Monday, August 8, 2016

New Update for 2nd phase of 2016

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Assalamualaikum w.b.t

Masa terus mengulir dan aku semakin jauh dari 'laman sebuah cerita'.. 

Ah lupakanlah.. aku tidak punya banyak masa untuk menghadap laptop sekarang.. so gunakan masa sebaiknya utk aku menulis.. (baca menaip)

last update aku dulu bulan januari.. wah skrg bulan ogos.. ok la kan.. update fasa ke dua tahun ini.. 

aku sekarang ni kerja sendiri. tak der la buat bisnes besar sangat.. just wat service business.. setakat ni, Alhamdulillah cukup bagi aku dan untuk family aku.. 

Korang ingat lepas habis belajar senang ker nak dapat kerja..? mungkin bagi korang senang, tapi pada aku yeah.. x suma orang bernasib baik.. aku pernah di temuduga sebanyak 4 kali di company yang sama tapi berbeza position... mungkin dalam temuduga aku tak perform terbaik di mata dorg.. so, mmg tak dapat la.. haha.. bukan rezki di situ.. tak per, aku selalu pandang kerja Allah utk aku adalah yang terbaik buat aku..

dalam doa aku, aku sentiasa mohon pada Allah agar aku menjadi orang yang memberi manfaat pada orang lain, dicukupkan rezki aku supaya aku tak meminta-minta pada manusia melainkan pada Allah sahaja, dan sentiasa menjadi pemberi yang baik pada yang meminta.. yang ketiga tu memang nampak susahkan.. macam mana nak jadi pemberi yang baik if diri sendiri tak punya apa-apa kan? 

tak la, jangan fikir begitu.. dalam minda kita kene set kan.. berilah ketika tidak punya apa-apa, kerana bila kita sudah punyai segala, kita dah tak lokek nak memberi.. yerla masa miskin, kita tak lekatkan hati kita pada harta dunia, so bila kaya lagi mudah untuk kita memandang harta dunia itu sebagai alat untuk kehdupan yang baik di akhirat nanti..inshaAllah..

owh yer.. sekarang ni, aku seorang Guru Tuisyen, lebih senang Home Tutor.. kerja aku area Senawang dan Seremban.. Hanya weekdays.. macam kerja makan gaji.. aku limitkan waktu kerja aku weekend for my kids. tapi lately ni aku terpaksa on kelas weekend, sebab ada student request sebab dia dok asrama sekolah famous kat Seremban. 

I love my job.. suka sangat..sayang sangat.. aku mula kenal career ni, bulan 7 tahun lepas. so dah setahun la aku wat kerja ni.. dan aku happy.. walaupun bayaran tak macam seorang pensyarah level Master, aku tak kisah, sebab aku sayang kerja aku.. aku suka kerja aku.. setiap kerja pasti ada cabaran dan begitu juga kerja aku.. tapi tak der la susah sangat.. 

ok.. buat yang nak tahu, aku buat kelas untuk UPSR, PT3 dan SPM untuk subjek Matematik (UPSR, PT3 & SPM), Matematik Tambahan dan Fizik (SPM).Fizik untuk Diploma student pun boleh..inshaAllah.. hahaha ada ker budak Diploma nak tuisyen? kih3 InshaAllah aku boleh cover area Senawang dan Seremban.. lagi best if student leh datang umah aku..hahaha.. setakat ni ada seorang pelajar la yang datang umah aku.. 

target aku dari income ni, aku nak beli rumah..haha.. mesti.. inshaAllah.. tak salah berangan kan.. untuk itu aku tengah belajar bagaimana nak jadikan income aku ni boleh beli rumah next 2 or 3 years.. just my plan..

ok la.. itu jer update aku dlu.. nnt2 kita citer pasal anak2 plak ea.. heheh

adios!!

Wassalam..


ok tak der kaitan.. saje nak tepek pic dlm blog..hahaha.. kek durian from Secret Recipe