Tuesday, February 19, 2013

Catatan #1


dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

saya sekadar menulis di sini.. setelah sekian lama menyepi diri.. kerana correction thesis, tanggungjawab sebagai ibu lebih menuntut perhatian saya.. kali ini, tulisan ini merupakan catatan saya.. catatan yang saya harap dapat membacanya semula, selepas saya berjaya termpuhi ujian Allah ini..  Bismillah...


November 2012

entah kenapa perut ini terasa sakit. setiap kali saya makan, selepas tu pasti akan buang semula.. dengan pengakhirannya, d*b*r terasa sakit.. entah kenapa.. berat badan juga menurun walaupun 1kg, tp terasa kurusnya, kerana saya memang dah kurus.. dan tenaga semakin berkurang.. letih dan cepat mengah..

Disember 2012

Alhamdulillah.. sakit perut yang dialami selama lebih 2 minggu lebih sudah berkurang.. dan saya bersyukur saya sudah mampu membuang seperti biasa.. Alhamdulillah.. tenaga sudah semakin pulih..saya mampu lagi travel ke Langkawi bersama rakan untuk menghadiri persidangan akademik.. tapi apa yang saya dapati, tangan saya shacking.. selalu sangat.,. sangat ketara bila suapkan puteri saya.. Amira Safiyyah makan.. menggigil dan itu sangat menggangu..

Januari 2013

Walaupun rasa sakit di perut, dan lemah-lemah badan datang dan pergi, namun saya tetap rasa tak selesa.. lantas awal bulan saya kata dengan Umi nak pergi jumpa doktor.. Lalu, saya pergi ke Klinik Kesihatan Senawang. di sana aku disahkan menghidap penyakit Tiroid.. saya perlu datang semula ke klinik untuk darah saya di ambil untuk disahkan berapa banyak hormon tiroid (Triiodotiroksin, T3 dan Tiroksin, T4) yang terlebih keluar..dan result sampel darah akan keluar selepas 6 minggu.. dan saya memaksa diri untuk tahan segala rasa di badan.

Februari 2013

hujung bulan Januari, saya tak dapat menahan segala simptom penyakit ini. lalu saya berjumpa doktor di Klinik Tawakal, dan sampel darah juga diambil pada 5 hb, dan 9 hb saya telah dapat result darah saya.. dan saya dapati.. kandungan hormon T3 dan T3 sangat tinggi melebihi paras normal. saya disahkan menghidap Hipertiroid. doktor suruh saya dapatkan rawatn pada pakar..

pada 12 Februari pada hari genap Amira setahun dua bulan, saya di tahan di Senawang Specialist Hospital. sampel darah saya di ambil lagi sebelum saya dihantar kan ke ward. sepanjang di sana, tekanan darah dan degup jantung saya di rekodkan untuk melihat kestabilan penyakit saya. ubat juga diberikan. pada mulanya hanya 2 biji (200mg) sahaja ubat Camazol dan separuh ubat untuk kawal degup jantung saya diberikan.. pada pagi 14 Februari, doktor check saya dan dos ubat saya di tambah.. Alhamdulillah, tiada yang teruk berlaku pada saya, hanya sakit-sakit belakang. biasa la makan, tido, makn tido..hu3

15 Februari - saya berharap doktor akan discharge saya hari tu.. setiap nurse yang masuk untuk rekodkan kesihatan saya, pasti saya akan tanya, "bila saya boleh keluar?". namun nurse hanya mampu tersenyum tanpa sebarang jawapan, kerana keluar masuk pesakit, bukan bawah kuasa mereka.. sudah tentu mereka tak tahu kan..hu3.. petang tu Mama (maktih saya), Aina dan Fahmi (sepupu saya, anak pada mama) datang ziarah saya. dua beradik itu meriuhkan suasana sepi saya di hospital tu.. kemudian saya rasa lapar, dan yang ada ketika tu, hanya air coklat dan roti. so saya kacau air coklat dan cicah roti ke dalamnya.. Tak lama lepas tu, doktor masuk bilik saya dan beritahu saya yang saya sudah boleh balik, dan pesan pada saya jangan lupa makan ubat. saya tersenyum gembira sangat. ketika bersedia untuk solat asar, saya mengalami cirit birit, segala apa yg saya makan hari tu, mungkin keluar. setelah selesai, saya rasa dari perut sehingga ke kaki, sakit seperti mengalami senggugut. lalu, saya lakukan ibadah solat dengan duduk di kerusi.

setelah selesai solat saya terus naik ke katil kerana rasa perut saya tak selesa dan kaki saya sejuk sangat. sebelum keluar ward, saya cirit birit beberapa kali.. namun saya bersyukur, saya dapat pulang ke rumah bersama umi dan Amira.. 

Sampai di rumah, saya rasa lemah sangat, dada terasa sempit. saya meraih nafas.. sepuas hati.. namun dada masih terasa sempit, seperti tidak cukup udara di bumi untuk di raih agar pernafasan saya puas dan normal. saya gagahkan diri untuk solat isya' walaupun dalam keadaan duduk, kerana saya tidak berdaya untuk membaca dengan jelas smbil buat pergerakan solat dengan sempurna. terasa degup jantung saya berlari laju, sehingga terpaksa saya mencungap nafas. 

Alhamdulillah, selesai solat saya menjenguk Amira di bilik umi. dia tak nak tidur, tetapi umi dan abah sudah lena dihanyut mimpi. lalu saya ambil dia untuk tidur bersama saya. bertapa rindnya saya pada Amira, puteri kesayangan saya dan suami.

17 Februari

saya tekad untuk balik ke UTM untuk selesaikan kerja saya.. namun Allah tak izinkan. pagi itu saya terlupa nak makan ubat kerana sibuk mengemas barang yang banyak. pukul 10.30, sebelum saya gerak dada saya terasa sempit. lalu saya makan ubat yang dibekalkan, namun tidak mampu mengembalikan keredaan di dada saya.. saya menagis sambil meraih nafas. semakin saya mencuba, semakin laju degup jantung saya.. lalu, umi dan abah tak benarkan saya balik pada hari itu. saya dihantar pulan kerumah, lalu tidur berehat sehingga masuk waktu zohor..

18 Februari

saya dikejutkan dengan tangisan Amira sekita 5 pagi. setelah selesaikan urusan amira, saya tidak dapat lena lagi. lalu menemani umi dan abah bersahur, namun saya tidak berpuasa. masuk waktu subuh, saya mandi dan  berjemaah subuh bersama umi. saya iqamah dengan rasa mengah seperti tidak cukup nafas. selesai memberi salam seusau solat, saya rebah di sejadah cuba mengumpul nafas agar dada saya lega. umi ambilkan bantal untuk saya baring dengan selesa. selepas baca doa saya terus baring di atas katil.. dada masih terasa sempit.

malam saya ikut umi ke masjid. ada kuliah Ustaz Sofan. keluar saje dari kereta saya rasa mengah sangat seperti baru saje wat marathon. sedangkan saya pergi ke masjid menaiki kereta. selepas solat isya' kami sekeluarga singgah Kip Mart untuk beli pampers Amira. saya happy sangat sebab dah lama tak keluar jalan-jalan dengan umi dan abah. malam tu saya beli aiskrim sbb teringin nak makan, dan saya suka sangat perisa coklat mint. dah lama tak makan kan..

sampai rumah dada saya rasa sakit lagi. mungkin sebab berjalan tadi. saya cuba bernafas seperti biasa, tapi gagal. tekak terasa mual, perut terasa sakit. lalu saya pergi ke tandas untuk melunaskan hajat. bukan itu sahaja, saya juga muntah.. namun setelah melalui suma itu, saya berasa lega..

bersambung..............

2 comments: