Tuesday, May 31, 2011

rintihan hati #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Tuhan ku 
aku rindu dia..
sangat-sangat rindu dia..
berikan aku kekuatan menahan 
kerinduan ini ya Allah..
T_T

Sunday, May 29, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...


Assalamualaikum...

lama jugak aku tak hapdate this belog.. after seminggu bercuti dengan suami dan family, barulah hari ni aku berpeluang nak jengah-jengah the belogs..huuu... ok.. actually, tertarik dengan satu segmen yang di anjurkan Blog Pilihan Malaysia.. hehehe.. so aku gedik2 la nak join kan.. orite..

so pada uols yang berminat gedik-gedik nak join..leh usha link ni
|
|
|
v

dalam segmen ni, banyak kategori yang dipertandingkan.. i likes..heeeeee.. and aku rasa aku sangat la layak untuk join kategori Blog Personal Isteri Pilihan.. terima kasih sesangat la pada admin sebab sudi wat kategori ni.. barulah aku sentiasa ingat diri ni, dan belogs ni kepunyaan seorang isteri yang comel suka berceloteh..heeeeeee

belog ni di lahirkan pada 16 Januari 2011.. 16 hari selepas aku menjadi tunangan Cik Amir Akmal Ibrahim, di mana dia sekarang adalah suami ku, insyaallah dunia dan akhirat ku... actually, ni adalah belog kedua aku. dan belog ni tak sampai setahun.. aku wat belogs ni untuk suami aku yang tersayang kerana itu adalah permintaan dia.. so, sebab dah sayang.. aku tunaikan jer la.. heeeee.. apa saje yang menggembirakan dia, akan aku cuba usahakan sebaik mungkin.. ^_^

per yang best pasal belogs aku??
 hurm.. bese jer.. belog seorang isteri, lebih kepada private belog.. selain luahan hati, cerita sebuah kenangan, kisah hidup seharian, belog ni juga aku gunakan untuk aku share pendapat dan sedikit ilmu yang aku ada... besides that, dengan meleletakkan links belogs kat tepi ni, aku boleh usha belogs favret aku untuk mengelakkan kebosanan aku yang hanya menghadap jurnal sains setiap hari.. heeeeeee  (yup.. aku still student lagi... heeeee)

so, aku nak ucapkan selamat datang kepada viewers baru, yang sudi jengah-jengah belog aku.. terimas.. heeeeeeeeee ^_^

Semoga Uols Sentiasa Optimis Dan Positif Dalam Hidup Ini.. =)

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^

Wassalam..





Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru uNtuk GurU-guRu dan Untuk Aku

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

apo khabar uols yg sedang usha belogs aku.. hehehehe.. terima kasih sebab sudi ziarah, even aku dah lama tak hapdate belogs kesayangan aku ni.. heeeee.. memandangkan semalam 16 Mei 2011 merupakan hari penghargaan buat guru-guru kat Malaysia ni.. so aku terpanggil untuk membenarkan jari jemari aku menari di atas keyboard ni.. nak story about Teacher's Day.. heeeee

first of all.. i nak wish.. happy, happy, happy Teacher's Day kat semua cikgu-cikgu dalam ini Malysia.. terutama, to my mum.. Cikgu Hasnah, makngah aku, Cikgu Faridah, mama aku (mak tih) Cikgu Nurul Zita, baba aku (paktih) Sir Ahmad Liza (cikgu english la kata kan..) dan umi aku.. Ustazah Azizah.. gituewwwww... umi ni, cikgu pada anak dia.. aku la kan.. kecik2 dulu, umi la yang didik aku sampai la aku besar gedabak ni..huhuhuuuuuu..

teringat la pulak, tahun lepas masa hari guru hampir tiba, ade kenduri kat umah aku.. ala.. keduri family..kecik2 jer.. kitaorang selebrate hari guru kat umah aku.. semua guru-guru dalam family aku.. dijemput potong kek sama-sama.. yang paling best before potong kek leh plak nyanyi lagu tema cikgu-cikgu malaysia.. "kami guru malayasia.. bla..bla.. bla.." (aku tak hafal.. huh)

dan semalam merupakan kali kedua aku meyambut hari guru untuk diri aku sendiri..heeeee.. uols tau kan aku cikgu tusyen..heheh.. tak sangka aku.. guru tusyen pun, anak-anak murid ingat..ingatkan dorang hanya ingat cikgu-cikgu sekolah jer kan.. huhu.. aku sangat la terharu malam tadi..

as usual.. selasa malam aku ada kelas untuk budak form 1.. laki jer dalam kelas tu..memang haram jadah la nak wish teacher's day kat cikgu diaorang yang cumil kan.. (ok..sila muntah... ) tak pa la. aku sedar diri..cikgu tusyen jer kan.. huhu.. but suprise... before aku tamatkan kelas malam tadi.. student dari kelas form 2 merangkap students aku gak kanszz.. masuk kelas aku.. then hulur tangan and wish me 'Happy Teacher's Day' teacher.. huhu.. dalam tangan salah sorang student ade kotak kecik.. tertera atasnya, nama students aku.. yang share budget untuk hadiah tu.. aku yang awalnya.. rasa sakit-sakit badan.. terus happy dan tersenyum sampai la aku balik bilik..dalam hati.."tak sangka cikgu tusyen pun dorang ingat kan.. heeeeeee ^_^ terharunya.." nak tau per dorang bagi??? tadaaaaaaaaaaaa....


ni hadiah yang aku terima.

ni pulak hadiah sebenar.. nice.. leh letak kat meja studi kan..heeeeeee

FYI, tahun pertama aku sambut hari guru, di mana aku yang jadi cikgu time tu.. masa tahun 2007, dimana aku di tawarkan jawatan sebagai usatazah.. ustazah beb.. ajar agama.. ada caya x sama aku?? heeeeeeee.. kelas dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. sekolah swasta kan.. dan aku sangat tak sangka, aku sendiri berpeluang nyanyi lagu Guru Malaysia tu, di hadapan ratusan pelajar sekolah pada waktu tu.. yer la dulu, aku yang dok kat tempat doramg, tengok cikgu-cikgu nyanyi..sambil ngumpat2 kat belakang kan.. ha.. now aku pulak yang nyanyi.. sure stduents aku pun ngumpat aku.kan..ahakzs... ader aku kisah?? hahah

pada hari tu, terasa diri ni sangat di hargai macam artis wooo.. walaupun aku hanya mengajar 3 minggu jer kat sekolah tu.. tapi 3 beg kot aku bawa balik hadiah. famous kan aku..cikgu comel kot.. hahaha (ok..sila muntah) . now semua hadiah tu aku letak bawah katil dalam kotak.. hope bila dah ade umah sendiri nnt, bleh la aku hias kan kat umah aku.. heeeeeee...

aku tak tau per khabar students aku skang ni.. tapi yang aku ingat, sorang student ni.. dia berjaya dalam peperiksaan agama dia.. bila dengar khabar tu dulu.. aku bersyukur sangat.. even tak banyak membantu dalam kejayaan dia, tetapi sebagai seorang yang pernah menjadi guru dia.. aku rasa gembira melihat kejayaan dia.. =)

hurm.. dan cikgu-cikgu aku dahulu.. ketahuilah.. kalian sangat berharga buat aku.. kalo cikgu-cikgu tak korbankan masa ajar aku, membebel kat aku menda-menda yang baik.. ntah di mana la aku skang ni kan.Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku guru-guru yang sangat baik.. yang menunjukkan aku jalan jadi insan berguna, isteri yang solehah.. dan bakal ibu yang mithali.. aminnn ya ALLAH..

sampai bila nak jadi cikgu tusyen ni?? hurm ntah la.. aku planning nak berhenti.. nape?? hurmm nnt la aku story morry.. dah.. tata.. thank u membaca..

salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Wednesday, May 11, 2011

suPrise yaNg nekaD

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. hanya itu saje yang mampu aku ucapkan tatkala ini.. bila dikurniakan kebahgiaan, kegembiraan yang hakikatnya semua itu milik Allah.. terasa kerdil nya diri ini, kerana tanpa pertolongan dari NYA, pasti apa yang aku cuba usahakan pasti akan menyedihkan aku kembali.. namun kerana aku yakin dengan NYA.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kegembiraan dan kebahgiaan... yang penting aku sangat happy ini ari..heee

ok.. plan awal nak wat suprise la kononnya kan buat suami tercinta ecececehh... hari ni (10 Mei 2011) suami ader presentation FYP kat fakulti dia.. mula-mula dapat tau, aku tanya nak datang boleh..? jawapannya mudah.. "x perlu la sayang.." ok full stop..aku senyap. malas nak tanya lebih-lebih ti jadi isu..hahaha..

tapi besa la.. orang bernama Nurul Fatiha Qalbi Kamarudin, memang sorang yang nekad kalo nak wat keja2 merepek ni kan.. dengan alasan aku nak sangat tengok suami present and defend hasil kerja dia.. x pernah tengok kot.. so may be ini yang pertama dan terakhir..huhu.. so nekad nya pasal aku redah wat plan ni.. 

actually, before wat plan ni, aku dok tnya kawan baik dia Sidiq, tanya rumate aku, Hana.. tanya umi aku.. and also tanya Bela.. tp Bela nya respond la macam tahap longkang.. kenapa?? bleh dia cakap.. "ish ko ni, kot-kot ti ko datang dia fail.." memang cam longkang kan.. hahaha hamik ko Bela.. kan dah kena sebijik ngan aku..hahaha.. tapi xper.. aku tetap sayang ko ea.. hehehe.. umi pun risau, takut2 kalo suami tak redha ngan suprise aku, ti gaduh..huhu.. memang aku cuak..SANGAT..

tapi.. argh nak jugak wat.. hagagaga.. so aku beli la siap2 hadiah untuk menambat hati suami tercinta.. maaf ea sayang gi beli hadiah tak bagi tau kamu.. nama pun suprise kan...heeeeeee...

tadaaa...

ni bantal khas untuk suami bawa gi kerja nanti.. hahah budak2 sangat.. hagagaga tp comel.. bear tu macam kitaorg berdua..heheh

ni plak kad kecik luv-luv untuk tatapan suami...

dalam ni pulak ade surat cinta..smpul surat made by my hand yang sangat la tak reti art..huhuhu.. surat minta maaf buat suprise.. takut tetiba pas tu suami tak redha.. nahas aku kan..huhu..

ni set hadiah aku untuk suami.. heee

so pagi tu.. gi redah fakulti suami.. cari tempat dia wat presentation.sampai jer, sebaik la suami tak start lg presentation nya.. ingat nak suprise kan suami, kononnya tak bagi suami perasan la aku datang kan.. last2 kat bilik tu hanya ade satu pintu masuk jer.. so terpaksa la aku masuk bilik tu kalo tak x dapt la aku tengok dia nyer perbentangan kan.. then, bila bukak pintu nak masuk tu, suami nampak.. dia senyum jer.. heheh.. phew.. lega aku.. maksudnya positif..suami tak marah aku datang..heheheh

bla..bla..bla.. suami nyer turn.. about corrosion inhabitor.. kalo tak silap.. heheh.. macam aku present FYP lu..cepat jer cakap.. hehehe.. xper2.. yang penting abang dah try the best kan..hehehe

then, malam gi dating ngan suami n kawan baik suami.. makan pizza.. yippe.. then, hantar suami balik n bagi hadiah besar tu kan suami.. then suami kata:

suami: thanks for everything sayang. datang bagi support kat abang pagi tadi. rasa bersemangat sangat.. bagi hadiah lagi, kad comel2..

aku: abang nervous tak bila abang present depan ayang tadi??

suami: orang muka macho cam abang ni, ada ker istilah nervous bagi abang??

aku: erk... (senyap tak terkata) hagagagaga... macho la sangat abang ni.. condifent lebih la tu..hahahah

lepas abang cium dahi aku, abang terus kuar kereta.. nak kejar sidiq studi sama-sama for last paper tomorrow.. huhu..

lepas ni, dah berani nak wat suprise untuk suami.. nak wat lg gempak la pas ni.. hohoho

ok la dah penat.. and happy sangat2.. nak tido dah.. tanpa selimut..sebab bumi kita panas sangat sekarang..huhu... =.=''

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wasssalam.

Monday, May 9, 2011

nothing special..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

nothing special on yesterday for me.. eventhough Mother's Day.. sebab.. aku dan suami tak berpeluang balik kampung untuk peluk and wish depan-depan "Selamat Hari Ibu" wat umi dan mak.. and untuk mak mertua sekali..huhu.. sadis..

but.. alhamdulillah..kredit ada..so calling sudey.. mmg x der sentimental value ker ape.. at least aku ingat..cos bagi aku everyday adalah hari mengingati parents kita kan.. dalam doa lepas solat.. dalam pape jer la yang kita wat.. mesti ingat kesan yang akan berlaku pada parents kita kan.. so.. umi, abah, emak ayah adik sayang kalian..bangat.. and for mak and abah melaka.. tia sayang kalian jugak.. thanks sebab melahir dan mendidik Amir Akmal Ibrahim, sehingga menjadikan dia insan yang berguna di muka bumi Allah ni.. thanks mak dan abah..

ok.. no bebel banyak-banyak.. aku ada agenda hari ni.. perlu deal ngan Jabatan Kimia.. hope urusan dipermudahkan.. susah gak if kerja aku kena deal dengan jabatan and fakulti lain.. aku sangat tak suka sebab kerenah birokrasi.. OMG.. pada mu ya Allah aku berserah, permudahkan lah segalanya.. aminnn..

ok.. nak solat dhuha lu.. jum yok.. =)

Salam penuh kasih sayang ^_^ v

Wassalam..

Thursday, May 5, 2011

omG.. my students!!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

aku dah pening pale marking paper students aku... ya Allah.. bukan menda tak ajar pun.. adush ai..
yang aku hangin tu summaray, dah bese buat dah.. dah wat revision one week before test.. ade lagi yang tak paham soklan.. adush ai..

lagi tak bleh bla student pro, yang asyik bajet "teacher i can do it. it is easy teacher" pun leh wat small mistake.. hangin tul aku..

dah la.. malas tengok paper ni.. dah pening pala.. huhu.. tapi bagus gak.. selamat duit teacher dr bagi uols hadiah kan.. hahahaha..

otei, selamat malam dunia.. techer dah pening pala...

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^v

Wassalam..

p/s: ade aku kisah if aku cikbu english tp dalam blog, aku camporization bahasa aku.. huhuh.. blog tempat aku membebel..ade aku kisah bahasa pe aku nk guna..huhu.. sori aku dah pening paleee... tata..