Tuesday, November 29, 2011

lepas geram #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum, wat readers yg sudi menjengah blog picisan aku ni..huhu. mlm ni aku just nak melepaskan geram a.k.a meroyan jap..hahaha

aku rasa, x perlu lah aku meroyan kat FB, sebab member2 aku sure rasa... macam x logik jer aku nak meroyan pasal hal ni kan..

argh.. stress la guna online utk hntr progress report.. dalam keadaan aku cm ni.. rasa nak lempang2 jer system tu kalo dia manusia yg hidup..huhu.. awat?? bila aku dah wat, dah taip, kata dah save, aku back page balik..tngk x der.. aiyoooo.. aku dah la malas nak taip.. so copy paste jer la report yg aku dah wat kan.. x haper punya bengong, x leh paste kat dlm tu..Choi... aku hangin tul la.. huhu..

aku dah la tak leh stay lama2 ats kerusi ni..sakit la..huhu..

dah.. lega dah melepaskan geram di sini...

nak tido...

wassalam.

Monday, November 21, 2011

membina kesabaran~~~

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. =)

keadaan aku baby skang, dah masuk minggu ke 36.. dan aku sangatlah berdebar, teruja, dan tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam hidup aku... bagaimanalah agaknya bila aku menjadi seorang ibu nanti kan?? hagagag.. adakah, aku akan menjadi lebih kematangan yang melampau.. *apakah???*, lebih penyabar, lebih tabah??? hurmmmm.. just wait and see...

sejak aku bercuti ni, aku sangat happy sebab dapat berehat dengan lebih tenang.. ade umi dan abah yang jadi peneman.. I can do anything that I want..hohoho.. dan lebih perhatian.. heeeeeee... tapi apabila semakin menghampiri tarikh due ini, emosi aku selalu terganggu.. banyak perkara yang menguji kesabaran aku.. dan aku tak tau bagaimana ingin meluahkan segalanya.. kerana bagi aku aku seperti beban orang-orang disekeliling aku.. sadis... T____T

banyak perkara yang tak mampu aku nak luahkan tika ini, kerana hanya ingin menjaga hati-hati mereka.. dan akhirnya.. aku hanya memendam dan dalam diam berendam air mata.. aku sangat takut untuk menyakiti hati orang-orang yang aku sayang, umi, abah..dan terutama suami yang jauh di perantauan.. maka, apa sahaja yang berlaku.. aku hanya sambut dengan hati penuh redha dan sabar.. agar, saat tibanya masa, aku tak dikenakan khifarah oleh Allah, kerana menyakiti hati orang-orang penting di sekeliling aku..

seperti umi kata, aku sangat mudah marah.. mudah kecik hati.. namun dalam saat menanti orang baru ni, aku bina kesabaran semampu boleh..terutama bila aku berdepan dengan situasi yang sangat menguji kesabaran aku.. aku cuba untuk bersabar, dan terus bersabar.. dan pastinya air mata aku tak kering dari terus mengalir.. T__T

bagi aku, aku tak lemah.. aku bukan lemah.. hanya kerana aku perlu mencari ketabahan disebalik air mata yang aku alirkan ini... apa yang berlaku, aku tukarkan pada perkara yang positif.. aku yakinkan hati, Allah tahu pe yang berlaku, Allah tahu aku ikhlas ker tak.. Allah tahu segalanya.. aku just berharap apa yang berlaku pada hari ini, tak berlaku pada masa depan aku nanti, kerana aku nampak kesannya disekeliling aku... aku sedih sangat.. tapi sape aku untuk menghalang takdir Allah.. hamba yang kerdil dan lemah.. T___T

owh.. minta maaf untuk entry meroyan wat kali ini.. just aku berharap, aku tak nak sedih, tak nak marah selalu. kerana aku letih untuk melayan emosi aku yang sakit ni..huhu..

dah.. aku nak tido..dah lega.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang ^___^

Wassalam...



Aiskrim Crunch Nestle.. suka makan eskem ni kat UTM, bila hilang mood, bila sedih.. huahahah..nak makan eskem... 


Friday, November 11, 2011

last shopping for my cute baby~~

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

hari ni, buka FB, ader satu post dari cik suami..hahah..wat aku gelak guling-guling.. aiyooo.. salah faham sudey...
so aku x nak comment apa..so kene invi untuk beberapa hari..padan la muka..hagagaga
so biarla cik suami yang setelkan, sebab dia punya post..bukan aku..heheh.. selamat menjawab la ea..cik suami ku sayang... ayang sayang abang.. heeeeee ^_^

baru balik dari beli barang persediaan utk menyambut cahaya mata ku.. beli pampers new born, minyak telon mustika ratu. tisu kotak and pad untuk ibu lepas bersalin.. alhamdulillah..x der la over the budget.. sebab aku beli barang-barang yang penting jer td...





kebetulan.. masa beli minyak telon tu, terjumpa la jamu untuk ibu berpantang selepas bersalin keluaran mustika ratu... dengan confident nya.. aku nak beli sebab harga yang aku nampak dan otak aku scan bagi aku paham, ialah MYR 19.90. so mmg untung la..


jamu dia bnyak..ader la dalam 7jenis gitu termasuk minyak telon untuk baby... dari banyak tu, cuma 2 jenis jamu jer yang kene makan, selebihnya suma untuk luaran.. so tak der la risau sangat.. then, tunjuk kat Azim (adik sedara merangkap driver aku time aku tengah mengandung ni..hagagagag). dia belek kotak tu.. aku cakap la aku nak beli. tetiba dia bitau, ok la.. harga dia MYR 119.90... ok senyap..

aku amik kotak tu dari tangan Azim, and pelan-pelan aku letak balik kat tempat dia.. huhu.. ok, x per..next time tunggu cik suami balik baru beli..heheheh.... 

shopping time pregnant memang best even ya Allah, penat nya.. hahah.. yerla lagi-lagi tengok barang baby.. bagi bakal ibu-ibu yang dah tau gender baby, mesti lagi suka nak shopping kan..nak beli macam-macam untuk baby.. yer la, anak tu bila dah dilahirkan, ibu pasti sangat sayangkan baby kan..dah macam part of diorang punya nyawa la kan.. huhu..aku mula rasa begitu.. ala..tapi aku ni memang suka shopping pun.. even tak pregnant pun kan..heheh

tapi, orang cakap la kan..ni orang cakap..bukan aku cakap..heheh.. kalo scan, gender baby laki.. tu tak pasti sangat sebab ade kemungkinan gender dia adalah gegurl. tapi if scan gender adalah gegurl, kepastian itu adalah tinggi..heee.. nape??? hurm..aku pun tak sure.. tapi pernah berlaku hal ni, pada sepupu cik suami, doc kata anak dia boy, last2 yang keluar gegurl.. alhamdulillah.. tak kisah la kan, yang penting ibu dan anak selamat... ^_^

ok, baby aku?? RAHSIA..hahah.. nanti2 aku bitau ea, after dah deliver..heeeeeee
ok, nak solat dulu.. daaaaa..

salam penuh kasih sayang..^_^

Wassalam..

belog is open again..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi dan menikmati setiap nikmat dan rahmat pemberian Mu..

aku decide nak open balik belog aku..hahah.. awat?? sebab....sebab.. sebab.. ntah..heheh.. tak semestinya semua menda perlukan sebab kan.. dan tak semua perkara perlu diceritakan..heheh.. wat so ever la...

ok.. pembukaan entry aku kali ni.. just nak wat announcement.. heheh.. I'm mama wannabe.. alhamdulillah.. tak lama lg jer.. hehehe.. mudah-mudahan segala dipermudahkan Allah.. amin.. now, aku dah start bekerja di rumah.. dah hmpir dua minggu aku di Seremban. awal minggu ari tu, macam busy skit..sebab prof aku merangkap sv aku nak document macam-macam..heheh.. aku kan suka wat keja last minit.. so alhamdulillah..selesai dengan jayanya.. heeeeee

percaya atau tidak, aku adalah wanita yang mengandung, yang mengharungi kehidupan aku sebagai bakal ibu tanpa suami di sisi??

aku tak pernah terfikir yang aku akan mengalaminya dan melaluinya seawal usia aku ini, dengan mengandungkan anak yang pertama. aku sendiri tak sedar yang aku sedang alami saat itu sehinggalah kandungan aku dah masuk 7 bulan dan semakin membesar.. aku rasa keseorangan sangat di UTM, even ader sahabat belajar dan seusrah yang sangat care terhadap aku.. alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka pada aku.. aku sedikit malu dan segan dengan mereka.. maafkan aku wahai sahabat-sahabat ku kerana menyusahkan kalian... T_T *mode: terharu..*

keadaan aku sentiasa dalam emosi dan mudah terasa hati terutama denagan orang yang paling aku sayang. kerana ini anak pertama.. dan kami jauh.. kadang-kadang aku tak nafikan, sakit yang aku tanggung buatkan aku menangis sendiri tanpa dapat aku luahkan melainkan pada Allah yang memahami..kerana aku tak nak mengeruhkan keadaan.. Alhamdulillah pada Nya ada ketenangan dan kekuatan.. aku tak rasa sunyi sangat.. pada saat itu, saat aku emosi dan sakit, aku rasa ingin sangat di manja, dan diberi perhatian. namun, aku usahakan untuk ketepikan kehendak hati kerana banyak lagi yang menuntut perhatian aku.. kerja + study..huhu.. maka aku tahankan hati dan memendam rasa..harapnya boleh dilupakan segalanya..agar hati ini lega, tenang dan bahagia..

Alhamdulillah..setakat ni..aku masih mampu tersenyum, tersenyum dan tersenyum dengan kehidupan aku sekarang.. dan dalam jangka masa menanti tanda kasih dan cinta bersama cik suami.. Alhamdulillah.ada umi dan abah di sisi yang menemani..walaupun suami jauh di sana.. aku redha.. aku tau di sana juga dia merasa risau melihat keadaan aku.. namun, inilah namanya ujian.. ujian dalam kehidupan berumah tangga.. ^_^

so dalam masa duk di rumah, aku banyak menimba ilmu yang luar dr bidang kajian akademik aku.. ilmu agama, ilmu perbezaan antara laki dan perempuan, ilmu bagaimana nak jaga baby, ilmu nak kuruskan badan pas bersalin, ilmu berpantang.. masyaallah.. banyak sangat yang aku tak tau.. dan aku yakin, apa yang aku tau skang ni, adalah sangat-sangat ciput kan.. huhu.. x per2.. jum sama-sama doa semoga Allah sentiasa tambahkan ilmu kita, dan kurniakan kefahaman untuk setiap ilmu yang kita perolehi dan dapat manfaatkan nya untuk bekalan di akhirat nanti...aminnn ya Allah.. ^_^

now, aku ngah baca buku ni, Men Are from Mars, Women Are from Venus..

ni la buku dia.. famous kot..hagaagaga

ok..aku rasa macam terlambat nak baca, sbb patutnya before kawinkan aku baca tapi lepas kawin baru la merangkak-rangkak nak baca.. huhuhu..buku ni hadiah dari my best fren forever... Atiqah Kren.. kren, sbb dia keja kat kilang wat kren..heheheh.. nama dia sebenar, Nor 'Atiqah binti Mohd. Nurulhuda. hehehe.. tahun lepas dia bagi for my besday, sampai tahun ni, x habis-habis lagi..heheh.. buku english version ni, mmg merangkak skit aku nak habiskan.. kalo di bagi novel Ramlee Awang Mursyid.. comfirm satu hari leh khatam..hagagaga.. sengal..

kenapa aku baca??? cos aku nak memahami lelaki yang sekarang ni merupakan suami aku.. laki dan perempuan kan banyak perbezaan nya.. so dengan perbezaan, macam-macam perkara tak best yang boleh berlaku sebab salah faham kan..so, aku akan usaha ape yang termampu untuk memahami dia, dan bahagiakan rumah tanngga kami hingga ke syurga..aminnnn ^_^ 

aku pun berharap one day dia akan baca buku ni, dan memahami wanita yang menjadi isteri dia. heheh..leh kan sayang?? mana tau, abang rezki murah kawin 2 ke, x der la pening kepala nak handle isteri kalo macam-macam ragam kan..heheheh *ok..just kidding.. =P*

ok..mama wannabe mau rest.. hehehe.. tu jer.. nites uols... ^_^

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^

Wassalam..