its cool wat, tempat yang sepatutnya ko pergi time ko belajar, jd budak sekolah, ko pergi masa ko dah jadi bini orang, mak orang lagi..lagi best 1st time gi ngan husband.. per kelass gi ngan cikgu sekolah kan..hahaha

ok tu jer reason yg Qalbi rasa cool..heee. bagi Qalbi, tak kisah pun gi mana-mana asalkan dengan abang.. ala, kira anniversary + lawatan sambil belajar la.. kat sane abg tunjukkan apa yang dia wat kat pelantar. memandangkan abang kerja bawah projek Petronas, so per yang ade kat Petrosains tu, cam lebuh kurang jer macam kat atas pelantar.. (yer kot, if abg tak chong Qalbi..hee) 

dan pas gi Petrosains, abang bawa gi Cosmo World..hahah. Qalbi rasa cam kembali ke zaman remaja dulu.. main game yang Qalbi dah lama sangat tak main..hahaha..main bumper car, naik dna mixer.. seronok giler.. walaupun sangat la mencuakkan. ho3..and sangat kelakar tengok muka abang cuak naik roller coaster..hahaha.. Qalbi rasa, dilayan seperti anak kecik time tu.. rasa dimanjakan.. eeewaaahh..heee..


abang ngah cover kecuakkan..hahaha

that's all la yang Qalbi nak story.. pas ni gi mane plak ea?? tak kisah la..asalkan ngan abang.. and also si budak pipi merah.. Amira Safiyyah..

ini budak pipi merah, we call her Humairah.. ^_^

Salam penuh kasih sayang..

Wassalam..





Monday, April 23, 2012

Admire

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 
lewat petang ini.. Qalbi ingin mencoretkan rasa hati, rasa hati yg terluah.. setelah melihat per yang Qalbi tak harapkan ianya diperlihatkan.. 

Alhamdulillah..syukur pada Allah, kerana membuka hati Qalbi, memperkenankan doa-doa umi selama ini.. mengharapkan agar Qalbi kembali semula kepada Qalbi yang dulu.. Qalbi di sekolah agama.. berpakaian seperti apa yang umi dan abah harapkan.Bertudung Labuh.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Qalbi berubah.. selapas mengenali suami, dan sebelum berkahwin beliau sangat menyokong perubahan Qalbi.. sehingga  Qalbi sanggup sedekahkan tudung bawal Qalbi pada kawan, yang sangat Qalbi suka, warna oren. tudung yang Qalbi pakai, yg membuka hati suami terhadap Qalbi.kerana katanya, Qalbi cantik dalam warna oren..heee..

dan sekarang, Qalbi hanya mengidamkan tudung labuh. seorang kawan, yg Qalbi kenal sejak sekolah, dari sekolah sehingga lah kali terkahir berdepan dengan dia, dia masih bertudung labuh..alangkah manisnya muslimah ini.. masih istiqamah dengan tudung tersebut..dialah kawan yang Qalbi jadikan contoh dalam diri Qalbi, untuk berubah sedikit demi sedikit... dan Alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah, jika Dia ingin memberi, pastinya akan diberi pada siapa yang terpilih. jika tidak, Bapa saudara Rasulallah pun, tidak memilikinya jika ia bukanlah pilihan Allah.. subhanallah..

betapa Qalbi admire dengan pemakain dia, akhlak yang digambarkan sangat baik, sehingg penah terdetik di hati, seandainya hayat ku tidak lama didunia ini, akan ku pinang dia menjadi zaujah suami ku.. pengganti diriku dan ibu pada anak-anak ku.

namun, Allah maha mengetahui.. entah apa yang telah berlaku dalam hidupnya.. akhirnya... tudung itu sudah tiada menutupi dia.. yang ada hanya kain tudung bawal (mungkin) yang mengganti tudung labuh itu, bersilang di dada..Allah maha mengetahui....

dalam hati ini beristighfar.. dan bersyukur pada Allah.. akan hidayah dan diberi.. dan Qalbi mohon pada Allah, istiqamah kan lah diri ini dengan hidayah yang telah diberikan.. dan apa yang telah berlaku pada kawan Qalbi itu, Qalbi minta pada Allah, kembalikan dia seperti yang Qalbi kenal dahulu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui.. subhanallah..

bersyukurlah dengan Nya sentiasa.. ^_^

Salam penuh kasih sayang.

Wassalam..



Thursday, April 19, 2012

RUBBISH

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. serius Qalbi mmg tak puas hati..tak puas hati.. Qalbi tak nak sibuk hal mahasiswa nak mansuhkan PTPTN tu..cos ader pro and cons dalam isu tu.. dan setahu Qalbi, bakal mahasiswa tak diwajibkan amik PTPTN kan.. tu adalah pilihan.. sebab Qalbi dulu pun tak amik..umi dah sound awal2 jangan amik.. tp itu tak bermakna Qalbi tak berhutang okeh.. aku berhutang dengan Yayasan Negeri Sembilan, dengan apa yang Qalbi pinjam, itu yang Qalbi akan bayar.. ha.. itu jer..

tp per yg Qalbi tak puas hati la ni.. pasal tindakan golongan manusia yg berotak RUBBISH.. nape Qalbi cakap RUBBISH?? cos diaorang ni suka serang-serang orang yang tak ganggu diorang, sepak kepala perempuan yang pakai purdah. (info dr my fren yg join pekhemahan ni.perkhemahan yang Qalbi rasa.. COOl what. mane ade org khemah tengah2 bandar kan.. dorg wat, asalkan tak ganggu org lain kan..)  lg satu sebab diorang ni attitude dah tahap RUBBISH, sebab bila dah wat perkara yg diorang rasakan betul tu, saksi kat situ nak rakam perbuatan diorang bleh plak diorang ni rampas gadget saksi2 tersebut.. apa punya penakut la kan?? aiyooo.. 

dah aku malas nak meroyan pasal menda ni..korang tengok sendiri la.. 



kalo nak lg faham leh terhaj ini belog.. kawan Qalbi yang join perkhemahan kat bandar ni.. =)

Qalbi anti kekerasan dan anti keganasan.. terima kasih.. ^^

salam penuh kasih sayang..

wassalam..

Wednesday, April 11, 2012

tsunami 11.4.12

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Bismillah... dengan nama Allah aku menaip.. 
Qalbi ngah felling2 writing thesis chapter by chapter and buat sedikit analisis time kat FB kecoh2 pasal amaran tsunami keluar. bila baca satu demi satu status, Qalbi beristighfar panjang.. Ya Allah, lindungilah mereka, tabahkan hati mereka bila mereka diuji dengan ujian berat mu ini ya Allah..

sekali lagi ujian melanda Aceh kerana berdasarkan gambar di bawah ni, center of earthquake dekat sangat dengan Aceh. dan kemungkinan besar negara-negara sekitarnya mengalami tempias juga, tak lupa juga negara kita tercinta, Malaysia.. 


dalam meniti setiap status yang di update warga FB sekalian, Qalbi hanya fokus pada peta di atas. melihat arah pergerakan gelombang tsunami. update budak-budak ni, Georgetown may be terkena tsunami around 9 malam, dan Port Dickson (negeri aku tu.. ) around 2 pagi esok.. diaorang dok habaq, jauh pantai, jauhi laut...LAUT..LAUT..LAUT..

fine, bila aku baca perkataan tu.. terus teringat suami.. yer my husband sekarang kat tengah laut..ok orang cakap tak perlu risau, cos perairan Sabah insyaallah selamat. tak der pape.. but itu LAUT jugakkan.. LAUT.... so bila tengok peta kat atas ni, Qalbi tengok perairan Sabah, macam bakal terasa jugakkan gelombang tu.. hu3.. ya Allah, aku mohon perlindungan buat suami ku.. walau pun mungkin selamat..tp Qalbi tak kira ya Allah.. Qalbi nak jugak Kau lindungi abg kat sana.. lindungi dia sebaik mungkin ya Allah..

ok.dah..Qalbi kene bertenang, doa dalam hati banyak2.. Allah pasti akan lindungi abang kan.. Allah dengar kan doa Qalbi..please.. lindungi dia, dan pelihara dia ya Allah..

now, just tunggu call from him around 9 pm..hope he will be safely okey.. bertenang, tanggungjawab menuntut perhatian mu wahai Qalbi.. gi wat keje lu..huhu


ok..tu jer..

Salam penuh kasih sayang

wassalam..


Tuesday, April 10, 2012

malam dengan pengisian hati penuh keinsafan

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... hai uols yang sedang berada di depan pc/ lappy menghadap entry baru qalbi.. yang qalbi tau, suma nya, cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.ok.. semoga hari ini uols, sihat sejahtera dan happy sampai la korang tido malam kang.. ^_^

dari entry yang lepas, dah lama qalbi tak menaip. bukan tak de story..banyak sebenarnya.. tp qalbi memang tak de masa nak menaip skang ni.. hurm.. yer la.. mengejar due date nak submit thesis qalbi la.. spend time utk anak la.. smpai qalbi rasa, qalbi kene KIV dulu minat qalbi yang satu ni.. dan now qalbi kembali semula, sebab qalbi dah malas nak lepak kat mukabuku..heee

Qalbi skang adelah sorg ibu yang cumil..ecececeh.. sebab ade ank yang comel..tetiba kan.. ok.. xder kaitan pun..  ok..malam ni qalbi nak lepaskan gian qalbi untuk melayankan diri qalbi di sini semula.. ok2.. Qalno ade keja nak wat sebenarnya.. pagi2 sok Qalbi dah planning nak jumpa SV.. harapnya segala urusan besok hari dipermudahkan Allah hendaknya.. so perlu prepare la kan. tp disebabkan keghairahan nak hapdate entry.. so Qalbi janji.. habis jer, aku akan stay up atleast 1 hour.. xper dah teguk nescafe 2 cawan td.. ho3..

meh sini Qalbi nak share, malam tadi, gi Kompleks IKRAM. Ade perkongsian pengalaman mereka yang join programe Global March Jerusalem (GMJ) yang berlangsung pada 30 March 2012. ok secara ringkasnya, program ni ibarat dan sememangnya menyatakan bantahan seluruh penduduk dunia terhadap kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk islam palestine. uols sure know right, segala bentuk kekejaman yang mereka lakukan terhadap rakyat palestine, kanak-kanak, wanita, orang tua dan semuanya la.. kejam,kejam,kejam!!!!.


so, programe ini bukan nak hntar bantuan kemanusiaan pun, just perkumpulan manusia dari seluruh dunia di tempat yang paling dekat dengan Palestine, kalo tak silap aku kat Jordan. sempadan jordan - palestine. (sori, lupa nama tmapt tu)..actually mereka yang terlibat dengan programe ni, nak berusaha masuk ke palestine. namun tak kesampaian kerana bimbangkan keselamatan diri mereka. Alhamdulillah,  programe ini mendapat sambutan seluruh dunia, tak kira la samaada mereka Islam atau tak.. sebab masalah palestine bukanlah berkaitan dengan orang islam sahaja, tapi berkaitan dengan kemanusiaan sejagat.. ok.. sori, aku tak reti sngat menaip secara fact.. but the basic think, kita umat islam akan terus berusaha untuk membebaskan palestine, walau apa pun halangannya.. Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita..

so pada uols di luar sana, jgn duk asyik leka ngan K-pop, M-pop..wat ever pop2 la kan.. cer luangkan masa, muhasabh diri, melihat kehidupan masyarakat islam sekarang ni.. apa yang boleh kita sumbangkan, or lakukan untuk memperbaiki kemaslahatan umat. kalo tak mampu dengan tangan, dengan doa pun x der hal kan.. yang penting jangan putus asa, terutama dalam memperbaiki diri kita sendiri.. kat sini Qalbi sertakan link, bagi readers baca tentang salah satu tarikh penting berkenaan dengan sejarah Palestine.
klik sini-->>9 April

itu saje untuk pagi ini.. bleh qalbi nak minta tlg readers sekalian.. after baca ni.. tlg berdoa dalam hati..
"Ya Allah, berikan kekuatan dalam hati kami untuk menegakkan islam dalam kehidupan kami, juga kekuatan pada diri dalam membela islam dan umat2 islam yang lain. Ya Rahim, berikan jua kekuatan dan semangat bersatu padu yang kuat antara umat islam dalam membela umat2 islam palestine, syiria dan di mana sahaja yang dizalimi..insyaallah.."

"Ya Allah tlg permudahkan segala urusan hidup qalbi ^_^"
p/s: doa ni option, nk tlg doakan utk Qalbi pun bleh.. terima kasih.. ^_^

tq ea readers yg cumil2 dan kacak2 belaka..

salam penuh kasih sayang..

wassalam..

Friday, March 2, 2012

menanti kehadiran si kecik #2

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

bismillah.. Assalamualaikum wat readers yang cumil2 dan cantik2 belaka..huuuu... long time no see since my last post on December right.. ho3.. alhamdulillah aku dah selamat deliver pun.. heee.. baby aper?? sat2.. rahsia.. actually, aku nk smbung entry aku yang tergantung dulu.. yeah entry lepas should be continue right... heee.. 

minggu ke-38: aku disahkan tak berapa sihat. yer la dah dada sempit. susah nak bernafas kan.. so aku di suruh masuk wad pada hari tu, which is 30th of November.. aku tak suka masuk hospital.. entah la.. awal2 daftar tu, dah di suruh check macam2.. dan yang paling aku lemah, I need to answer so many question. yang dah ade dlm buku mengandung pun, still mau tanya.. aku dah la tak selesa ni.. huhu.. dalam hati hanya Tuhan jer yang tahu kebengangan aku ni..huhu.. 

then masuk wad, aku duk ngan beberapa orang pesakit yang berbeza penyakit. akak sebelah katil aku, ade penyakit darah tinggi masa mengandung, dan depan katil aku pulak kene kencing manis.. huuu.. alhamdulilllah aku tak kene penyakit macam tu..sian aku tengok akak2 tu.. then bahagian belakang tempat aku stay, ade sekumpulan ibu2 yang memang menanti untuk di bedah.. means, masa bersalin tu kene operate la..kes mereka sebab, uri dah ke bawah. its difficult to deliver normally..hurm..macam2 kan..

bila dah masuk wad ni, ok skit la rasanya.. sbb nurse kat sini (yg pelatih la)..baik2 dan tak menyombong.. kalo nurse yang senior tu, mcm kerek skit la..ckp nak tegas2 jer..muka nak kelat, tak nak senyum.. choi..buat aku meluat.. tp kalo bleh mmg nak kuar awal la dr wad tu, cos x selesa kan..bukan tempat kita. so after 4 days, aku bleh balik..lega ya amat. I miss home..huhu..

minggu ke-39:  hari ahad, aku terasa sakit kat join antara peha dan bhg rahim sblh kanan aku..menyukarkan aku utk berjalan, kerana aku x dpt nak balance sebelah kanan... like a penguin jer cara aku jalan..huhu.. serius sakit, dan aku sedih sbb terpaksa susahkan umi dan minta tolong adik aku nabilah utk dtg seremban jaga aku selama 2 hari..huhu.. gi klinik hari rabu pun, aku naik wheel chair. malu giler sbb org lg sarat dr aku pun x der naik kerusi roda... x per la..hnya aku jer yg paham diri aku..huhu.. jumpa dr pd hari tu, then dia suh aku gi appoitment kat HTJ jumpa pakar fisiologi..aku tak nak.sbb malas nk gi, so dia bg aku paracetamol and ubat sapu..haram jadah aku x makan..huhu.. then balik dari klinik aku gi jumpa jiran aku yg jd bidan. dia nmpak keadaan aku, terus dia kata, baby tersepit tu.. aiyoooo, baby2..cm ner leh tersepit ni sayang??? huhu..

ok minta tlg dia urut betulkan urat kat bhg join tu.insyaallah x effect baby..aminnn.. aku menjerit bagai nak rak... sakiiiiitttttttt sangatttttttttt.. hnya Allah jer yg tau.. umi teman kan time tu, aku genggam tngn umi kuat2 sngt... huhu.. terasa macam pra-bersalin plak..huhu.. sadis.. kalo sakit nya lebih sakit dr ini, aku rela biarkan baby aku lama2 dlm ni,sehingga suami aku balik.. aku nak dia temankan aku dlm dewan bedah.. biar dia rasa bagaimana umi rasa masa lihat aku kene urut tu.. aku pun rasa, ya Allah... tlg beri aku kekuatan yg istimewa utk lahirkan anak aku nnt... seperti mana kau bg pada emak ku masa lahirkan aku dulu, pada siti maryam semasa lahirkan nabi isa dahulu.. huhu..aminnnn...
alhamdulillah, pas urut tu aku dah leh jalan sikit. lama2 elok.. ^_^..

minggu ke-40: aku berdebar dan tak sabar nak anak aku keluar..heee.. so pada mlm 11.12.11, before aku tido, aku teringat tarikh esoknya.. dimana tarikh tu macam nice kan.. 12.12. 11. kan best if baby aku keluar besok..heheh..then before tido tu aku pun bacala doa, untuk mudahkan anak aku keluar. 
"Kemudian jalannya dia mudahkan" ayat 20, surah 'Abasa.

dan pagi 12.12.11 tu, aku rasa lain macam. bila aku check, tanda2 bersalin tu dah keluar..so bitau umi, terus aku dihantar ke hospital. sampai hospital aku kene tahan wad.. dan apa yang aku sesalkan adalah bila aku dihantar ke sana, di waktu bukaan baru 2cm, aku diperlakukan seperti bahan eksperimen..huhu.. sakit tak yah cakap la kan.. rasa betul2 regret la.. =(

tp semua kelukaan tu terubat bila tepat 10.27 pm, baby aku selamat dilahir kan secara normal tapi dengan bantuan vacuum..heheh.. syukur alhamdulillah..

ni la baby aku.. yang sekarang dah nak masuk 3 bulan.. =)

ni la buah cinta aku dan suami.. Amira Safiyyah binti Amir Akmal..

hurm.. nak tau ke nape aku regret masuk hospital tu?? huhu.. nnt la aku citer.. tp aku tak salahkan staf kat hospital tu, dah memang keja dorg kan.. just if uols ade duit lebih, gi la hospital yang lebih baik, means di mana maruah uols terpelihara..nape aku ckp gitu?? ti aku story la ea.. hehehe..

dah tu jer stakat ni..daaa

Salam penuh kasih sayang..

Wassalam...