Monday, October 14, 2013

tentang 'sikap' or dlm englishnya 'attittude'

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

sehari sebelum hari raya aidiladha, aku masih lagi di office. even Dr. aku cuti hari ni..dan aku rasa SU dia pun cuti gak..aku jer yang gigih datang kan hari ni.. memandangkan petang ni pun aku ada appointment dengan doktor kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar, so better aku g keje kan..so nnt balik terus g hospital..heee

pic i cilok sini.. hee http://flow-era.blogspot.com.


about this entry.. aku dah lama pendam nak tulis, tp amik mood tu yang lama..ha3.. biasala..menulis mesti ada mood, baru bersemangat nak berceloteh.. he3.. attitude.. apa yang aku ingin kisahkannya??

perkara atau ucapan yang paling mudah untuk di ucapkan.. menunjukkan yang kita ni seorang yang humble di sisi manusia dan paling utama di sisi Tuhan kita.. menunjukkan juga yang kita or korang tak mampu untuk hidup sendiri.. 

Please and Thank you..

Two words yang boleh change your mood, your life. dari uol bengang leh jadi happy. dari korang rasa malasnya nak buat, tetiba korang leh rasa ringan jer badan tu nak wat sesuatu untuk some one.. betul tak.??

ni pendapat aku...ok..

1. Please

rata-rata orang kat Malaysia ni, even kadang-kadang aku sendiri, bleh terlepas pandang akan this word. kenapa?? sebab kadang-kadang kita fikir ala.. orang yang kita minta tolong, or minta buat sesuatu itu, adalah orang bawahan kita, adik-adik kita or may be anak kita sendiri.. so.. ko buat la keje untuk aku.. without we think about their feeling..even though sesetengah orang tak kisah.. tp pada aku, aku kisah.. haha3..

let see.. contoh kes: kita bos.. kita minta orang bawahan kita siapkan report dan kita nak hari tu jugak sebelum habis waktu kerja.. ok, memang tugas orang bawahan buat kerja untuk bos.. but why not if bos memberi arahan dengan say 'please' with a polite way..? tak rugi tak salah. pekerja memang sedia maklum memang theyol kene wat keje, tp cara bos minta kerja tersebut dengan cara yang baik, dengan perkataan yang menyenangkan, akan buatkan pekerja bawahan melakukan tugasan tanpa rasa berat, malas or rasa nak maki. mungkin tak semua orang kisah akan hal ni... but trust me, cara kita meminta, cara kita treat orang akan merubah persepsi orang terhadap kita, dan cara mereka melakukan sesuatu untuk kita.. faham??

kes lain plak. seorang tua, yang cengeng, bengis, pemarah, dan kedekut.. (contoh kes ok..tapi realiti hidup, aku rasa ada orang tua macam ni kan..) tetapi tak berdaya untuk menguruskan diri..so pastinya dia akan meminta tolong pada orang sekeliling nya.. tak kira la, bibik (seorang yang telah di gajikan oleh anak-anak untuk menjaga orang tua), anak-anak ataupun cucu sendiri. so, sepatutnya bila dah rasa diri tu tak berdaya dan memerlukan bantuan orang lain, apa kata nak mengarahkan orang wat sesuatu untuk kita dengan perkataan 'tolong or please'.. contoh, "Bibik, tolong amikkan baju saya dalam alamari", "Bibik, tolong kacaukan aku air milo. nenek haus sangat." berbanding dengan, " Bibik, amik tu.." "Bibik, masakkan lauk ni..aku lapar".. pergh!! berbeza tak perasaaannya.. bila dengar pun rasa malas nak buat kerja tu, rasa tak bersemangat dan tak ikhlas nak tolong.. ada tak ras cam tu. ada tak?? haha3..

2. Thank you..

bila orang dah tolong kita, ringan-ringan kan la mulut tu ucap terima kasih.. tak rugi pun.. lagi gembirakan hati orang ada la.. ni dah la la tak nak ucap 'tolong'.. ucapan 'terima kasih' pun, lagi la tak de..ish3.. tak rasa malu ker???? ntah la.. aku sangat emo dengan dua perkataan ini.. sebab tu, aku akan ajar diri aku dulu untuk ucap 2 perkataan penting ni, tak kira la dengan kengkawan ke, adik-adik aku ker.. emak ngan ayah lagi la kene ucap yang baik-baik lagi.. perkara ni ajar kita untuk jadi lebih sopan santun dalam berbicara, jadi humble bila sebenarnya, ada perkara yang kita tak mampu buat sendiri, belajar menghargai usaha orang yang tolong kita dan bersyukur pada manusia dan Allah itu sendiri..

dan si kecik amira pun, kecik-kecik aku dah tegaskan dia untuk ucap 'ma cih' bila dia dapat susu dari uwan, or orang lain bagi pape kat dia.. and bila orang ucap 'terima kasih' dia akan ucap 'sama-sama'. benda mudah yang tak susah di buat.. 

bagi aku, dua perkataan ni mampu merubah hari-hari korang yang may be tengah stress, yang rasa nak marah je ari tu.. dan boleh wat kan korang happy bila menerima atau memberi ucapan tersebut.. cuba amalkan.. insyaallah.. pasti korang dapat merasai perubahannya.. heeee 


ok tu je bebelan aku ari ni.. yang sedang bekerja, buat keja bagi siap. aku half day ari ni.. memang kalo sok cuti perayaan, ari ni yang bekerja, keje half day jer..heee.. orite.. sELamAt HaRi RayA AidiLaDha.. ^__^

ok, tu jer..
adios!!

Wassalam ^__^ v

No comments:

Post a Comment