Thursday, March 28, 2013

Quote #4

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

bagi yang sedar mengejar impian teruskan kejar sampai dapat...
ok tu jer.. babai

Wassalam ^__^ v

Pengalaman Temuduga Industri

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

22 Mac 2013

Petang tadi aku dapat kol dari satu company untuk interview . So tak pe kita redah jer dengan persiapan yg terbaik..Insyaallah tu azam aku..

Mlm tu aku mencarik maklumat dan of cos aku akan berbincang dengan penasihat aku.. Owh hari ini, even dia sedikit lambat reply msg aku, x der dgr plak dia marah2 frust tentang serum lg..Aku rasa pasti dia dah jumpa serum yang lain pulak..hehe.. 

Ok.. Nnt aku smbung pas aku dah lepas interview k.. Babai

*******

26 Mac 2013


Temuduga hari selasa lepas, adalah temuduga kedua aku dalam bidang industri. First interview kat Nilai lepas hantar spiral binding thesis. Yang kedua lepas hantar hard cover thesis, kat Senawang jer..Baru 2 kan..Pe de hal..Kalo tak dapat tak yah nak nagis benor la.. Buruk kan.. huhu3..

Tapi aku nak keje kat 2nd company ni.. Dah la dekat ngan umah.. Save duit minyak kete aku taw.. Dah la minyak mahal skang ni..Aku g naik basikal pun tak pe kan.. hu3.. Ok.. Abaikan..

Ok pengalaman dan tips. Bagi aku ni inteview paling sampoi berbanding apa yang penah aku lalui sebelum ini.. Nervous tu masa awal-awal, masa aku leh salah tempat temuduga.. Confident punya pasal, aku g parking jauh-jauh.. Dah la salah tempat, pas tu kene g amik balik kete and g tempat yang betul.. Sebaik la kuar awal so tak de masalah nak kejar masa g tempat yang betul.. Just, yang tak leh terima.. Make up hampir cair okeh.. arghhhh.. *ok abaikan*  Tips: survey awal-awal tempat interview + pakai makeup yang tak mudah cair.

Sampai kat kaunter mak guard dia suh isi nama dalam buku log. Aku tengok cam ramai yang datang interview hari tu tapi x sure la post yang sama ke tak kan. Ada sorang budak india ni, dia pun datang untuk interview  masuk ke pejabat sama-sama dengan aku. Cik puan management suh kitaorg duduk dulu.. Tak sempat nak panaskan kerusi nama aku di panggil.

Ok, nervous sudeyy..

Aku duduk dan bermula la sesi temuduga dalam bahasa melayu + english.. bagus!! Aku leh rojak.. sbb interviewer aku orang melayu. tapi dia mcam ketua department untuk department yang aku apply tu. Okeh.. bermula la interview..

introduce yourself
done.
do you know the job specifications of this position?
done.ok.. (aku bagi jawapan general.he3)
ok. saya bagi awak satu situasi.. kalo staf bawahan awak.. bla..bla..bla..bla..
ok.. If my staf bla..bla.  I wil..bla..bla..bla.. (kira ni soalan berkenaan dengan masalah dengan staf-staf bawahan kita la..kene fikir cepat. sbb aku tak jangka soalan ni keluar)

Pas tu ada la soalan2 lain. Aku leh rumuskan kat interview session kali ni, before kita pergi kita kene tahu pe yang bakal kita hadapi masa kerja, macam jobs spec, dan contoh situasi masalah-masalah dengan staf bawahan if kita kene jadi leader. Pas tu, soalan technical, dorang tak tanya sangat tapi kene prepare sikit-sikit, sbb masa interview dorang akan citer jugak apa company buat. so awal-awal ko kene review pasal company, product company to show that you well prepare. Cakap kene confident even ko rasa was-was. Pas tu, ko leh commit tak dengan kerja and berapa lama ko leh stay dengan company? Untuk soalan ni aku rasa dalam bidang industri memang akan di tanya if waktu kerja dorang ada waktu shift dan company tu macam  baru nak expand. So ni suma kene wat homework. Before nak redah kene sediakan perisai.. he3.


Tapi bg aku interview kali ni, aku lagi enjoy lagi sempoi. Sebab dengan interviewer ni, aku dapat gambaran banyak tentang company, cara bekerja, dan juga orang yang bakal bekerja dengan aku. Nice.. tu pun kalo dapat la kan..

So selebihnya aku tawakal saja.. Actually aku submit resume hari khamis lepas 21 hb, dan dipanggil interview 22 hb.. Gelabah aku.. Dah la tak time tu aku kat UTM lagi. balik bilik plug dalam bilik tak leh guna. Kene la aku online kat bilik TV..Semata-mata nak carik profile company and nak minta nasihat dari penasihat aku yang jauh tu..hahaha..

By the way, thank you pada yang menolong dan mendoakan terutama cik suami, keluarga dan sahabat handai.. tq so much..

ok. nak g spa la hari ni.. jum bajet kaya..hahahaha



Wassalam ^__^ v

Tuesday, March 26, 2013

Quote #3

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

di saat kamu mecari ketenangan carilah Allah..
di saat kamu mencari penyelesaian carilah Allah..


Sunday, March 24, 2013

Quote #2

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

aku ada interview hari selasa ni..
tolong doakan aku dapat deliver yang terbaik masa interview tersebut..
yang terbaik ok.. 
dapat tak dapat belakang citer..

ok nak share Quote sempena aku nak gi interview ni..heee


stuju?? 

ok..dah jum prepare..

wassalam ^__^


Friday, March 22, 2013

Kisah Serum Clinique

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Tadi aku chat ngan sorang member aku, dia tanya aku pasal serum. Owh, pasal serum aku kurang arif sikit..aku hanya tahu set penjagaan muka yang basic jer..so tak mustahil la muka aku 'cantik' sangat kan.. so aku tak membantu dia dalam hal ini..ok tak per

So, malam tadi kitaorang chat kat Fb. Aku ada perkara yang ingin dibincangkan dengan member aku ni.. kira dia ni penasihat aku la.. tanpa gaji. heee. aku copy paste email yang aku terima kat chat box kitaorang untuk di beri pandangan. Then, dia reply la:


Jap
Akn tgk exp ak jap


so aku tunggula dia. pas tu.. tiba-tiba masuk msg dia kat chat box:


Argghhh
Frust
Aku kalah bid serum kt ebay!!!!!
Serum clinique lak tu
Hisyyyy
Puas ak tunggu hingga saat terakhir
Dapat 1/3 jer dr harga
Benci btolll
Dah ar aku nk masuk lab
Frust betol
Nnti ak bg cadangan


haha.. so cute. Discussion kitaorg ditangguhkan. Dan aku harap tak der apa-apa buruk berlaku di lab member aku ni..peace ^____^ v

Arena

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi aku kuar pergi Taman U, teman member aku Lini g amik kad kawin. Pas tu planning nak g dinner ngan member lagi sorang, aku namakan dia K. Tempat dinner may be ke Ateh Corner, Taman U. Tempat tu memang famous dan aku rasa kebanyakkan budak UTM tahu di mana Ateh Corner.

Tapi tetiba Lini bitau ngan aku yang K tak tahu lokasi Ateh Corner di mana. So, weols decide lepak kat Jusco Taman U, makan kat Arena (food court dlm Jusco panggil Arena jer). Aku mmg tak kisah, bleh cuci2 mata kat Watson or Guardian pas tu kan..heeee

Sampai saje kat Jusco kitaorang jumpa depan kedai Speedy. 

K: so nak makan kat maner? aku pose ari ni..
Lini: kat Arena jer la. akan nak kuar balik semata-mata nak g Ateh Corner kan?
K: yer la. tapi Ateh Corner celah maner?
Aku: Ateh Corner kat 'payung' Taman U 
K: 'payung' Taman U kat mane plak?
Lini: uiks bape tahun dah ko duk UTM smpi payung Taman U pun tak tahu ni.. aishhh...

Kitaorng pun masuk la Arena, cari meja and duk lepak dulu sementara nak order makanan. yer la orang pose kan, akan nak order cepat-cepat.. sejuk la makanan tu nnt..

Before decide nak makan apa:

K: weh dah pukul bape?
Lini: 6.30 dah.. so, nak order makan per? kat sini dah la mahal pas tu x sedap plak..
K: Yer ker tak best.. kalo cm tu jum ar g Arena.

Aku pandang Lini, Lini pandang aku. Kami diam.. Dan ketawa kami terhambur di Arena. Si K pula terpinga-pinga tidak faham... blur.. =.='

yer la..orang pose kan.. lapar la tue... hehe3

Pas tu kitaorg kuar gerak g Ateh Corner, utk buka pose dan bergelak tawa sebelum Lini jadi isteri Nizam. hehe3

Tuesday, March 19, 2013

I have big God to solve you..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t


hidup ni tak de la senang sangat, tak de la susah jugak.. sentiasa optimis & positif terhadap hidup kita. kerana dalam dunia ni tak de masalah yang tak leh selesaikan. say to your big problem, I have a big God to solve you.. ^_^v

rasa sakit dalam hati ni.. meluap-luap untuk di luahkan.. tapi tadi dari tempat kejadian aku cuba bersabar.. sabar dan terus bersabar. even suami kol lepas kejadian berlaku, aku sehabis baik mencuba untuk memaniskan suara agar lunak di dengar oleh suami..aku cuba untuk ketawa agar dia tahu,  aku okey2 saja..dan boleh lalui suma itu sendiri

dan sepanjang perjalanan balik ke bilik, aku dok fikir sapa akan jd mangsa aku untuk aku sembur segalanya.. lalu aku terfikir dia.. yer aku rasa dia boleh.. park kete aku terus dail no dia..dia angkat fon, aku tnya dia busy tak, waktu rehat waktu tu..aku nak pinjam masa dia kejap.. 

so mula la segala citer..mula la aku menghamburkan segalanya.. segalanya.. segalanya.. dan dia mendengar tanpa rasa bosan. dan kadangkala dia gelak mungkin kerana ngomelan aku.. haha3

dan akhirnya..aku rasa bebanan di hati sedikit reda.. dan semakin berkurangan. aku mmpu fikir rasional bukan lagi emosional. dan aku admit suma itu salah aku.. tak per la.. aku fikir positif aku akan selesaikan sumanya sendiri.. dari awal hingga akhir.. 

to you my friend, you know who you are.. thank you very much 

Wassalam ^_^

Quote #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

g la terjah.. citer pasal Kasut Roda..hahahaha.. tp best ada pengajaran di situ..

ayah Matluthfi, "Abah tak takut hang jatuh. Abah takut hang takut jatuh, dan tak mau bergerak".

betul jugakkan.. =.='


ubat + masak-masak

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t




dah nak dekat sebulan lebih aku telan segala menda ni.. colourful kan.. putih purple dan hijau.. owh yer. yang berkenaan dengan penyakit aku hanya la warna putih dan purple saja. yang warna hijau tu, untuk kulit muka aku.. hehehe.... besela.. stress..sgala apa nak kuar suma kuar..so tu kira cam antibiotik for kulit.. done..

ni ubat untuk orang2 sakit thyroid. ala bila hormon thyroid dah terlebih dos dlm badan u should do something either take a medicine or cut off the kelenjar untuk kurangkan pengeluaran hormon thyroid tersebut.. dalam kes aku aku pilih untuk makan ubat walaupun 1 hari aku kene telan sebanyak 14 biji ubat berkenaan dengan penyakit aku, tp x per la dari kene operate buang kelenjar thyroid kene jugak makan ubat lepas tu, untuk hasilkan hormon thyroid. tp dalam keadaan terkawal la.. ni seperti yg Dr Azlan bitau la (doktor yang rawat aku kat SALAM ari tu.. ) tp tak dak la sebanyak yg aku makan. tp sbb aku malas bedah2 ni..so aku decide yang 1st td..hee 

bulan 4 ni plak aku mungkin akan terbang ke KK untuk menemani suami di sana.. dan malam tadi time kitaorang calling2, loving2 sebab pagi sok dia akan ke laut g 'pancing ikan', sampai la hari ahad..lama woooo.. rindu aku..huhuhu..T_T

. dia dah request nak makan macam2 bila aku kat sana nnt.. kebetulan mlm td dia masak sardin, so dia request nak ikan sardin masak lemak cili api..ha..amik kaw.. masak lemak cili api uols..ha3.. x per2..untuk suami tersayang akan ku menuntut ilmu sebaiknya dengan umi.. perghh..masak lomak cili api umi sedap kot.. x salah cikgu la aku kan..hehehe3

pas tu abang request nasi lemak dengan sambal daging mak melaka.. haha3 terbaik.. ni aku perlu menuntut dengan mak mertua aku.. (orang melaka). aku kalo balik melaka, aku jadi assistant jer kat dapur tu.. kalo masak sndiri, aku goreng sayur jer.. yang penting mesti letak sos tiram..hurmm sedap.. ^___^
sambal daging mak mertua aku memang terbaik la.. so setiap kali abang balik comfirm tu salah satu hidangan mak untuk anak sulungnya.. aku?? belasah jer la..dah sedap kan.. xleh nak diet kalo balik Melaka..hahah..

ok la..insyaallah, before gi KK akan aku practice sebaik mungkin..bab kata orang nak pikat hati suami dengan masakan kita kan.. so, yer..mmg aku nak pikat la ni kan..jampi2 dengan selawat + zikir skali, supaya hati suami lembut dan bertambah-tambah la syg kat aku hingga ke syurga.. insyaallah., dan hati baby amira juga lembut x melawan ckap mama dan sentiasa mendengar nasihat..aminnn..

ok la.. ngantuk dah.. jum tido.. jgn lupa baca doa tido + 3 Qul..ok bai



Wassalam ^_^

mama.. mama.. muahmuah

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

hari ni baby amira safiyyah gi klinik kesihatan.. appoiment dengan doktor.. aku yang baru balik UTM rasa terkilan gak..awat la aku tak tunggu satu hari untuk spend time hantar amira g klinik.. konon la nak balik awal ke UTM dapat kerja siapkan cepat-cepat dan terus balik.. yeah.. dan itu lah sebaik nya sekarang sbb aku dah x tahan everyday aku kene saman kenderaan sbb tak dak sticker pelajar.. awatnya?? aku dah 2 sem x daftar kot.. stress la cm ni..hu3.. ok tu kita setel besok.. heee.. *dah kelaut..

yer pasal amira.. umi kol masa aku kat lab. umi cakap nak wat video kol.. so aku pun kuar dari lab dan carik tempat baik untuk bervideo call. umi bitau amira sangat aktif di sana sehingga ada orang bitau umi, umi tak perlu amik herbalife untuk cergas dan kurus.. cukuplah dengan menjaga amira safiyyah..kah.kah.kah.. 

so, terpampang la pic aku di skrin telefon umi..

aku: amira sayang.. wat pe tu??
amira: mama..mama.. *dia mendekatkan mukanya ke skrin, lalu aku terdengar.. muahmuah*

amira melambai tangan, dan aku nampak dia hanyut dengan dunia nye meng'explore' klinik tersebut.. yeah amira mmg suka kawasan yang lapang.. bese la budak2.. test kaki kan.. hahaha..

syukur alhamdulillah.. even  kadang2 aku sedikit penat melayan amira, tapi ak bersyukur dia seorang yang aktif dan ingin tahu. melainkan if dia dah tunjuk 'kuasa' nya dengan nak pukul kanak2 lain aku akan amik tindakan.. owh.. dia mmg tak takut org. org yang takut dgn dia.. ahaks~~ aku suka amira safiyyah yang aktif.. walaupun aku juga perlu 2 kali ganda aktif dari dia untuk mengawal amira.. he3.. 

owh yer.. umi bitau yang tinggi amira bertambah tapi berat amira statik.. 8.2 kg.. patutla balik ari tu, aku tak kisah pun nak dukung amira.. ringan kan..hehehe.. 



amira atas boot kereta umi.. dan hasilnya boot kereta umi calar.. tahniah!!


amira dengan bonda syai.. yeah amira loves her more than others.. hehe3

tu jer. ok bai

Wassalam. ^_^

Monday, March 18, 2013

13.3.13

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tarikh bermakna buat Cik Qalbi 13.3.13.. cantik tak.?? cantik tak?? heee.. ok tarikh ni adalah tarikh di mana Cik Qalbi hantar thesis hard cover.. kira setel la pengajian master Cik Qalbi kat UTM ni..Alhamdulillah..syukur pada mu Ya Allah.. tidak semudah yang disangkakan untuk habiskan semua ini..

tapi masih tak boleh rasa selesa dan selamat.. selagi tak dapat surat confirmation yang betul- betul dah habis belajar.. kalau surat Senat dah keluar bermakna Cik Qalbi dah leh la lega sepuas-puasnya.. just tunggu hari konvo jer.. heee.. so uols.. please pray for me okey.. hopefully tiada masalah dengan thesis yang telah dijilid..

owh yea.. Cik Qalbi tengah usaha untuk mencari kerja dan bekerja dahulu sebelum sambung belajar.. yer memang ada niat.. tapi mau kerja dulu la.. heee.. please pray for me jugak ea.. agar Cik Qalbi dapat kerja dalam academic line..insyallah.. thanks uols.. ^____^

ok.. dah jum tido.. 

Wassalam.. ^_^ v 



p/s: rasa macam dah tak layak guna word cik2 ni kan.. bajet masih single lagi..heeee.. pas ni kita tukar ea..kih3.. ok tata..

Wednesday, March 13, 2013

aku rindu



aku berharap..
bila aku keluar
dari bilik itu..
dia.. seorang yang handsome,
kacak, smart, dan tinggi..
datang pada ku
dengan senyuman..
lalu mengusap lembut
dahi ku..
lalu berkata..

"tahniah sayang..abang bangga dengan sayang..
semoga terus success selepas ini..."

ketahuila..
aku merindui
usapan mu itu...







Monday, March 11, 2013

Hari Isnin aku

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum pembaca2 yang cantik manis semuanya.. sihat sumanya?? semoga happy dan bahagia la hendak Nya ea.. ^__^  ...owh yea.. alhamdulillah.. malam ni sedikit free.. ada masa la jugak nak menghapdate belogs ni.. so nak story mory skit pasal citer Cik Qalbi ari ni.. actually Cik Qalbi dalam urusan nak setel kan thesis master.. so after viva or vaiva Cik Qalbi dulu, I got 3 months to do the correction.. so, habis jer viva tu terus balik sbb cik suami balik.. so dari UTM shoot g LCCT jemput suami without bitau umi dan abah..so suprise la wat dorang.. haishhh..dah ke laut dah ni..

ok..so tinggal lebih kurang 2 minggu b4 due date. means kalau tak hantar thesis..kira fail la..bulan pertama jaga amira sbb x der sape nak baby sit amira, bulan kedua sakit and warded. bulan ke tiga la baru nak serius wat correction..hahaha..itu suma alasan poyo.. =.='....  dulu, Cik Qalbi ingat, tarikh due date yang dorg bagi tu adalah tarikh akhir hantar thesis by hard cover.. tapi..sebaikla... hantar draft jer.. after lulus bahagian format thesis baru dapat wat hard cover.. lor.. ke laut lagi..aishhh

ok.. so ari ni.. pagi-pagi dah bngun siap kan diri nak g fakulti..actually, thesis correction tak binding lagi..yo la..weekend kan.. mano ado kodai yang bukak.. x per la.wat la binding pagi tadi.. so planning ea gini la.. Cik Qalbi gi pejabat fakulti nak amik borang-borang berkenaan dengan correction, pas tu baru g binding and terus g jumpa examiner.. nervous tak hengat.. yer la.. dlm 8.40 am tu kol examiner. cakap nak jumpa 9.30 am. bila dengar sore dia, nervous bertambah. sbb?? Cik Qalbi rasa, kalau tak sampai 9.30 am tu, dia tak nak jumpa..lantak pi la dengan thesis Cik Qalbi..ha.. x ke naya.. ok2.. so shoot la g fakulti..dan parking kat tempat staf dengan selambernya..hahaha..

pas tu, gigihla panjat tangga bangunan pentadbiran Fakulti Sains.. sepanjang perjalanan tu minta sangat dengan Allah jangan la ada menda bukan2 yang jd penghalang kelancaran urusan Cik Qalbi.hu3.. masuk pejabat..tanya la akak tu.. ingat kejap jer.. tapi macam2 plak dia kene wat..pg tu la baru dia nak print kan borang bagai..alaaa takut x sempat jer nak kejar 9.30.am..hu3.. pas tu, akak tu terangkanla pada Cik Qalbi procedure suma la.. owh..sebaik..kalo tak may be suma ke laut hari ni..he3.. ok setel urusan kat pejabat.. ada 3 borang yang diperolehi..

pas tu hantar beg kat lab. g la SUB (Student Union Building) *kalo x silap Cik Qalbi.. dgn harapan kedai photostat bukak la kan.. last2..last2.. x bukakkkkkkkkkkkk...
stress okeh..hu3. pas tu duk fikir maner nak g ni. thesis x binding lagi..aiyoooo lak ai kan.. so Cik Qalbi rilex jap.. tngk jam kat tngn hampir 9.20 am.. so cm ner?? ok idea.. PSZ (libry la).. so dengan berjalan laju smbil menjaga keayuan, g PSZ dan wat binding kat sane.. smpi sane ade la foreigner ni, nak binding dia nya kerja kot.. dah siap ni, tngk2 salah susun kertas.. bukak balik.. pas tu wat lg.. salah lg..aiyooo.. sabar jer la hati yang tengok ni kan.. xper2..jap lagi turn Cik Qalbi.. smpt lg..even tinggal 5 min jer.. hu3. smpi turn Cik Qalbi..alhamdulillah.. lancar.. akak tu pun wat keje ngan baik.. tq ea kak library.. heee..

so sampai bilik examiner.. dia ngah wat keje.. nervous lagi..so baca la doa semoga dipermudahkan segala urusan hari tu.. examiner Cik Qalbi lecturer wanita. so dia tengok-tengok thesis Cik Qalbi. ada la komen skit2 pasal format citation. cam ni..cam tu.. Cik Qalbi..oo yer ker prof.. saya rasa cam ni.. cam tu..hahahah.. pas tu.. leh la pulak terborak pasal diri Cik Qalbi.. dah kelaut plakkan.. pas tu examiner tu gelak sbb dia pun layan citer Cik Qalbi. sedangkan dia banyak kje nak wat..so nak setelkan urusan Cik Qalbi cepat2.. pas tu.. dia pun kata la.. "saya sign jer la ea.. t abstrack awak g cek kat supervisor awak.. kalo Prof Rosly kata ok, saya pun ok la.. dia lagi teror sbb English Uk.."

Dalam hati "alhamdulillah.. setel satu part". pas salam ngan Prof, Cik Qalbi g lab. amik lappy ngan thesis correction. kalo ngan Supervisor senang skit.. xyah bg hard copy.. bawak lappy g pejabat dia, duk kat meja mesyuarat tu, pasang projector, dia baca kat dinding, discuss2 terus betulkan kat lappy..senang..he3.. alhamdulillah..lepas kat supervisor lebih kurang sejam lebih gak la..baru dpt sign Prof Rosly.. pas tu.. kene amik sign lagi sorg lecturer untuk semak abstrak.. so dgn dia.. tunnggu esok.. hopefully tak dak pape masalah besar lak ea..aminnnn...

target esok.. siap hantar apa yang perlu dan tunggu kebenaran nak wat hard cover.. yeah..by the way, terima kasih pada semua yang Cik Qalbi berurusan. dan terima kasih bantu untuk permudahkan urusan Cik Qalbi terutama kak Sharliza yang kat pejabat fakulti..akak sngt baik..tq sbb menjadi orang pejabat fakulti..he333..

stakat itu dulu.. semoga saya jadi pensyarah satu hari nnt..aminnnnn
owh yea.. pic di bawah ni.. nak amik semangat org konvo..he33

Wassalam.

^_^ v


Catatan #2


dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari

11 Mac 2013

Alhamdulillah.. diam nya saya bukan bosan, bukan kecewa.. namun terus berdoa dan momohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.. benar.. sakit yg Allah beri wat kita insaf dan setiap hari ingin bertaubat kepada-Nya.. 

Alhamdulillah.. 14 dos ubat setiap hari.. dan pasti saya ada skip2 jugakkan.. hee. syukur pd mu ya Allah.. akhirnya terasa kurang sakit yang di alami.. sakit-sakit dada juga sudah tiada.. dan saya  boleh bernafas sperti biasa..syukur pd mu ya Allah..

sepanjang sakit yang saya alami.. saya belajar betapa besarnya kebergantungan hamabaNya kepada Dia.. saya saat berdoa moga Allah sembuhkan saya dari sakit ini, dan bersabar menunggu untuk sembuh Allah perkenankan.. Allah kuatkan semangat saya.. even sakit, saya tetap wat keje-keje umah, wat keje2 master.. x der la mengular jer.. sian umi dan abah, kalo balik2 tengok rumah bersepah.. xper..saya wat jugak yang termampu untuk menjaga rumah asal umi dan abah balik pd waktu petang xder la tension kan..

dan saya juga berdoa agar saya sempat nak submit thesis saya.. tarikh akhir saya 27 mac ini.. moga Allah permudahka segala urusan saya.. saat ini, saya prepare nak hantar ke examiner internal saya untuk menilai correction saya.. saya harap besok tak punya masalah sehingga urusan saya tertangguh..aminnn..

owh yea.. 2 minngu lepas saya pergi SALAM untuk menerima result darah saya.. alhamdulillah, even x smpi tahap normal, tp skit lg la nak normal.. heee.. dan skang ni pun rasanya berat saya dah bertambah..mana taknya.. makan, makan, makan.. lagi2 bila stress, bila rindu suami bila rindu baby amira.. makan, makan, dan makan.. heee... banyak duit spend untuk makan semata.. ^___^

ok la.. dah penat.. saya nak rest dulu.. mohon doakan saya.. cemerlang dunia dan akhirat.. aminnnn

Wassalam.. 

^__^v