Tuesday, August 16, 2011

doa

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

hai uols, readers 4 kerat I.. hahah.. ok.. tu pun kalo yg I invite sudi nk membaca kanzzz.. 

to kak pah: hang per cer?? dah dapat feedback dari company yang ko gi hantar resume bagai??

to sheril: hai beb.. rindu mau merepek ngan ko.. buka pose, gi masjid sama-sama..huhu

to cik rye: hang baca ke belogs aku ni?? hope dpt jumpa time raya ni, nak gosip mak2 sngt kanzzz.. hahaha

to my luvly husband: abg sure x baca belogs tia kan. mane nak dapat line kat pelantar tu kanz.. hehe.. x per balik cuti baca ea.. =)

ok.. Ramadhan.. yup.. dah masuk pertengahan bulan.. 10 malam di pertengahan ramadan dikira sebagai pengampunan Allah buat hamba-hambanya. so jgn dilepaskan untuk memohon keampunan Allah sebanyak-banyaknya.. kita tak tahu bila kita akan 'berjumpa' dia. so bersiap sedialah membersihkan diri daripada dosa-dosa yang dilakukan dengan memohon keampunan dan rahmat daripada Allah di bulan yang mulia ini..

ok cukup tazkirah pendek daripada ustazah tak di iktiraf.. ecececehhh..

doa.. ape yang bese korang akan doa di sepanjang bulan ramadhan ni..?? kalo doa-doa bese tu aku faham, minta diberkati rezki, diberkati umur, dipertingkatkan iman, dapat apa saje yang terbaik dalam hidup, memohon keampunan dan rahmat Allah.. dan sebagainya segala yang baik dalam hidup kan.. so begitu juga aku.. namun pasti ader doa yang sangat-sangat spesel yang korang nak Allah tolong la makbulkan dalam tahun tu jugakkan.. heeeeeeee

macam aku bulan pose tahun lepas. aku minta dipertemukan jodoh dengan orang-orang yang soleh.  aku tak der la berharap dapat dalam tahun tu, sebab actually waktu tu tak terpikir nak kawin awal. just berdoa.. dan berdoa.. sbb bulan ramadhan tahun lepas hati ini sangat-sangat di uji dengan cinta manusia.. membuatkan aku sedih dan lemah pada hati.. lalu aku dekatkan diri dengan Allah, mengadu sgalanya tentang permasalahan cinta ku.. Sudah takdir Allah.. Alhamdulillah.. Allah temukan aku dengan seorang yang telah ditakdirkan menjadi imam aku dunia dan akhirat.. alhamdulillah kami di satukan dalam tahun tersebut.. ^_^

so pada tahun ni.. aku ade permintaan -permintaan khas yang aku harap Allah tolonglah aku untuk mencapai permintaan dan hajat aku tersebut.. apekah dia??? heheh

ya Allah permudahkanlah pengaajian ku di peringkat master ni.. bantulah aku menyempurnakannya sebelum bulan 5 tahun 2012. dan aku mohon pada mu ya Allah, sempurnakanlah pengajian ku ini dengan cemerlangnya.. kurniakanlah aku ilham dan idea, serta kefahaman terhadap ilmu yang aku selami ini ya Allah.dan berikanlah faedahnya terhadap diri ku.. aminnnnn..

kenapa doa gini?? sebab aku nk ingatkan diri aku supaya sentiasa positif pada diri aku.. yang aku mampu lakukannya. dan sebab paling penting adalah Amir Akmal Ibrahim.. yer suami aku.. aku nak ikut dia. aku nak temankan dia.. sian kami terpisah jauh2 kan..sedangkan tempat isteri di sisi suaminya.. huhu 

semoga doa aku ni dimakbulkan Allah.. moga inilah yang terbaik untuk aku.. amin..aminnn.. aminnnn..

uols.. tolong la doakan aku jugak ea.. hehehe..sayang uols.. ^_^

k nak tido..

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam..

Friday, August 12, 2011

kisaH aku dan bubur lambuk

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Last week.. aku mengidam nak makan bubur lambuk MSI, UTM.. MSI UTM saje k.. bubur lambuk lain x layanz... huhu... dipendek dan panjangkan cerita.. aku bernekad nak gi amik bubur lambuk kat MSI pas asar, pada hari Khamis lepas.. sebab dpt info dorg akan distribute bubur pas asar.. 

then, time zohor, aku dah nampak org duk bawa balik bubur lambuk dr MSI.. sadis di situ.. bisik pada hati.. "x per, pas asar may be ader lagi kot" huhu.. ok so b4 asar, aku study kat PSZ then pinjam la buku2 gedabak sebanyak 3 buah. bnyk ker?? bg aku yang malas nk baca buku, mmg la bnykkan..

then, asar pun tiba. selepas asar aku dok mengendong 3 buah buku yang tebal tu.. ngan beg laptop yang disandang dibelakang, gigih menapak gi MSI kan.. then, tnya organiser... "sory dik dah hbis. tunggu minggu depan ea.."

wah sentap mek.. rasa nak menangis pun ada.. dah la duk mencari keliling MSI, betis dua2 belah kaki dah sakit kan.. huhu.. sambil bersedih hati, aku usap perut aku.. "sabar qalbi. bukan rezki ko hari ni.. rezki ko len kali.. insyaallah..  jgn sedih2 ea.. nnt terjejas kesihatan ko.. huhu"

so aku berlalu pergi sambil terliur tngk bubur di tangan orang yg dimurahkan rezki Allah utk mendapatkan bubur lambuk pada hari tu.. huhu.. dan aku balas balik...hahah.. so semalam aku nekad, nak tak nak aku akan dptkan jugak bubur lambuk tu..hagagag..

tp citer agak tragis. masa azan asar aku otw gi masjid nak solat jemaah. then nampak la staf2 perempuan UTM ni, dah tunggu depan dapur masjid tu.sebaik la organiser tegas skit minggu ni..memang betul diorang akan agihkan bubur lambuk pas asar. so aku rasa better aku solat jemaah asar lu kan.. so aku bla la, tp aku tngk makcik2 ni duk jer depan tu.. xder la fikir nak gi solat dulu ker.. jemaah asar sesama ker. ni dak.. dok jer tunggu depan dapur tu.. aiyooo.. riso benar tak dapat. dah org tu ckp, insyaallah dapat, sebab dorang masak 4 periuk hari tu..

aku riso gak tak dpt, tapi aku tawakal jer pada Allah. if memang rezki aku hari ni insyaallah aku akan dapat. x per la.. better gi kejar jemaah dulu. dah lama x jemaah asar kat masjid.. dalam hati aku berdoa "ya Allah murahkanlah rezki aku.. aku nak sangat makan bubur lambuk MSI.. huhu " alhamdulillah.. aku dapat jugak akhirnya walaupun terpaksa beratur panjang.. wah tadi sahur makan bubur lambuk panas.. masyuk la.. sedap sangat.. alhamdulillah.. =)


bubur lambuk.. *from mr. google*  sedap woooo...

so, aku rasa next week aku x nak kejar dah bubur lmbuk lagi.. aku nak bg peluang pada dorang yang x pernah rasa lagi untuk tahun ni.. heheh..baikkan aku.. heheh..

ok.. selamat hari jumaat.. daaaaaaaa

salam penuh kasih sayang ^_^ v

wassalam..

Sunday, August 7, 2011

Giveaway Homemade by Zanox: Permulaan pemasaran produk homemade by muslimah ^_^

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 

Wah dah lama sngt Cik Qalbi tak menghapdate entry di belogs ini.. sangat lama... sory2.. tapi awat tetiba Cik Qalbi beriya-iya nak wat entry baru ni??? aish3..

ha.. ni suma pasal.. Giveaway Homemade by Zanox.. so entry ni khas untuk Giveaway tu dan dinilai oleh Cik Zanox @ Zan Zafirah.. heheh... so sanggupla kan Cik Qalbi meng'unprivate' blog ini, semata-mata untuk giveaway tu.. heheh.. so soklan yang terbaru kali merupakan soklan terakhir bagi Giveaway ni.. even dah menang pada 2nd day.. why not cuba lagi kan cos penyertaan dah terbuka pada yang pernah menang juga.. thank you so much Cik Zan sebab bagi peluang untuk mencuba lagi dan memeriahkan lagi giveaway tersebut...hehehe.. ^_^


ok.. soklan2 yang diberikan oleh Cik Zan kita..

 1) Berikan jenis-jenis lipbalm yang dibuat oleh Zanox.
Lipbalm yang di buat oleh Zanox ade 4 jenis.. iaitu..tadaaaaaaaaa


a) Natural mint- Colourless, pure and natural beeswax lip-balm
b) Blushing mint- A hint of blush colour to give girly look to your lip-balm
c) Darling mint- Red tone tinted lip-balm to give a tinted red look to your dull looking lips
d) Bubble mint- Pinkish tone lip-balm to give a pinkish hue to perk up your lips

2) Berapa huruf 'A' dalam nama penuh Cik Zanox @ Cik Zan
Cik Zan Zafirah binti Zainal. So, campur nama Cik Zan dan ayah Cik Zan, bilangan 'A' dalam nama tersebut ialah 5.. betul kan? tak salah kirakan.. heheh

3) Berapa berat tub eye gel?
ha.. ni Cik Qalbi cuakz skit..huhu.. tapi tadi dah usha kat album product Homemade by zanox, baru confident skit kanzz.. hehe.. ok 1 tub eye gel = 5g ^_^

soothing eye gel


4) Kolej matrikulasi Cik Zanox?


ha.. ni Cik Qalbi comfirm.. Cik Zanox ni dulu satu matrix dengan Cik Qalbi.. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.. =)

5) Berapa jumlah bar sabun splashing choco mint untuk dijual?

ha ni la ghupanya bar sabun  splashing choco mint.. cam kek batik kan, ader rasa nak makan x?? heheh.. so selepas di usha, bar sabun ni yang available untuk di jual adalah 9 bar.. so sape2 rasa nak try sabun ni, tapi x leh makan tau, leh jer order kat Cik Zan... =)

now seksyen yang agak mencabar Cik Qalbi dalam mengarang ayat yang kreatif bagai ni kan..huhu.. but never mind just try my very best.. heeeee.. apa yang mencabarnya?? yeah... SLOGAN...

Pendapat saya tentang Homemade by Zanox ialah BEST sebab tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya!! ^_^ Tahniah pada Cik Zan kerana berjaya menghasilkan produk buatan sendiri dengan ilmu kimia dan kecantikan yang dimililki, yang tidak menggunakan kos yang tinggi dan juga berkualiti. dan juga yang paling di yakini, produk Homemade by Zanox di jamin halal kerana dihasilkan oleh orang islam sendiri dan tidak menggunakan kandungan bahan dan alat-alat yang shubhah (ragu-ragu)..  saya bangga dengan apa yang dihasilkan oleh Cik Zan. now saya tengah menunggu hadiah yang telah saya menangi pada 2nd Giveaway iaitu Aloe Loofah Soap dan Bubble mint lipbalm. saya rasa sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya mencuba produk homemade selepas diperkenal oleh seorang kawan melalui blog beliau. saya berharap Homemade by Zanox ni, dapat diperluaskan pasaran nya, terutama dikenali sebagai produk islam yang suci, bersih dan selamat.. Good Luck to Homemade by Zanox. chaiyok3.. ^_^v


owh yeah..  so pada uols yang sempat membaca entry ni, dan minat untuk join giveaway ni, leh la gi singgah fb Homemade by Zanox. semua soalan dan syarat-syarat penyertaan ade di page tersebut. if tak nak join, dan berminat nak shoping barang-barang homemade ni, pun bleh gak.. suma produk yang dibuat ader dipaparkan di page tersebut... di jamin halal, murah dan berbaloi-baloi ^_^

dan if uols nak tahu tips2 kecantikan dan resepi-resepi best ( bagi yang kuat makan macam Cik Qalbi) bleh la lepakking kat belogs Cik Zan ni, di Suka Suki by Zanox. Selamat menimba ilmu..heeeeeee =)


p/s: kredit pixs by Homemade by Zanox ^_^v

Tuesday, August 2, 2011

...... (2)

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...



yer dia.. aku rindu dia.. heheh.. he is my engineer, my love, my fren.. and he is mine.. heeeeeee
keja baik2 dan penuh bersemangat ea di bulan puasa ni.. semoga segala urusan ibadah abg dipermudahkan Allah...

tia tunggu abg.. ^_^

p/s: tolong doakan saya agar sihat dan kuat utk menjalani ibadah di bulan ini.. tiada alasan utk berubah menjadi lebih baik kan.. Insyaallah.. =)