Thursday, June 3, 2021

PKP 3.0

Dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Salam Tahun 2021. dah hampir 6 bulan kita di tahun 2021. apa pencapaian dalam hidup kita yang kita dah dapat? haha.. boring soalan ni.. terpulang pada target hidup masing- masing.. ada yang nak kaya, banyak duit.. beli rumah, travel.. naik pangkat.. dan macam2 lagi.. aku doakan apa yang korang target kan dalam hidup korang menjai kenyataan.. aminnn..

saat aku menulis ni, Malaysia telah hari ke-3 PKP 3.0. kali ni senang sikit nak ingt tarikh PKP.. 1 Jun hingga 14 Jun. setiap kali PKP, selama 14 hari.. dah setahun lebih.. macam2 dah berlaku... sampai dah ada 3 varient yang berbahaya sekarang ni.. orang yg dijangkiti Covid-19 pun, xde symptom. bila swab je tau2 positif.. Innalillahiwainnailaihirajiuun.. 

selama PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 yang baru 3 hari ni.. pelbagai ujian yang setiap dari kita lalui.. dan pada aku sendiri.. ujian paling berat adalah ujian emosi.. mental health.. Alhamdulillah, setakat ni aku mampu menghadapinya.. yang penting aku belajar dalam hidup ni, "Low your expectation".. dengan sesiapa pun..

untuk beberapa bulan ni, target aku adalah nak jaga mental health aku betul2.. nak train emosi aku, diri aku untuk adapt dengan cepat.. perubahan baru.. in our future kita tak tahu kan apa yang bakal berlaku. tp kita boleh predict dengan apa yang kita rancang dan buat sekarang ini. 

dan yang paling penting kene ingat, urusan hidup kita bukan di tangan kita.. semuanya di sisi Allah.. (nak ckp tangan kang, tak boleh samakan Allah dengan makhluk). so apa yang kita rancang dan usahakan, ingatlah Allah ada rancangan Nya buat kita.. so bertawakal lah.. serahkan diri dengan sebenar-benar penyerahan kepada Allah.. 

ha.. banyak plak syarahan aku.. actually, aku tergerak hati untuk kembali membaca blog2 aku, yang aku tulis lebih kurang 10 tahun lepas.. untuk personal blog aku ada 2..yang ini dan satu lagi aku dah private kan.. "bila keyboard berbicara dari hati.." 

dulu,  aku rajin menulis.. yer la menda merepek.. haha. now dah 30 series.. nak merepek apa ea? haha.. bila aku rasa hati aku diuji, aku buka balik blog-blog aku, untuk aku baca semula kenangan2 aku dahulu.. dulu aku rajin.. ada kenangan je aku nak story.. tp sekarang, handfon kat tangan pun, bila ada event ke, aku jarang nak snap picture.. ada la 2 3 keping gambar.. selebihnya dari group whatsaap family.. aku kagum dengan orang yang boleh amik gambar, siap buat video bagai.. haha nampak sangat aku pemalas..

so harapkan amira or amirul yang amik gambar-gambar..plus husband aku pun, Amir,  tak suka bergambar.. can you imagine, berapa je gambar kami bersama yang aku simpan? hmm aku pun x kira.. tp aku comfirm gambar kita org x banyak dalam simpanan dia..hahah..katanya wajah aku dlm hati dia.. hahah.. lelaki.. ayat manis berpisah tiada..

aku tak berapa update kisah aku kat FB or IG.. sebab? ntah la.. ada ke yg nak tahu? hahaha. ko budget ko Hajjah Neelofa ke qalbi oi.. kah3..

ok la.. aku rasa lega bila menaip balik citer2 ni.. yeah..ada burden yg tanggungi di hati aku sekarang ni.. sebab tu aku buat throwback sendiri.. untuk ingatkan aku, yang aku pernah bahagia dan gembira satu ketika dahulu.. so, kembali lah bahagia.. you can do it qalbi.. come on.. 

ok.. itu je dulu..  Selamat ber PKP.3.0. dok umah..please la.. kesian kat frontliner.. kalau aku kat tempat dorang pun koyak weh mental.. huhu..

ok good nite..

Wassalam..


p/s: rindu nak berholiday.. ni reunion dengan kawan-kawan course Amir.. aku menumpang je.. hehe..inshaAllah nanti plan reunion course aku plak.heheh