Sunday, December 25, 2016

indahkan sabarku..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

assalamualaikum..

hujung2 bulan ni waktu aku gloomy.. rasa dari hari jumaat aku rasa tak sedap badan. demam sampai la ahad (hari ni).

pas tu dengan macam2 yang jadi buatkan aku lost kejap dalam diri.. tak tahu apa yg Allah bagi ni ujian atau nikmat.

bila kena layan ragam manusia yang buat aku lelah, aku rasa nak lari guna pintu suka hati.pergi mana2 saje tanpa org kenal aku. atau pun fly g kk jumpa suami tanpa bercerita masalah... lupakan segala.. sebab suami aku pun dah punya banyak masalah tentang kerja dan dsbg.

dulu, aku bukanlah macam ni..masa aku belajar.. aku seorang yang happy, aku suka buat kerja yg jumpa org, aku suka deal ngan orang even org tu annoying.. mana diri aku yang dulu?

now, aku nak deal ngan anak2 pun smpi sakit kepala.haha. sebulan 2 kali aku demam. hahaha..

tapi suma ni ada hikmah.. Allah.. sabarkan aku.jangan biar aku salah buat keputusan.. bantulah aku utk berjalan di jalan mu.. mujahadah dengan kesabaran.

kadang2 aku tewas, tapi dengan ingatkan Mu aku tahu Kau ada jalan untuk aku yang terbaik yang Kau tetapkan.. tenang kan aku, sabarkan aku..

kisah hidup aku adalah untuk aku nikmati, syukuri. aku tak perlukan kan kekayaan dan kemewahan utk bahagia dan berjaya. cukuplah kejayaan aku itu, aku tenang, dan sihat dalam kehidupan aku, masih boleh menjemput rezeki untuk besar kan anak-anak. tolong suami dan keluarga. dan menyumbang untuk masyarakat.

Ya Allah,kembali kan suami aku pada ku. aku tahu setiap kali aku minta ini pasti air mata aku akan mengalir. dan aku akan sakit kepala. 6 tahun sudah.. dan untuk berapa lama lagi harus aku bersabar? jadikanlah sabar menanti untuk bersatu itu indah buatku,sehingga aku lupa lama penantian itu.. sabarkan aku ya Allah..sabarkan aku..

Monday, December 12, 2016

Happy Birthday Amira!!!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

minggu lepas, aku masuk ward lagi after seminggu lebih batuk tak sembuh-sembuh. 3 malam tido hospital, dan hari keempat aku boleh balik.. bosan? tak la.. kesunyian, keseorangan dah sebati dengan hidup aku.. bukan nak berlagak.. tapi aku harap Allah tetap kuatkan hati aku walaupun aku hidup sorang-sorang.

kadang-kadang orang tak boleh hidup bila dia sorang2. bila dia tak de sape2 nak teman.. tapi alhamdulillah, aku dibesarkan hidup anak tunggal even aku punya 6 beradik yang lain.. dan still aku rasa sendiri itu lebih sesuai dgn aku. aku bukan jenis suka kawan geng ramai2, rimas.. krn aku tak mudah percaya org..

lewat pagi ni..aku just nak share.. hari ni.. 12.12.16.. adalah ulang tahun kelahiran anak sulung aku, Amira Safiyyah.. yang ke-5. kejap saje masa berlalu..amira dah 5 tahun.. aku rasa macam baru semalam aku ulang-alik dr johor ke seremban hantar susu untuk bekalan Amira.. syukur terima kasih Allah bagi aku pinjam Amira selama 5 tahun ini. mengizinkan aku mencorak amira dengan lakaran warna yang aku pilih.. semoga warna2 itu yang akan menjadikan Amira aset untuk aku tebus diakhirat nanti yang membolehkan aku kw syurga Nya nanti.

Amira..
mama tahu, mama bukan ibu terbaik,
mama selalu marah kakak sampai mama sakit..
mama garang dengan kakak,
even acapkali mama janji, mama tak nak marah kakak, marah tetap akan marah dengan mehna yang akak buat.
kerana mama tahu kelemahan mama, mama sukar kawal marah untuk anak2 sebesar kamu..

tapi kakak tahu, kakak penyeri hidup mama, kakak ajar mama erti sabar, pentingnya sabar untuk kesihatan mama.. pentingnya mama kawal emosi mama untuk lihat senyuman kamu sayang.. kerana, kalau mama marah, mama sakit, mama masuk ward, mama terpisah dari kamu..sedangkan hari-hari mama nak peluk kamu untuk serap segala kekuatan dalam menjaga kamu. mendidik kamu sayang..

untuk 5 tahun bersama kamu, kamu petah berkata, mama seronok menjawab setiap pertanyaan kamu, melayan setiap hafazan surah kamu, menjawab setiap maksud perkataan english yang kamu mahu tahu.. melayan setiap amarah kamu dengan tenang.. mama masih mencuba sayang walaupun acapkali mama tewas dengan amarah mama..

sayang mama, Amira..
mama masih mencuba yang terbaik untuk mewarnai hidup kakak. selagi nyawa masih dikandung badan, kakak amanah Allah untuk mama laksanakan.. semoga Allah sentiasa berikan mama kesabaran, kekuatan untuk memberikan yang terbaik dalam mendidik kakak menjadi manusia solehah, yang memberi manfaat dalam kehidupan.

mama sayang kakak.. selamat ulang tahun ke -5 anak mama.. Amira Safiyyah..

Sunday, October 30, 2016

warded

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

setiap hari aku dah letak dlm planner aku untuk update blogs ni.. tapi biasala.. x dan nak on lappy.. selesa skit nak update blogs kat lappy berbanding guna smartphone..huhu.. ok. memandang kan aku tengah dok sorang2 sekarang ni, xder gangguan..so ni lah masanya.heee

29/10/16
aku rasa ni first time aku masuk ward after tukar insuran baru.. alkisahnya aku sakit perut lebih dari 2 hari.. dah makan ubat doktor bagi pun still sakit.. so, petang sabtu tu, aku g hospital dan warded.. time to rest..huhu.. mkn ubat ikut jadual dan di pantau setiap hari.. hmmmm

minggu ni, minggu last suami kerja di kuala lumpur. hampir 2 bulan, suami ulang alik kerja KL. rasa happy sangat suami ada di sisi bersama dengan anak2. kejap je masa berlalu..weekend ni suami akan fly balik sabah.. *sedih.. pas ni, raba-raba sebelah katil, tak de orang dah teman tido sebelah.. semoga tabah. sobs..sobs..

ok la tu je nak update dlu.. tlg doakan aku cepat sembuh..tq..

wassalam..

Friday, October 7, 2016

Aishhh..ni nak marah ni..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Assalamualaikum..

hari ni mood sepatutnya nak menulis.. tapi hilang mood bila...

ok, dua bulan lepas, aku ada deal ngan satu jabatan kerajaan ini.. aku gi office dorg, hantar surat sendiri. dan terangkan satu persatu tentang sebab apa aku bagi surat tu.. 

hampir 2 bulan aku tunggu, tak der feedback dari diaorang. bila dah sampai satu tahap, aku kol balik dorg, dan dorg inform masih dalam penilaian.. apakah? urusan aku ni melibatkan duit dorg..aku nak bayar duit kat korang.. tak nak duit ker? huhu.. korang tau kan korang dah x banyak duit, aku nak bg duit korang proses lmbat-lambat.. aiyooooo...

xperla.. duit tu..aku tukar bli aset dlu..hahaha

ok..tu jer nak ngadu dlu..

mood aku dah kelaut ni..

asar dah..jum solat awal waktu.. 

bye..

adios..

Friday, September 2, 2016

Kisah Amira 27 Ogos 2016

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.

minggu lepas, aku dan anak-anak balik Bahau.. bawa diorang jumpa atok dan uwan bahau. dan jumpa makcik-makcik dan pakcik dorang yang lain.. family aku memang sebulan sekali akan jumpa macam ni.. 

so, petang tu sebelum maghrib aku nak mandikan amira dan amirul.. tapi lupa la pasal apa yang amira meragam sangat, merajuk dengan aku.. owh ok ingat.

dia gatal-gatal badan dia even pas mandi sebab yang mandikan dia maksu dia, mungkin x cuci betul kot.pas mandi still badan gatal-gatal.. pas tu dia ngadu gatal lagi masa aku nak solat maghrib.. aku pun tak tahu apa kene ngan aku masa tu, aku tinggikan suara pada dia..

so dia merajuk la.. pas mandikan dia balik, basuh badan di betul-betul aku pun solat la maghrib.. pas aku solat, mira pun membebel la pada aku tanda protes sebab marah kan dia.. even aku tak bermaksud pun nk marah dia.. budak2 kan..huhu

pas doa aku datang kat dia aku cakap la:

aku: kakak mari kat mama sayang, mama minta maaf ea. mama tau mama salah sebab mama tinggi suara pada kakak.. mama tak maksud pun nak marah kakak.

Amira: (sambil nangis) mama tak salah, kakak yang salah sebab buat perangai.. kakak minta maaf mama

aku spechless dengar mira confess macam tu.. budak 5 tahun tahu nak ngaku silap diri sndiri tanpa di minta.. sebab biasanya amira akan ckp dia yang betul aku yang salah.. huhu

alhamdulillah sekurang-kurangnya dia dah belajar minta maaf.. ^___^

aku: tak pe kakak kita sama-sama minta maaf ea.. tak rugi pun kita minta maaf even kita tak salahkan kak.. =)

hope she learn something new and good from what she have done.. inshaAllah..

Wassalam ^___^v

Monday, August 8, 2016

New Update for 2nd phase of 2016

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Assalamualaikum w.b.t

Masa terus mengulir dan aku semakin jauh dari 'laman sebuah cerita'.. 

Ah lupakanlah.. aku tidak punya banyak masa untuk menghadap laptop sekarang.. so gunakan masa sebaiknya utk aku menulis.. (baca menaip)

last update aku dulu bulan januari.. wah skrg bulan ogos.. ok la kan.. update fasa ke dua tahun ini.. 

aku sekarang ni kerja sendiri. tak der la buat bisnes besar sangat.. just wat service business.. setakat ni, Alhamdulillah cukup bagi aku dan untuk family aku.. 

Korang ingat lepas habis belajar senang ker nak dapat kerja..? mungkin bagi korang senang, tapi pada aku yeah.. x suma orang bernasib baik.. aku pernah di temuduga sebanyak 4 kali di company yang sama tapi berbeza position... mungkin dalam temuduga aku tak perform terbaik di mata dorg.. so, mmg tak dapat la.. haha.. bukan rezki di situ.. tak per, aku selalu pandang kerja Allah utk aku adalah yang terbaik buat aku..

dalam doa aku, aku sentiasa mohon pada Allah agar aku menjadi orang yang memberi manfaat pada orang lain, dicukupkan rezki aku supaya aku tak meminta-minta pada manusia melainkan pada Allah sahaja, dan sentiasa menjadi pemberi yang baik pada yang meminta.. yang ketiga tu memang nampak susahkan.. macam mana nak jadi pemberi yang baik if diri sendiri tak punya apa-apa kan? 

tak la, jangan fikir begitu.. dalam minda kita kene set kan.. berilah ketika tidak punya apa-apa, kerana bila kita sudah punyai segala, kita dah tak lokek nak memberi.. yerla masa miskin, kita tak lekatkan hati kita pada harta dunia, so bila kaya lagi mudah untuk kita memandang harta dunia itu sebagai alat untuk kehdupan yang baik di akhirat nanti..inshaAllah..

owh yer.. sekarang ni, aku seorang Guru Tuisyen, lebih senang Home Tutor.. kerja aku area Senawang dan Seremban.. Hanya weekdays.. macam kerja makan gaji.. aku limitkan waktu kerja aku weekend for my kids. tapi lately ni aku terpaksa on kelas weekend, sebab ada student request sebab dia dok asrama sekolah famous kat Seremban. 

I love my job.. suka sangat..sayang sangat.. aku mula kenal career ni, bulan 7 tahun lepas. so dah setahun la aku wat kerja ni.. dan aku happy.. walaupun bayaran tak macam seorang pensyarah level Master, aku tak kisah, sebab aku sayang kerja aku.. aku suka kerja aku.. setiap kerja pasti ada cabaran dan begitu juga kerja aku.. tapi tak der la susah sangat.. 

ok.. buat yang nak tahu, aku buat kelas untuk UPSR, PT3 dan SPM untuk subjek Matematik (UPSR, PT3 & SPM), Matematik Tambahan dan Fizik (SPM).Fizik untuk Diploma student pun boleh..inshaAllah.. hahaha ada ker budak Diploma nak tuisyen? kih3 InshaAllah aku boleh cover area Senawang dan Seremban.. lagi best if student leh datang umah aku..hahaha.. setakat ni ada seorang pelajar la yang datang umah aku.. 

target aku dari income ni, aku nak beli rumah..haha.. mesti.. inshaAllah.. tak salah berangan kan.. untuk itu aku tengah belajar bagaimana nak jadikan income aku ni boleh beli rumah next 2 or 3 years.. just my plan..

ok la.. itu jer update aku dlu.. nnt2 kita citer pasal anak2 plak ea.. heheh

adios!!

Wassalam..


ok tak der kaitan.. saje nak tepek pic dlm blog..hahaha.. kek durian from Secret Recipe



Wednesday, January 6, 2016

I am not an easy person to....

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

I am not an easy person to deal with kids especially to those are below 7 years old.. 

ha.. matila statment ni.. so cam ner ko deal ngan amira dan amirul? ah sudah. risau dah bapak dia kot baca statment aku ni..hahahaha

aku nak membebel.. tp jap la.. pause balik.. ahaks~~

p/s: aku rasa aku nak lepak balik kat sini.. sebab aku rasa dah tak ramai org melayan bog picisan macam ni.ahaks.. so membebel untuk luahkan rasa hati.. LOL..
ok.. gtg..

wassalam


Thursday, January 8, 2015

Update diri sendiri

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

saya tengah belajar buat menda ni...


mohon doakan saya diterangkan hati untuk memahami, dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan..aminnnn...


daaaa


wassalam