Thursday, October 17, 2013

Maternity / Backpain/ Nursing Support Pillow aku punya

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Asslamualaikum uols..

semalam aku balik kerja. sampai depan rumah terus keluarkan beg lappy dan segala barang, hangkut sekali, lupa nak kuarkan kunci rumah. pas tu tekan2 loceng banyak kali, dengan harapan adalah yang sudi berlari tolong bukakan pintu untuk mak buyong ni kan.. ha.. dan2 abah datang tolong buka pintu and disambut dengan si kecik Amira.. 

masuk je ruang tamu, aku nampak satu benda yang familiar sangat. tp warna lain.. rupa-rupanya, Maternity Pillow (G-shape) amira dah siap.. tersadai kat ruang tamu tu.. kemain happy dia.. mana tak happy nya.. dia tak perlu kongsi bantal or berebut bantal ngan aku lagi..haha3..

ok.. cepat benar aku membebel kan..actually, cik suami dulu, cadangkan nak hadiahkan aku satu bantal Maternity Pillow (G-shape), memang khas untuk orang mengandung or sakit belakang. so, masa awal kehamilan, aku tak de masalah tido, just kerap sakit belakang.. sebagai tanda kasih sayang suami dan keprihatinan si suami yang baik hati, so beliau cadangkan nak hadiahkan isteri yang comel bantal Maternity Pillow (G-shape) beli kat kedai online facebook. even lepas bersalin nanti pun leh guna, untuk sakit-sakit belakang. 

so, bila si isteri comel dapat hadiah best, si kecik Amira comfirm-comfirm la tak puas hati..sebab dia tak dapat.. bulan pertama aku tido kat bantal tu, setiap malam amira akan bangun..konon-konon nak susu.. kenapa konon-konon kan?? sebab dia tak bersungguh-sungguh nak susu.. bila aku bangun g wat susu dia seludup tido kat bantal aku. so aku kene tido kat tempat dia.. tu taktik amira okeh.. sampai satu masa tu, dia minta aku nyah dari bantal aku, sebab dia nak tido kat situ..sangat mengada.. sebaik la aku ibu yang penyayang kan..so bg la can..

"nak do ni, nak do ni," Amira (nak tido sini..nak tido sini)

so, bila bangun pagi aku akan rasa la itu back pain, dan menjadi alasan utk aku malas g keje.. hahaha3.. so, aku citer la kat abah. so abah decide nak tempah satu untuk amira. abah tempah pada staf tempat abah kerja. kos tempah RM50. tu pun, aunty tu cakap banyak sangat. tapi tak per la..tolong kawan kan..cost kekabu dalam 4 bantal ialah RM100.00. pas tu aku plak beli kain untuk wat bantal.. untuk bantal ni, aku beli dua kain, satu yang bahagian dalam isi kekabu, dan yang sarung luar beli la yang corak-corak.. kene beli kain yang sesuai untuk wat sarung bantal la.. besenya orang guna kain cotton. total 2 kain dalam RM80. so total untuk bantal amira je.. dalam RM230.. agak costly la jugakkan berbanding cik suami belikan kat page tu.. tapi kelebihannya kalau tempah sendiri, corak kain leh pilih sendiri.. sebab time aku beli ari tu tak banyak corak kain cotton yang menarik hati aku..so aku amik jer la corak yang dah sedia ada, yang aku tertarik..heee.



Amira dan bantal barunya..

kenapa kami suka bantal ni, sebab dia best.. 1st sebab guna isi kekabu kan.. terasa sejuk la even berat. pas tu bantal ni dah siap bantal peluk. kalo yang bahagian tulang bantal tu leh jadi bantal peluk juga leh support perut yang berisi..pas tu bhg sebelah tu leh support perut je la.. dan juga suport tulang belakang kita, bagi tido dan esoknya leh bangun ngan rasa selesa.. so memang best la dan berbaloi beli, terutama bagi yang ada sakit-sakit belakang tak kira la ibu mengandung ke, laki ke pempuan ker.. kalau dah letih wat keje umah, pas tu landing kat bantal ni..perghhh.. rasa nak tido tak nak bangun-bangun..hahaha3. sengal je kan.. kalo untuk budak-budak yang tido lasak macam si kecik Amira, insyaallah, bleh halang daripada jatuh katil..heee

so pada sesiapa yang berminat nak beli bantal ni, leh singgah page ni.. Maternity/Backpain/Nursing Support Pillow. cost dorang lagi murah la dari cost aku tempah, if uols jenis tak kisah kan dengan corak sarung bantal.. sarung jer punnnnn... *aku ni ha cerewet skit..ceh!!*. dorang ni beroperasi kat Perlis, kalo tak silap aku. so, kalo nak COD leh kot..hee

yang ni bantal dan sarung bantal yang aku tempah.

this one is my feedback about the pillow..besttt..hee

Sekarang ni, dorang ngah wat promosi aidiladha. harga dalam RM199. harga biasa RM230. yang ni untuk bantal Lyna Full Body Support Pillow. yang aku punya tu bentuk G-shape. kira murah la ni. tp x comfirm maswuk postage ke tak. leh pm owner page yer.. ^__^ 

bentuk untuk full body support pillow, macam ni ha..nice kan.. heee


and ada satu lagi page yang jual bantal macam ni..page Sofea Suhaimi (Maternity Pillow). tapi dorang tak guna isi kekabu. dorang guna polyester fiber. hurm..yang ni aku tak tahu la.. tapi yang best bagi aku, corak sarung bantal dorang banyak yang menarik.. harga mahal skit macam bantal yang abah tempah tu. kalau bantal dengan saung cotton biasa RM200. dengan sarung cotton english harga RM245. psotage free untuk semenanjung, tp cas Rm25 untuk sabah/ sarawak. cod area Putrajaya. 


ok. tu jer nak share..
adios!!

Wassalam ^_^ v

Monday, October 14, 2013

tentang 'sikap' or dlm englishnya 'attittude'

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

sehari sebelum hari raya aidiladha, aku masih lagi di office. even Dr. aku cuti hari ni..dan aku rasa SU dia pun cuti gak..aku jer yang gigih datang kan hari ni.. memandangkan petang ni pun aku ada appointment dengan doktor kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar, so better aku g keje kan..so nnt balik terus g hospital..heee

pic i cilok sini.. hee http://flow-era.blogspot.com.


about this entry.. aku dah lama pendam nak tulis, tp amik mood tu yang lama..ha3.. biasala..menulis mesti ada mood, baru bersemangat nak berceloteh.. he3.. attitude.. apa yang aku ingin kisahkannya??

perkara atau ucapan yang paling mudah untuk di ucapkan.. menunjukkan yang kita ni seorang yang humble di sisi manusia dan paling utama di sisi Tuhan kita.. menunjukkan juga yang kita or korang tak mampu untuk hidup sendiri.. 

Please and Thank you..

Two words yang boleh change your mood, your life. dari uol bengang leh jadi happy. dari korang rasa malasnya nak buat, tetiba korang leh rasa ringan jer badan tu nak wat sesuatu untuk some one.. betul tak.??

ni pendapat aku...ok..

1. Please

rata-rata orang kat Malaysia ni, even kadang-kadang aku sendiri, bleh terlepas pandang akan this word. kenapa?? sebab kadang-kadang kita fikir ala.. orang yang kita minta tolong, or minta buat sesuatu itu, adalah orang bawahan kita, adik-adik kita or may be anak kita sendiri.. so.. ko buat la keje untuk aku.. without we think about their feeling..even though sesetengah orang tak kisah.. tp pada aku, aku kisah.. haha3..

let see.. contoh kes: kita bos.. kita minta orang bawahan kita siapkan report dan kita nak hari tu jugak sebelum habis waktu kerja.. ok, memang tugas orang bawahan buat kerja untuk bos.. but why not if bos memberi arahan dengan say 'please' with a polite way..? tak rugi tak salah. pekerja memang sedia maklum memang theyol kene wat keje, tp cara bos minta kerja tersebut dengan cara yang baik, dengan perkataan yang menyenangkan, akan buatkan pekerja bawahan melakukan tugasan tanpa rasa berat, malas or rasa nak maki. mungkin tak semua orang kisah akan hal ni... but trust me, cara kita meminta, cara kita treat orang akan merubah persepsi orang terhadap kita, dan cara mereka melakukan sesuatu untuk kita.. faham??

kes lain plak. seorang tua, yang cengeng, bengis, pemarah, dan kedekut.. (contoh kes ok..tapi realiti hidup, aku rasa ada orang tua macam ni kan..) tetapi tak berdaya untuk menguruskan diri..so pastinya dia akan meminta tolong pada orang sekeliling nya.. tak kira la, bibik (seorang yang telah di gajikan oleh anak-anak untuk menjaga orang tua), anak-anak ataupun cucu sendiri. so, sepatutnya bila dah rasa diri tu tak berdaya dan memerlukan bantuan orang lain, apa kata nak mengarahkan orang wat sesuatu untuk kita dengan perkataan 'tolong or please'.. contoh, "Bibik, tolong amikkan baju saya dalam alamari", "Bibik, tolong kacaukan aku air milo. nenek haus sangat." berbanding dengan, " Bibik, amik tu.." "Bibik, masakkan lauk ni..aku lapar".. pergh!! berbeza tak perasaaannya.. bila dengar pun rasa malas nak buat kerja tu, rasa tak bersemangat dan tak ikhlas nak tolong.. ada tak ras cam tu. ada tak?? haha3..

2. Thank you..

bila orang dah tolong kita, ringan-ringan kan la mulut tu ucap terima kasih.. tak rugi pun.. lagi gembirakan hati orang ada la.. ni dah la la tak nak ucap 'tolong'.. ucapan 'terima kasih' pun, lagi la tak de..ish3.. tak rasa malu ker???? ntah la.. aku sangat emo dengan dua perkataan ini.. sebab tu, aku akan ajar diri aku dulu untuk ucap 2 perkataan penting ni, tak kira la dengan kengkawan ke, adik-adik aku ker.. emak ngan ayah lagi la kene ucap yang baik-baik lagi.. perkara ni ajar kita untuk jadi lebih sopan santun dalam berbicara, jadi humble bila sebenarnya, ada perkara yang kita tak mampu buat sendiri, belajar menghargai usaha orang yang tolong kita dan bersyukur pada manusia dan Allah itu sendiri..

dan si kecik amira pun, kecik-kecik aku dah tegaskan dia untuk ucap 'ma cih' bila dia dapat susu dari uwan, or orang lain bagi pape kat dia.. and bila orang ucap 'terima kasih' dia akan ucap 'sama-sama'. benda mudah yang tak susah di buat.. 

bagi aku, dua perkataan ni mampu merubah hari-hari korang yang may be tengah stress, yang rasa nak marah je ari tu.. dan boleh wat kan korang happy bila menerima atau memberi ucapan tersebut.. cuba amalkan.. insyaallah.. pasti korang dapat merasai perubahannya.. heeee 


ok tu je bebelan aku ari ni.. yang sedang bekerja, buat keja bagi siap. aku half day ari ni.. memang kalo sok cuti perayaan, ari ni yang bekerja, keje half day jer..heee.. orite.. sELamAt HaRi RayA AidiLaDha.. ^__^

ok, tu jer..
adios!!

Wassalam ^__^ v

Tuesday, September 17, 2013

Aku dan tudung

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..
hi uols, 
today aku nak share something la kat uols my lovely readers..pasal apa?? pasal something la..tapi aku tak tahu nak describe cam ner.. so uols baca story mory aku dulu ea..heee

awal bulan ari tu, aku ada shopping online kat satu butik online ni..memang full online la, dorg tak der kedai kat atas tanah. aku memang dah lama usha baik jer tudung-tudung kat kedai dorang. memandangkan aku ni jenis kedekut jugak untuk fashion-fashion ni, so aku hold dulu la untuk spend money beli tudung kat situ. tudung dorang cantik, tapi aku tak tahu la awat mahal sangat..sob2.. so aku usha dulu, tunggu if dorg ada wat sale, aku akan grab..he3..

so, satu hari tu, dorang wat sale, satu helai around...hurmmm..range harga aku bleh beli la..so, aku pun wat order.. tanpa pengetahuan suami.. ha..suprise la kononnya..nak cantik berfashion depan suami kan..kononya la.. tapi aku wat order ngan pemilik page kedai online, tapi aku deal ngan agen dia, pas tu aku bayar..

TAPI..ha..ni yang nak citer..
sebelum tu aku nak bitau la..selama aku shopping online ni, tak pernah aku tak puas hati dengan setiap barang yang aku beli.. alhamdulillah kesemua tuan kedai online layan aku baik, bagi barang and service yang baik..Alhamdulillah..so, if uols g page kedai online yang aku story ni, bila uols tengok berapa ramai yang like page dia, sure uols rasa barang dorang okey dan service pun okey.. so ni ceritanya..

bila aku dapat tudung, alhamdulillah..tudung dorang memang cantik, dan best pakai..TAPI..im very disappointed dengan service yang diberikan.. dan perkara pertama yang terluah di hati aku, "first time aku tak puas hati bila shopping online"

so, esoknya aku email pemilik page untuk luahkan ketidakpuasan hati aku terhadap service yang dorang berikan.bukan produk ea..service.. tudung dorang memang cantik.. pong, pang, pong, pang aku story dalam email aku..dari A to Z, tentang apa yang aku tak puas hati...fuh lega..

dan pada hari yang sama aku dapat reply email dari owner page, di mana beliau minta maaf dan menerangkan kedudukan keadaan yang sebenar. so, terubat la hati aku yang duka lara ni.. its okey, lagi pun actually it is about minor problem jer.. so tak yah nak besar-besarkan.. tapi bagi aku yang agak cerewet pasal service ni, perkara ni mesti perlu ditegur at least sebagai peringatan pada tuan kedai agar tak ulangi kesilapan yang sama pada customer lain.. aku ni tak dak cerewet melampau, ada org lagi cerewet dari aku tau..hahaha3..

pas tu..ha..pas tu.. last week..hari khamis lepas, cik suami tetiba kol (time tu cik suami cuti, dia balik semenanjung) time aku ada kat office. katanya ada barang pos laju hantar. dan dia tanya aku, ada beli barang ker?? so aku jawabla tak der.. pas tu suami aku tanya la..ni ha dari Elle Zada. aku terkejut, dan tak sabar nak balik rumah..rupa-rupanya, pihak dorang hantar satu tudung baru untuk aku..aku cek email balik, rupa-rupanya dorang ada mention untuk berikan aku macam ganti rugi la sebab tak puas hati ngan service dorang... wah.. pucuk dicita ulam mendatang beb.. 

lagi la aku happy.. sebab apa, sebab apa.. 1st, aku tak sangka plak dapat ganti rugi, dan tak mengaharap pun, sebab aku fikir komen yang aku berikan pada dorang tu, masalah kecik kot.. kalo aku citer mesti korang kata, 'kecohla..pasal tu pun nak komen-komen. mengada'. aku rasa la korang akan cakap aku cam tu.. dan aku akan balas balik 'ada aku kisah?? hahaha3' 

pas tu, even tudung yang aku dapat tak sama macam yang aku beli tu, tapi aku suka sangat, sangat, sebab labuh pun labuh, cantik dan selesa bila pakai.pas tu warna tudung yang dorang bagi, kebetulan sesuai plak ngan baju nak g kenduri aku, yang baru siap ditempah, lagi berbunga riang la hati ini..cheeewah... bila citer ngan suami, kene perli, ha tu la beli tudung tak bagi tau suami kan masalah.. ha..aku tak rasa masalah pun, aku rasa itu satu rezki..heeee..

now tudung tu dah termasuk list 'my favret hijab' kat umah tu..hehe3.. so pada uols yang rajin berfacebooking, gi la page tu and like, sebab dorang ada wat peraduan SHARE & WIN.. dan mungkin hadiahnya tudung terbaru keluaran dorang.. 


SHARE & WIN! Salam sisters! Share now to win exclusive Elle Zada shawl. 10 Lucky Winners will be chosen!
Secure the date with us this Thursday for Marshmallow Shawl 02 official release! Available while stock last! 
=================================
✿ MARSHMALLOW SHAWL 02 FROM ELLE ZADA !! ✿ 
=================================
❥10 Beautiful colour combinations to choose from!
❥Can wear both sides! Double-sided Halfmoon 
❥Buy one shawl is like buying 2 ! Great bargain!
❥Supreme quality, Comfortable and Fully Covered

actually yang aku dapat dari dorang hari tu MARSHMALLOW SHAWL 01. yang ni plak 2nd version dorang.hehe3.. moga-moga dipermudahkan rezki lagi, mana tahu dapat yang 2nd version plak..heee. now aku nak show off tudung yang aku dapat ari tu..


cantik kan..cantik kan..hehe3.

ok tu jer.. if pihak Elle Zada baca belogs aku ni, aku nak ucapkan terima kasih atas gift tersebut. thank you, thank you, thank you.. ^___^ v. pada uols yang nak berhijrah pakai tudung labuh, tapi still nak fashion-fashion g la usha page ni.. mana tahu ada yang perkenan, grab la satu..heee.. 

ok, tu jer..
adios!!

Wassalam ^__^ v

Friday, August 30, 2013

Sharing is Caring : Ubat Batuk + Selsema untuk Amira

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

ni bukan entry merepek, bukan entry belagak.. ni entry aku nak share pasal kanak-kanak.. actually pasal baby amira.. heeee

sepanjang awal tahun ni, amira selalu on off tau dia punya demam, selsema and batuk-batuk la.. selang 2 minggu jer amira akak demam. batuk and selsema dia memang jarang la stop..huhu3..kadang-kadang aku yang tengok ni pun kesian, yer la budak kecik kan..mana reti nak hembus-hembus hingus macam kita kan. nak buang-buang kahak bagai.. so, kalo dia tido tu kesian la..sbb dia tak dapat tido ngan selesa kan.. huhu3

suami sangat concern pasal kesihatan amira..so dia nasihatkan, daripada guna ubat-ubatan klinik, cuba try guna petua orang tua.. aku ni jenis malas skit, yerla petua2 ni kan macam leceh kan..tp disebabkan aku ni nak jadi isteri solehah dan ibu mithali, aku pun follow la petua orang dulu-dulu.

actually, banyak jer petua kat internet ni if uols carik.. tp aku just citer yang aku wat dan alhamdulillah berkesan pada amira..

1. untuk ubati batuk - aku guna bawang putih dan minyak masak jer.. firstly, korang amik bawang putih tu dan bakar skit, tp jangan sampai hangit.. pastu tumbuk-tumbuk skit, xperlu lumat. pas tu gaulkan dengan minyak masak. then,  sapu kat dada dan belakang baby.

2. untuk ubati selsema - setiap kali lepas mandi, sapukan minyak telon di ubun-ubun kepala, belakang telinga, belakang badan, di dada dan tapak kaki baby. insyaallah baby akan terasa lebih selesa.

tu dua petua yang aku amalkan..pas tu kebetulan satu hari tu aku dan husband, g ziarah baby member. masa kat luar rumah dorang  weols nampak botol susu kambing.so weols tanya la, sape yang minum susu kambing ni. so dia cerita la, yang anak pertama diaorang sama masalah dengan amira. so dorang recover anak diaorang dengan minum susu kambing..lama jugak la minum susu tu, tapi alhamdulillah anak dorang dah tak de demam, batuk dan selsema.

so, weols pun decide nak bagi amira susu kambing. carik punya carik, pilih punya pilih last-last kami try yang ini..


Salic Goat, susu kambing buatan Malaysia, muslim product.. so, tak dak rasa was2.. he3. diedarkan oleh Muazz Marketing. harga bleh tahan la, RM 65 /500g (S/M) dan RM 70 /500g (S/S). masa beli nanti akan diberikan shaker yang comel utk senangkan susu tu hancur untuk di minum

taraaa...

  memang comel jer, sbb shaker ni kecik..hehe3.. tapi amira tak minum guna shaker la.. aku yang minum, amira punya aku shake pakai botol susu jer la..

pas tu, aku tambahkan perisa coklat dalam susu tu.. bagi sedap.. amira suka, aku lagi suka. haha3.. perisa tu sebanarnya nak mengurangkan bau susu kambing yang may be sesetengah orang tak leh layan kan. macam aku..haha2.. actually kadang-kadang pun aku minum nak bagi baby dalam perut ni ha.. susu kambing kan memang berkhasiat kan untuk ibu mengandung.. heee



ha.. ni dia perisa coklat yang aku mix ngan susu kambing tu.. Smart Coco A+ dari Fortune Resources *kalo tak silap la..* ni pun produk muslim, tiada keraguan..Insyaallah.. 

Alhamdulillah, less than 2 weeks amira minum Salic Goat ngan Smart Coco A+, batuk dan selsema amira berkurangan dan lama-lama hilang. dan demam amira pun dah kurang datang..kira amik masa yang lama la demam tu nak berulang, bukan tak demam langsung. huhu3. kalo dulu setiap 2 minggu mesti datang demam even sekejap..but now Alhamdulillah..dah tak de.. 

plus, amira makin aktif and makin bijak.. serius aku tak tipu.. weols dapat lihat sendiri perkembangan amira after amalkan susu tersebut.. bijak tu tak der macam Albert Einstein kan *nipu la tu.. tp memang nampak la amira tau banyak benda ngan cara balajar sendiri.. aktif tak yah cakap la.. tak pernah duk diam ok budak tu.. itu lebih baik daripada dia lembik duk tahan sakit batuk dan selsema dia kan.. ^___^

ni bukan nak promote. tapi nak share. moga ada manfaatnya.. atleast if korang terpengaruh, kira aku dah bantu naikkan nama muslim produk la kan..hehe3..

ok la.. tu jer..
adios!!

Wassalam ^_^ v





Tuesday, August 27, 2013

New life~~

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.

since my last entry about my sis weeding, I'm lack of idea to update my belogs..Ahaks!! nyampah dengar alasan..cakap jerla ko malaskan Qalbi..haha3.. watever!!

ok.. sebulan yang lepas which is before puasa..actually 2 hari before puasa aku start keje kat Nilai.. keje apa?? bese2 jer.. gaji pun bese2 jer.. alhamdulillah..tak stress. even jauh, redho jer la kan.. tapi siyes, aku suka keje aku, sebab memang tak stress pun..ha..tngk tengah keje pun leh update belogs kan.. ecececeh..

so, felling bersyukur lebih skit la.. sebab pasal keje ni, macam dah jadi isu kan.. yer la even orang tak cakap direct, tapi aku faham.. belajar sampai amik master tapi tak keje kan.. since aku submit my thesis hard cover, aku g banyak gak la interview even tak sampai 10 kan.. haha3.. memang tak de rezki la.. sebab g industri kan.. parents aku pun macam tak redho sangat.. dorang nak sangat aku masuk academic lane. become a lecturer... restu mak ayah itu penting kan.. lagi-lagi aku yang dah kawin ni, dah beranak dan bakal beranak lagi.. so mereka fikir, aku perlukan kerjaya di mana aku perlu ada masa untuk anak-anak aku dan family.. so, akhirnya aku di sini.. korang dapat agak tak aku kerja mana?? hahahaha3

so, pasal pengurusan anak.. pagi-pagi amira akan di hantar ke rumah baby sitter atas bantuan umi..sebab aku paling lambat g keje pukul 7 suku.. tu pun kalo naik 'bandar'. kalo naik 'cinta hatiku', by 7 am, aku dah kene gerak.huhu3.. umi g keje pukul 7.50 am. sebab tempat keje umi dekat sangat dengan umah. so pagi- pagi, before breakfast, aku akan siapkan barang-barang untuk amira g rumah babysitter macam pampers, baju, susu, botol and also dia punya selimut busuk..ho3

pas tu sarapan.. kalo bernasib baik hari tu, umi akan bekalkan aku makanan utk minum pagi or lunch..heaven beb.. umi aku sangat rajin..dia faham anak dia malas nak kuar g cafe..ahaks!!! then, peluk cium amira.. tp biasanya dia tido jer la..mana perasan aku dok gomol2 dia kan.. pas tu salam umi abah, baru gerak g keje..huhu3

waktu keje cam kerajaan la..masuk pukul 8 balik pukul 5. besenya aku lewat skit kuar, cover waktu ngular aku kat office..haha3.. tak la, aku asar dulu.. kemas2 baru balik.. so bila dah keje ni, rasa penat dia lain macam skit. malam by 10 aku dah ngantuk. tp amira masih aktif, tak nak tido..huhu3

setiap petang, aku sampai umah, masa masih dalam kereta aku akan cakap dengan diri aku.. segala masalah kat office tinggalkan jer dalam kete ni, segala kemarahan ko pasal pengguna jalan raya yg selfish, letak je dalam kete, pasal masalah banyak lubang kat jalan raya, yg ko tak sempat elak and boleh sebabkan aliment kete ko lari, cmpak yo la jauh2..jangan bawa masuk rumah..

buka pintu, nampak amira kat depan pintu..senyum2 minta nak main kat luar rumah..haha3.. bahagia la rasa nya tau.. pas tu peluk2 dia cium2 dia..dukung2 bg lambung skit..haha3 larat la sangat..amira dah berat tau.. huhu3.

so esoknya, rutin yang sama. tp aku akan pastikan esoknya lebih baik dan lebih positif dari semalam..insyaallah.. 

ok..tu jer.. tolong doakan aku jd anak solehah, mummy mithali dan berjaya dunia akhirat..aminnn..

k, tq, bai..

Wassalam

Sunday, July 7, 2013

Kisah Weekend aku yang kurang superb

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Lepas aku godek-godek and buat try and error alhamdulillah, dapat gak update post aku..huhu3

ok.. citer weekend ini.. majlis kawin kakak dan adik aku kat umah Bahau..  (umah family aku, family besar dgn 6 orang adik beradik yang lain). dalam family aku ada dua orang jer yang baru kawin, abang aku yang sulung dan aku. pas tu bulan 5 lepas, kakak aku no 3 nikah dan semalam, adik aku no 6 nikah dan wat majlis langsung sekali ngan kakak aku..

ok.. malam sabtu tu, amira bleh plak demam.. sian anak aku, dan malam tu before tido, aku tlg kemaskan bilik kakak aku no 3. so dah bilik berhabuk bagai mcm dah setahun tak kemas, aku bersin teruk macam starting nak demam. and tambah dengan batuk perit lg, so comfirm aku rasa aku akan demam esoknya.. ujian-ujian.

so, hari sabtu tu, siap-siap suma. tepat 10.30 pg, pengantin laki datang. pung pang pung pang..nikah la adik aku.. time dia start salam-salam mak ayah aku, ngan orang2 lain.. tetiba aku sedih..awat adik aku tak jumpa aku kan..haha3.. sengal nya adik.. so.. ntah la.. aku sedih dan betul2 sedih.. bukan sebab dia tak salam aku ker apa kan.. tapiiiii...

hurm.. sebab dia dah kawin... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dulu masa kakak aku no 3 tu kawin aku tak sedih pun.. tapi masa adik aku no 6 ni kawin, aku rasa macam sedih dan kehilangan.. ewahhh.. gedik!! sampai time aku taip post ni pun air mata aku mengalir *sengal, lap air mata*

dalam ramai2 adik aku (aku ada 3 orang adik, laki bawah aku no 5, Fikri, no 6, Ila dan bongsu Nadia) aku rapat..rapat gak la.. ngan Ila.. ngan dia aku melaser, dia laser aku balik.. aku merajuk.. haram dia nak pujuk.. masa si laki ni nak kawin ngan dia, aku bantah.. haha3.. jahat giler..

actually, adik aku dia baru habis wat diploma. pas tu may be dia nak ikut abang dia Fikri ni sambung blajar kat Mesir. dan husband dia pun kat Mesir gak.. tapi dah masuk tahun 2, Ila plak baru nak start.. so aku mula-mulanya risau.. dia nak ikut aku la kononnya.. kawin masa belajar.. tapi kami berbeza.. aku kawin masa aku 1st year wat master.. dah habis wat Degree. dan suami aku Final year wat Degree.. dan dalam usaha mencari kerja. Alhamdulillah. dan kami belajar dalam negara di mana dekat ngan family.. tapi adik aku dan husband dia, baru nak start belajar, dan kat luar negara. aku takut, macam-macam yang akan berlaku dan boleh berlaku.. tapi aku tahu, aku bukan Tuhan yang boleh menentukan takdir seseorang.. so lepas apa yang adik aku pertahankan, aku terima jer la dia nak kawin. aku akan terus doakan dia, apa sahaja ujian yang melanda dalam hubungan mereka aku harap adik aku kuat, tabah, bijak dalam hadapi suma rintangan tersebut, malah lebih kuat, lebih tabah, dan lebih bijak dari aku..huhu3.. tapi aku tetap ingat kan adik aku, even dah kawin pun.. still teruskan belajar..formal or unformal.. husband dia mesti pastikan adik aku habis belajar. at least suami dia ada degree adik aku pun mesti lepas degree.. (kalau adik aku baca ni, aku harap dia tahu aku sayangkan dia)

aku rasa last aku nagis pasal dia masa 2010 tak silap aku.. masa kecoh H1N1.. sebabnya adik aku suspek kene penyakit tu.. masa tu aku dah la tengah nak siapkan final year project aku.. ada satu malam tu, we ol calling-calling. dia kat hospital masa tu..dan aku kat UTM. aku sedih sangat masa dia kene tahan ward, aku risau sakit dia tu akan ganggu SPM dia. tp tak per la..aku just harap dia selamat dari penyakit tu.. dan dapat teruskan hidup dengan baik.. aku nagis, dia pun nagis.. aish..drama betul.. =P

yang kisah lain plak, aku tak nagis tapi aku marah dia kaw2.. beberapa minggu before dia kawin. aku duk tanya dia, apa citer persiapan.. dia cakap la..pening la stress la, macam2 tak siap lg.. ok..aku bg cadangan itu ini.. pastu suh dia wat check list..ok, t dia wat. pas tu aku off tipon.. pas tu next week aku tnya perkembangan persiapan. ha.. stress lagi, sampai jerawat dah naik muka.. ha.. aku tnya la.. check list dah wat lum.. jawapannya BELUM.. memang time-time tu kene fire ngan aku.. time tu gak aku suh dia g wat check list.. memang kene hamuk ar ngan aku..hahaha3..padan muka..aku dah suh wat awal-awal, dia tak nak..now risau jerawt penuh kat muka..padan la muka kan..hehe3.. pas tu bila dah letak tipon aku msg dia, say sorry marah-marah dia masa kol..hehe3.. aku kan kakak yang baik.. ecececeh..

ok la.. lepas sedih-sedih semalam, aku rasa demam aku mmg comfirm2 datang. so majlis jemput menantu belah abg ipar aku, aku tak g hari ni.. sbb sok aku dah start keje..Alhamdulillah..so kene wat pelbagai persiapan.. doakan segalanya dipermudahkan Allah ea.. ^___^

dan sedih nya pasal satu pic majlis pun aku tak amik guna hp aku..ha3..so aku cilok jer sape nya gambar..nah layan ea..


aku suka tengok pengatin pempuan butangkan baju pengantin lelaki..hehe3.. mcm sweet la..

ni plak, adik ipar aku duk baca doa untuk adik aku..doa bg adik aku jd isteri solehah.. and doa supaya adik aku kurang melaser.. especially melaser aku..hahaha3..

ok la.. tu jer..
adios!!

Wassalam ^__^ v




Aku tak faham

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Apa motif blogspot tak leh nak update post ni??

hangin plak aku!!


Wednesday, June 26, 2013

Lilypie.. 203 days to go!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

kalo sape2 yang cek Lilypie aku, pasti sedar apa yang sedang aku alami skang..hehe3.. so, alhamdulillah.. setakat ni, hal yang sama berlaku masa aku preggy kan amira.. tak mabuk melampau dan still kuat nak wat kerja-kerja rumah. dan yang paling best nak layan baby aktif amira..hoho3.. start semalam aku dah panggil amira 'kakak'..biar dia sedar diri skit..haha3

tp ada la pening2 skit.. ubat aku bila aku pening, sure la asam putih.. he3.. uols tahu kan asam putih, asam yg kedut2 tu.. tp putih la. ada yang warna merah kan.. pas tu makan dengan limau kasturi..pergh..perghh..pergh..masyuk sngat..

 lagi best ialah cara aku makan, aku basuh buah limau tu elok2, dan potong kepala limau tu. bagi nampak isi dalam.. pas tu buang biji-biji limau tu guna hujung pisau.. then, amik asam tu..calit-calitkan kan bahagian dalam limau..bagi berair skit.. pas tu hisap..nyum-nyum..masam-masam manis..he3..sedap sangat..pas tu, kalo rela leh makan skali satu biji limau tu dengan kuli-kulit dia skali.. sedap jugak..rasa macam makan ulam-ulam, rasa pahit, masam, manis. dan alhamdulillah..pening aku reda, dan kembali bertenaga.. kalo malas sangat nak pi petik limau tepi umah, aku makan jer asam tu..abah aku mmg beli satu plastik besar utk aku sorang.. heee (ti aku post pic, la ni tak der pic plak..vosan kan entry aku..haha3)

dulu masa kat UTM, preggy kan amira, aku asyik nak makan western jer.. sebaikla berduit kan time tu.. suka2 hati nak kluar bila, leh la layan nafsu makan tu..la ni.. mmg tak la.. aku kawal sikit la makan aku ni.. tak nak ada masalah masa preggy ni, like kencing manis la, darah tinggi la..minta-minta la dijauhkan..huhu3.. and2.. uri kat bawah..lagi satu hal..

dulu kan aku pernah warded b4 bersalin, duk wad sebab ada sakit sikit la.. aku jumpa ramai bakal2 ibu or ibu2 yang duk wad yg sama dengan pelbagai penyakit.. dan yang paling aku kesian, bg ibu2 yang ada kes uri kat bawah.. since dorg dapat detect masalah tu, dorang akan kene duk wad sampai la tiba masa untuk deliver.. dan dorang kene bedah tau..bukan secara normal..ha.. so kalo detect masalah tu 5 bulan, 4 bulan lebih la ko duk hospital tu.. bosan ya amat..aku yang duk sana tak sampai seminggu pun dah bosan tahap karma.. ni kan 4 bulan, memang tak la kan..

so to uols my lovely readers.. please pray for me..utk 203 hari yang mendatang my baby and I, sihat2 saje.. dan dapat deliver secara normal. aku harap dapat la kali ni nak deliver kat bangi..kat Pusat Rawatan Islam Azzahrah.. mudah-mudahan.. now dah start jimat-jimat kumpul duit.. harap2 impian aku tercapai.. tak nak apa yang berlaku masa lahirkan amira, berulang semula.. segan beb..malu aku..huhu3

tapi pada doktor-doktor yang tolong aku masa deliver amira.. aku ucapkan terima kasih banyak-banyak..Allah saja yang mampu balas jasa2 kalian.. ^__^

ok la.. tu jer.. 
adios!!

Wassalam ^__^ v

Tuesday, June 18, 2013

Kenapa mesti aku??

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

tak semua benda aku reti nak luah.. kadang2 nak request something ngan suami pun, aku fikir banyak kali..nak susun ayat la, nak betulkan nada la.. sbb aku malas nak argue banyak2..sbb kang terlebih argue, tertinggi suara, terbedosa banyak plakkan.. begitu juga kalau ada pape prob ngan parents aku..huh!!

sometimes, something yang aku tak nak buat, lebih kuat hati yang tak rela, tp bila orang2 penting yang request like my parents, husband.. aku rasa aku  memang kene tolak ansur.. dan akhirnya.. aku suka membebel dalam hati, meluah dan argue dalam hati aku... dan for sure la.. aku bukan jenis reti sorok memek muka aku ni.. bab tu mmg failed.. huh!

apa yg dalam hati, itu yg terpampang di muka aku.. aku bukanlah pelakon yg baik. sedangkan sebenarnya, kita ni adalah pelakon di dunia ni.. bila2 masa jer Tuan Director akan cakap 'cut' kan.. *ha..dah ke laut plak*

tp bagi aku sikap ni bg advantage pada aku, bila mana aku suka pendam.. sbb wat kan aku berfikir lebih rational instead of emotional right?? so, wat kan aku berfikir patut cakap tak menda cam ni..?? aku dalam situasi apa skang ni..?? marah ke kool?? ala..besenya marahkan..so bila aku marah mmg aku luah jer apa yg aku nak cakap.. haha3.aku rasa bukan aku sorg jer.. majoriti org cam tu kan.. so, bila marah better la diam, kalo tak nampak na bodohnya kat situ..huhu3.. tp bila aku marah dan point aku kuat utk marah, mmg time2 tu mangsa tu aku sembur.. 

so nasihat aku pada diri aku dan pada uols yg baca post ni.. bila tak puas hati tentang something, or pada somebody.. better ko pendam dulu caci maki yg ko nak luahkan.. perasaan tak puas hati tu..sbb bila ko tenang, ko akan fikir kenapa jd cm tu, kenapa jd masalah ni kat aku. kenapa, kenapa, kenapa?? tp jgn marah lg..sehinggalah ada satu bisikan aura dtg kat telinga / hati kau.. 

"apa yg terjadi kat ko, kerana Allah yang pilih kau, kerana Allah sayang ko.. sbb tu Dia nak ko di uji.sebab Dia tahu kau mampu dengan ujian itu:".

faham?? 

ok.. Bai.

Tuesday, June 11, 2013

Didik anak untuk bertanggungjawab..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

hari ni banyak kerja rumah aku berkenaan dengan baju.. yer basuh baju yang banyak.. dan melipat baju yang banyak.. even ada mesen yang boleh muatkan samapai 7 kg pun, ada certain pakaian yang aku nak basuh pakai tangan, like 'adik-adik' , tudung yang berawning and baju amira yang terover la kotornya.. 

so, aku banyak mendobi manually hari ni.. dan amira juga turut membantu, dia keluarkan baju dari dalam baldi untuk aku berus dan selebihnya.... main air.. ha3..siram sana, siram sini, pindahkan air ke satu baldi ke baldi yang lain.. lastly, aku mandikan dia terus di situ.. huhu3.. settle basuh baju tnggu nak sidai, aku bagi amira makan.. wah.. suka benar dia rebusan daging.. 2 pinngan dia balun..Alhamdulillah.. actually we ols makan skali, tp bila kuah rebusan daging tu dah sejuk, aku bau something yang aku rasa x selera nak teruskan suapan aku.. sebaikla amira still nak makan, suma aku sumbat kat dia..haha3..

dah settle kan amira, aku rehat jap.. rasa penat sangat + pening aku mai.. memang malas la aku nak wat keje.. tp gagahkan juga masak nasi for lunch untuk amira dan uwan.. pas tu aku tido, amira wat pe pun aku wat dono..serius tak larat.. dalam fikiran aku, aku teringin nak makan twister KFC tu..huhu3..

sbaik lunch hour umi balik, we ols shoot jap g KFC Giant.. dapat la Twister yg di idamkan..hagagaga.. pas zohor, aku lipat baju yang berlambak-lambak kat bilik umi sambil tonton Dangerous Love TV3 suku.. dan amira hanya main-main, dan sngat merisaukan bila dia naik atas katil nak kirai balik baju2 yang aku dah lipat.. so geram okey.. dah tu dia minta bedak yang ada atas almari.. so aku bagi la kan, nak suh dia diam dari menangis.. ha hamikkk!!.. lantai bilik umi dipenuhi dengan tepung bedak.. seronok la amira, mmg habit dia main bedak.. huhu3..

pas siap lipat aku masukkan baju dalam almari umi dan almari aku.. and kemas2 apa yang bersepah kat bilik aku.. tiba-tiba.. dang!! 

butang-butang baju dah terabur dengan kotak kayu yang dah kosong di tangan amira.. redo jer la.. pas tu amira depa2 tangan sambil sebut..

"nen..nen..nen"

pergh!! dah wat salah selamber jer nak nen ea.. ni nak kene beri pengajaran ni.. biar amira tahu erti tanggungjawab.. ha.. pe lg, aku suh la amira kutip balik butang-butang baju yang dia dah taburkan and masukkan semula dalam kotak.. niat aku nak test dia, samada amira faham or tak pe yang aku minta.. kalo dia tak faham, memang aku la yang kene kutip kannn..

Subhanallah..aku kagum.. satu-satu butang amira masukkan ke dalam bekas kotak kayu.. aku minta dia kutip satu-satu.. dan selesai.. hehe3.. *aku tolong jugak tau..* aku amik amira dekat pada aku, dan aku kiss dia tanda aku kagum dengan ciptaan Allah ini.. 

"ok bagus sayang mama.. dah jum g dapur wat nen.."
"nen..nen..nen"

kami berpimpin tangan, dan amira senyum happy sebab bakal dapat nen, dan aku juga senyum gembira sebab bilik dah kemas hasil kerjasama bersama..hehe3..

Wassalam.. ^__^ v

Sunday, June 9, 2013

bercuti dari berbelogs.. sementara jer..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

lamanya aku cuti dari menulis kan..haha3.. besela ada satu masa aku memang bersemangat nak bercerita, nak menulis. tapi baru-baru ni aku rasa macam tak larat plak..apasal?? ok nnt aku citer..

actually suami baru saje pulang ke KK. hurm..hari selasa yang lepas. seminggu saje beliau cuti. so selama seminggu itulah suami amik peluang untuk bertemu semua keluarga yang terdekat. sampai sahaja, beliau akan stay di Seremban, di mana aku dan amira menetap sekarang, bersama umi dan abah. suami balik kali ni kerana menghadiri training dan meeting.. pas tu sambung cuti..dah alang-alang kan..

hari pertama ke kuala lumpur, hari kedua ke johor.. so kat johor kami stay di pasir gudang, rumah pakngah abang. disebabkan seharian kami travel seremban - johor, so we ols decide utk stay semalam di rumah pakngah abang. hari ke tiga barulah shoot balik melaka. beberapa hari before suami balik semenanjung, amira agak cengeng sdikit. tak boleh tido ngan lena if tak der air-cond or dalam suasana sejuk yang selesa. dan masa malam we ols stay kat umah pakngah, malam tu amira nagis2.. dan seperti yang di jangka kan. aku kuatkan kipas smpai level 5, baru la amira tido sampai ke pagi..haha3.. sebaikla faham, kalo tak menagis jer la si comel tu sepanjang malam..huhu3.riso gak.. so masa otw balik kampung melaka, aku cakap ngan amira..

"sayang, kat umah nenek ngan atok, jangan wat hal ea malam2.. jangan nagis sebab panas tau sayang"

alhamdulillah, 2 malam kat melaka, amira tido lena. hurm..x jugak. hanya malam kedua jer dia tak jaga malam. malam pertama dia jaga, may be sebab tak selesa kipas direct ke muka.. mane taknya, aku pun tak selesa, sakit tekak kot malam tu.. lepas tukar posisi tido baru rasa lega..huhu3.. kat melaka amira kuat makan, sebab aku rasa la, dia jeles tengok pak cu dia makan kot.. haha3.. lg best nenek dia suap..and..and..  amira suka sangat makan kerepek-kerepek yang nenek dia buat.. nenek amira mmg jual kepek..lagi2 nak raya ni kan, memang laku la.. ni aku nak order..nak wat bisnes utk raya ni.. hehe3..

3 hari di melaka, hari ke 3 kami g kenduri kawin member matrik aku.. pas tu balik kpg utk kenduri sedara belah mak bahau.. seronok la makcik-makcik amira jumpa dia.. and lg best malam tu kami tido bahau, sebab jalan nak balik seremban dari kuala pilah, tahap jem tak hengat..stress aku..ntah apa yang leh wat jem.. sedangkan cuti2 mane ada construction kat bukit putus tu.. stress aku.. jalan dah cntik, dah tar lg.. awat nak jem lg kan.. tak faham den.. huhu3

hari ke-6 baru balik seremban semula.. abg stay semalam di seremban, dan pagi esoknya abg balik KK ngan flight pukul 7.50 pg. sepanjang abg balik, if kami tak stay lama di seremban, mmg jarang la aku masak utk abg.. kadang2 memang gantung periuk..haha3.. sebab kitaorg slalu travel.. if abg balik, dia akan jumpa semua keluarga terdekat kami.. umi dan abah (family seremban, ni belah aku), emak, abah, family maklang (family melaka, ni belah abang) dan emak, ayah dan adik beradik aku (ni family bahau, family belah aku).. ha kau.. sampai 3 family kan..seboleh-bolehnya, setiap rumah abg nak tido, walaupun semalam.. yer la bukan selalu kan..sebab tu, kami selalu travel bila abang balik..hehe3.. so kalo aku masak, besenya aku tolong2 jer emak mertua aku kat umah melaka, sbb aku tahu, abg mesti nak rasa masakan mak tersayang kan..heheh3.. *alasan.. ckp jer la ko mmg mlas masak*

ok la.. tu jer, citer sepanjang aku cuti daripada menghapdate belogs.. jum layan pic dulu ea..

dah adios..

my baby with her pak cu.. salah satu sebab amira suka balik melaka, sebab umah nenek banyak barang permainan suma pakcu punya. so amira akan berebut ngan pakcu dia macm permainan tu dia yg punya.. hurm..sampai pakcu leh nagis gak tau..haha3..budak2 besela..

pas amik papa kat LCCT, we ols singgah kat kedai makan best di Jalan Labu.. mee kari dia superb.. cer try gi ea.. hehe3

posing manja pas baru bangun tido..

peringatan buat papa, "amik pic amira cantik-cantik ea..". time ni kat umah pakngah pasir gudang.

may be rupa 2nd baby aku cam ni kot.. harap2 dapat boy.. sepasang..leh amira wat gusti.. eh tak.. wat main, belajar ngaji sama-sama..

ni dalam kereta viva cinta ku.. aku letak car seat amira kat belakang. pas tu time dia tido aku pindah kan dia kat belakang.. haha3.. tido la sorang2.. 

Wassalam ^__^ v

Thursday, March 28, 2013

Quote #4

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

bagi yang sedar mengejar impian teruskan kejar sampai dapat...
ok tu jer.. babai

Wassalam ^__^ v

Pengalaman Temuduga Industri

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

22 Mac 2013

Petang tadi aku dapat kol dari satu company untuk interview . So tak pe kita redah jer dengan persiapan yg terbaik..Insyaallah tu azam aku..

Mlm tu aku mencarik maklumat dan of cos aku akan berbincang dengan penasihat aku.. Owh hari ini, even dia sedikit lambat reply msg aku, x der dgr plak dia marah2 frust tentang serum lg..Aku rasa pasti dia dah jumpa serum yang lain pulak..hehe.. 

Ok.. Nnt aku smbung pas aku dah lepas interview k.. Babai

*******

26 Mac 2013


Temuduga hari selasa lepas, adalah temuduga kedua aku dalam bidang industri. First interview kat Nilai lepas hantar spiral binding thesis. Yang kedua lepas hantar hard cover thesis, kat Senawang jer..Baru 2 kan..Pe de hal..Kalo tak dapat tak yah nak nagis benor la.. Buruk kan.. huhu3..

Tapi aku nak keje kat 2nd company ni.. Dah la dekat ngan umah.. Save duit minyak kete aku taw.. Dah la minyak mahal skang ni..Aku g naik basikal pun tak pe kan.. hu3.. Ok.. Abaikan..

Ok pengalaman dan tips. Bagi aku ni inteview paling sampoi berbanding apa yang penah aku lalui sebelum ini.. Nervous tu masa awal-awal, masa aku leh salah tempat temuduga.. Confident punya pasal, aku g parking jauh-jauh.. Dah la salah tempat, pas tu kene g amik balik kete and g tempat yang betul.. Sebaik la kuar awal so tak de masalah nak kejar masa g tempat yang betul.. Just, yang tak leh terima.. Make up hampir cair okeh.. arghhhh.. *ok abaikan*  Tips: survey awal-awal tempat interview + pakai makeup yang tak mudah cair.

Sampai kat kaunter mak guard dia suh isi nama dalam buku log. Aku tengok cam ramai yang datang interview hari tu tapi x sure la post yang sama ke tak kan. Ada sorang budak india ni, dia pun datang untuk interview  masuk ke pejabat sama-sama dengan aku. Cik puan management suh kitaorg duduk dulu.. Tak sempat nak panaskan kerusi nama aku di panggil.

Ok, nervous sudeyy..

Aku duduk dan bermula la sesi temuduga dalam bahasa melayu + english.. bagus!! Aku leh rojak.. sbb interviewer aku orang melayu. tapi dia mcam ketua department untuk department yang aku apply tu. Okeh.. bermula la interview..

introduce yourself
done.
do you know the job specifications of this position?
done.ok.. (aku bagi jawapan general.he3)
ok. saya bagi awak satu situasi.. kalo staf bawahan awak.. bla..bla..bla..bla..
ok.. If my staf bla..bla.  I wil..bla..bla..bla.. (kira ni soalan berkenaan dengan masalah dengan staf-staf bawahan kita la..kene fikir cepat. sbb aku tak jangka soalan ni keluar)

Pas tu ada la soalan2 lain. Aku leh rumuskan kat interview session kali ni, before kita pergi kita kene tahu pe yang bakal kita hadapi masa kerja, macam jobs spec, dan contoh situasi masalah-masalah dengan staf bawahan if kita kene jadi leader. Pas tu, soalan technical, dorang tak tanya sangat tapi kene prepare sikit-sikit, sbb masa interview dorang akan citer jugak apa company buat. so awal-awal ko kene review pasal company, product company to show that you well prepare. Cakap kene confident even ko rasa was-was. Pas tu, ko leh commit tak dengan kerja and berapa lama ko leh stay dengan company? Untuk soalan ni aku rasa dalam bidang industri memang akan di tanya if waktu kerja dorang ada waktu shift dan company tu macam  baru nak expand. So ni suma kene wat homework. Before nak redah kene sediakan perisai.. he3.


Tapi bg aku interview kali ni, aku lagi enjoy lagi sempoi. Sebab dengan interviewer ni, aku dapat gambaran banyak tentang company, cara bekerja, dan juga orang yang bakal bekerja dengan aku. Nice.. tu pun kalo dapat la kan..

So selebihnya aku tawakal saja.. Actually aku submit resume hari khamis lepas 21 hb, dan dipanggil interview 22 hb.. Gelabah aku.. Dah la tak time tu aku kat UTM lagi. balik bilik plug dalam bilik tak leh guna. Kene la aku online kat bilik TV..Semata-mata nak carik profile company and nak minta nasihat dari penasihat aku yang jauh tu..hahaha..

By the way, thank you pada yang menolong dan mendoakan terutama cik suami, keluarga dan sahabat handai.. tq so much..

ok. nak g spa la hari ni.. jum bajet kaya..hahahaha



Wassalam ^__^ v

Tuesday, March 26, 2013

Quote #3

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

di saat kamu mecari ketenangan carilah Allah..
di saat kamu mencari penyelesaian carilah Allah..


Sunday, March 24, 2013

Quote #2

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

aku ada interview hari selasa ni..
tolong doakan aku dapat deliver yang terbaik masa interview tersebut..
yang terbaik ok.. 
dapat tak dapat belakang citer..

ok nak share Quote sempena aku nak gi interview ni..heee


stuju?? 

ok..dah jum prepare..

wassalam ^__^


Friday, March 22, 2013

Kisah Serum Clinique

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Tadi aku chat ngan sorang member aku, dia tanya aku pasal serum. Owh, pasal serum aku kurang arif sikit..aku hanya tahu set penjagaan muka yang basic jer..so tak mustahil la muka aku 'cantik' sangat kan.. so aku tak membantu dia dalam hal ini..ok tak per

So, malam tadi kitaorang chat kat Fb. Aku ada perkara yang ingin dibincangkan dengan member aku ni.. kira dia ni penasihat aku la.. tanpa gaji. heee. aku copy paste email yang aku terima kat chat box kitaorang untuk di beri pandangan. Then, dia reply la:


Jap
Akn tgk exp ak jap


so aku tunggula dia. pas tu.. tiba-tiba masuk msg dia kat chat box:


Argghhh
Frust
Aku kalah bid serum kt ebay!!!!!
Serum clinique lak tu
Hisyyyy
Puas ak tunggu hingga saat terakhir
Dapat 1/3 jer dr harga
Benci btolll
Dah ar aku nk masuk lab
Frust betol
Nnti ak bg cadangan


haha.. so cute. Discussion kitaorg ditangguhkan. Dan aku harap tak der apa-apa buruk berlaku di lab member aku ni..peace ^____^ v

Arena

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi aku kuar pergi Taman U, teman member aku Lini g amik kad kawin. Pas tu planning nak g dinner ngan member lagi sorang, aku namakan dia K. Tempat dinner may be ke Ateh Corner, Taman U. Tempat tu memang famous dan aku rasa kebanyakkan budak UTM tahu di mana Ateh Corner.

Tapi tetiba Lini bitau ngan aku yang K tak tahu lokasi Ateh Corner di mana. So, weols decide lepak kat Jusco Taman U, makan kat Arena (food court dlm Jusco panggil Arena jer). Aku mmg tak kisah, bleh cuci2 mata kat Watson or Guardian pas tu kan..heeee

Sampai saje kat Jusco kitaorang jumpa depan kedai Speedy. 

K: so nak makan kat maner? aku pose ari ni..
Lini: kat Arena jer la. akan nak kuar balik semata-mata nak g Ateh Corner kan?
K: yer la. tapi Ateh Corner celah maner?
Aku: Ateh Corner kat 'payung' Taman U 
K: 'payung' Taman U kat mane plak?
Lini: uiks bape tahun dah ko duk UTM smpi payung Taman U pun tak tahu ni.. aishhh...

Kitaorng pun masuk la Arena, cari meja and duk lepak dulu sementara nak order makanan. yer la orang pose kan, akan nak order cepat-cepat.. sejuk la makanan tu nnt..

Before decide nak makan apa:

K: weh dah pukul bape?
Lini: 6.30 dah.. so, nak order makan per? kat sini dah la mahal pas tu x sedap plak..
K: Yer ker tak best.. kalo cm tu jum ar g Arena.

Aku pandang Lini, Lini pandang aku. Kami diam.. Dan ketawa kami terhambur di Arena. Si K pula terpinga-pinga tidak faham... blur.. =.='

yer la..orang pose kan.. lapar la tue... hehe3

Pas tu kitaorg kuar gerak g Ateh Corner, utk buka pose dan bergelak tawa sebelum Lini jadi isteri Nizam. hehe3

Tuesday, March 19, 2013

I have big God to solve you..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t


hidup ni tak de la senang sangat, tak de la susah jugak.. sentiasa optimis & positif terhadap hidup kita. kerana dalam dunia ni tak de masalah yang tak leh selesaikan. say to your big problem, I have a big God to solve you.. ^_^v

rasa sakit dalam hati ni.. meluap-luap untuk di luahkan.. tapi tadi dari tempat kejadian aku cuba bersabar.. sabar dan terus bersabar. even suami kol lepas kejadian berlaku, aku sehabis baik mencuba untuk memaniskan suara agar lunak di dengar oleh suami..aku cuba untuk ketawa agar dia tahu,  aku okey2 saja..dan boleh lalui suma itu sendiri

dan sepanjang perjalanan balik ke bilik, aku dok fikir sapa akan jd mangsa aku untuk aku sembur segalanya.. lalu aku terfikir dia.. yer aku rasa dia boleh.. park kete aku terus dail no dia..dia angkat fon, aku tnya dia busy tak, waktu rehat waktu tu..aku nak pinjam masa dia kejap.. 

so mula la segala citer..mula la aku menghamburkan segalanya.. segalanya.. segalanya.. dan dia mendengar tanpa rasa bosan. dan kadangkala dia gelak mungkin kerana ngomelan aku.. haha3

dan akhirnya..aku rasa bebanan di hati sedikit reda.. dan semakin berkurangan. aku mmpu fikir rasional bukan lagi emosional. dan aku admit suma itu salah aku.. tak per la.. aku fikir positif aku akan selesaikan sumanya sendiri.. dari awal hingga akhir.. 

to you my friend, you know who you are.. thank you very much 

Wassalam ^_^

Quote #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

g la terjah.. citer pasal Kasut Roda..hahahaha.. tp best ada pengajaran di situ..

ayah Matluthfi, "Abah tak takut hang jatuh. Abah takut hang takut jatuh, dan tak mau bergerak".

betul jugakkan.. =.='


ubat + masak-masak

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t




dah nak dekat sebulan lebih aku telan segala menda ni.. colourful kan.. putih purple dan hijau.. owh yer. yang berkenaan dengan penyakit aku hanya la warna putih dan purple saja. yang warna hijau tu, untuk kulit muka aku.. hehehe.... besela.. stress..sgala apa nak kuar suma kuar..so tu kira cam antibiotik for kulit.. done..

ni ubat untuk orang2 sakit thyroid. ala bila hormon thyroid dah terlebih dos dlm badan u should do something either take a medicine or cut off the kelenjar untuk kurangkan pengeluaran hormon thyroid tersebut.. dalam kes aku aku pilih untuk makan ubat walaupun 1 hari aku kene telan sebanyak 14 biji ubat berkenaan dengan penyakit aku, tp x per la dari kene operate buang kelenjar thyroid kene jugak makan ubat lepas tu, untuk hasilkan hormon thyroid. tp dalam keadaan terkawal la.. ni seperti yg Dr Azlan bitau la (doktor yang rawat aku kat SALAM ari tu.. ) tp tak dak la sebanyak yg aku makan. tp sbb aku malas bedah2 ni..so aku decide yang 1st td..hee 

bulan 4 ni plak aku mungkin akan terbang ke KK untuk menemani suami di sana.. dan malam tadi time kitaorang calling2, loving2 sebab pagi sok dia akan ke laut g 'pancing ikan', sampai la hari ahad..lama woooo.. rindu aku..huhuhu..T_T

. dia dah request nak makan macam2 bila aku kat sana nnt.. kebetulan mlm td dia masak sardin, so dia request nak ikan sardin masak lemak cili api..ha..amik kaw.. masak lemak cili api uols..ha3.. x per2..untuk suami tersayang akan ku menuntut ilmu sebaiknya dengan umi.. perghh..masak lomak cili api umi sedap kot.. x salah cikgu la aku kan..hehehe3

pas tu abang request nasi lemak dengan sambal daging mak melaka.. haha3 terbaik.. ni aku perlu menuntut dengan mak mertua aku.. (orang melaka). aku kalo balik melaka, aku jadi assistant jer kat dapur tu.. kalo masak sndiri, aku goreng sayur jer.. yang penting mesti letak sos tiram..hurmm sedap.. ^___^
sambal daging mak mertua aku memang terbaik la.. so setiap kali abang balik comfirm tu salah satu hidangan mak untuk anak sulungnya.. aku?? belasah jer la..dah sedap kan.. xleh nak diet kalo balik Melaka..hahah..

ok la..insyaallah, before gi KK akan aku practice sebaik mungkin..bab kata orang nak pikat hati suami dengan masakan kita kan.. so, yer..mmg aku nak pikat la ni kan..jampi2 dengan selawat + zikir skali, supaya hati suami lembut dan bertambah-tambah la syg kat aku hingga ke syurga.. insyaallah., dan hati baby amira juga lembut x melawan ckap mama dan sentiasa mendengar nasihat..aminnn..

ok la.. ngantuk dah.. jum tido.. jgn lupa baca doa tido + 3 Qul..ok bai



Wassalam ^_^

mama.. mama.. muahmuah

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

hari ni baby amira safiyyah gi klinik kesihatan.. appoiment dengan doktor.. aku yang baru balik UTM rasa terkilan gak..awat la aku tak tunggu satu hari untuk spend time hantar amira g klinik.. konon la nak balik awal ke UTM dapat kerja siapkan cepat-cepat dan terus balik.. yeah.. dan itu lah sebaik nya sekarang sbb aku dah x tahan everyday aku kene saman kenderaan sbb tak dak sticker pelajar.. awatnya?? aku dah 2 sem x daftar kot.. stress la cm ni..hu3.. ok tu kita setel besok.. heee.. *dah kelaut..

yer pasal amira.. umi kol masa aku kat lab. umi cakap nak wat video kol.. so aku pun kuar dari lab dan carik tempat baik untuk bervideo call. umi bitau amira sangat aktif di sana sehingga ada orang bitau umi, umi tak perlu amik herbalife untuk cergas dan kurus.. cukuplah dengan menjaga amira safiyyah..kah.kah.kah.. 

so, terpampang la pic aku di skrin telefon umi..

aku: amira sayang.. wat pe tu??
amira: mama..mama.. *dia mendekatkan mukanya ke skrin, lalu aku terdengar.. muahmuah*

amira melambai tangan, dan aku nampak dia hanyut dengan dunia nye meng'explore' klinik tersebut.. yeah amira mmg suka kawasan yang lapang.. bese la budak2.. test kaki kan.. hahaha..

syukur alhamdulillah.. even  kadang2 aku sedikit penat melayan amira, tapi ak bersyukur dia seorang yang aktif dan ingin tahu. melainkan if dia dah tunjuk 'kuasa' nya dengan nak pukul kanak2 lain aku akan amik tindakan.. owh.. dia mmg tak takut org. org yang takut dgn dia.. ahaks~~ aku suka amira safiyyah yang aktif.. walaupun aku juga perlu 2 kali ganda aktif dari dia untuk mengawal amira.. he3.. 

owh yer.. umi bitau yang tinggi amira bertambah tapi berat amira statik.. 8.2 kg.. patutla balik ari tu, aku tak kisah pun nak dukung amira.. ringan kan..hehehe.. 



amira atas boot kereta umi.. dan hasilnya boot kereta umi calar.. tahniah!!


amira dengan bonda syai.. yeah amira loves her more than others.. hehe3

tu jer. ok bai

Wassalam. ^_^

Monday, March 18, 2013

13.3.13

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tarikh bermakna buat Cik Qalbi 13.3.13.. cantik tak.?? cantik tak?? heee.. ok tarikh ni adalah tarikh di mana Cik Qalbi hantar thesis hard cover.. kira setel la pengajian master Cik Qalbi kat UTM ni..Alhamdulillah..syukur pada mu Ya Allah.. tidak semudah yang disangkakan untuk habiskan semua ini..

tapi masih tak boleh rasa selesa dan selamat.. selagi tak dapat surat confirmation yang betul- betul dah habis belajar.. kalau surat Senat dah keluar bermakna Cik Qalbi dah leh la lega sepuas-puasnya.. just tunggu hari konvo jer.. heee.. so uols.. please pray for me okey.. hopefully tiada masalah dengan thesis yang telah dijilid..

owh yea.. Cik Qalbi tengah usaha untuk mencari kerja dan bekerja dahulu sebelum sambung belajar.. yer memang ada niat.. tapi mau kerja dulu la.. heee.. please pray for me jugak ea.. agar Cik Qalbi dapat kerja dalam academic line..insyallah.. thanks uols.. ^____^

ok.. dah jum tido.. 

Wassalam.. ^_^ v 



p/s: rasa macam dah tak layak guna word cik2 ni kan.. bajet masih single lagi..heeee.. pas ni kita tukar ea..kih3.. ok tata..