Tuesday, January 25, 2011

anGah kU sEngaL

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..
actually Qalbi nak share sumthing ngan readers.. huhu.. tak tahu nak clarify sebagai apa. hurm.. xper la just story lu, nnt cubalah readers cari apa yang baik dari story Qalbi ea.. ^_^

malam tadi emak Qalbi kol. hurm..awalnya mak berbasi-basi ngan Qalbi, then, baru lah maksud niat utama mak kol malam tu.. ok.. ni perbualan kami..

"Dik, ko ada masalah ngan angah ker?"
"kenapa mak?? apa yang angah bagitahu mak?
"Angah tak bitau mak apa-apa, tapi tadi mak tanya kol angah, tanya pasal dia dtg tak majlis adik Sabtu ni. tapi dia kata 'malas'. kenapa ni?? gaduh ngan angah ker?"
"ala.. kes masa hari tunang tu la... bla..bla..bla.."

k. diringkaskan.. emak suh Qalbi kol angah minta maaf.. OMG.. pasal pe plakkan, cos angah yang mulakan suma nya.. lagi menyakitkan hati, di hari pertunangan Qalbi plak tu.. argh.. panas + angin ok malam tu.. huhu.. perlu ker nak minta maaf if kita tak bersalah?? lagi2 dengan orang kepala batu cam angah? huhu.. siyes Qalbi malas nak layan...

puas gak la emak pujuk malam tadi. okeh.. perkenalan ringkas pasal diri Qalbi, saya juga DEGIL.. done. pas tu, kol alang. tanya pendapat alang.. lagi angin sebab suma nya nak back up angah.. hey.. bukan salah adik la.. huh.. back up la adik pulak.. huhu.. T_T

bengang and sedih. tapi bila fikir balik, dia adalah kakak Qalbi. kakak.. yer kakak.. lalu teringat Qalbi akan Umi, bagaimana Umi Qalbi melayan kakak dan abang nya.. sangat hormat dan menjaga hati kakak-kakak dan abang umi.. umi punya hati yang mulia.. lalu Qalbi terfikir, kenapa keegoaan ini tidak di leburkan untuk sebuah ketenangan hati, dan keamanan dalam perhubungan?? tak rugi apa pun kan..

lantas, malam ni.. dengan muka tebal, Qalbi dail no angah dan tngu panggilan berjawab.. then angah angkat kol. bese la.. berbasi-basi lu.. then tanya angah datang tak majlis kawin Qalbi.. huhu.. besela.. ngengada.. majuk la kononnya.. huhu.. namun Qalbi kuatkan hati untuk memujuk angah dan melawak ngan angah untuk lupakan konflik yang lalu.. tau per angah minta??

"dik, tolong topupkan angah 2 ringgit.."

dalam hati, "fuh..sebaik la senang nak pujuk akak aku sorang ni. ganas-ganas dia pun, hati lembut gak..kih3"

so, per yang Qalbi sedari tak rugi pun mengalah untuk sebuah perhubungan yang baik dan aman. memang Qalbi akui, awalnya hati ni agak sakit la, dan sangat sakit sebenarnya. tapi demi sebuah ketenangan hati yang berpanjangan, Qalbi telan juga keegoaan yang Qalbi cuba pertahankan.. Alhamdulillah.. Qalbi boleh senyum semula, bila Angah pun dah ok ngan Qalbi.. heheh..

i love my family so much, sebab family Qalbi sayangkan Qalbi. dan tak lama lagi Mr. Tunang akan jadi sebahagian hidup Qalbi dan teman hidup Qalbi hingga ke syurga. insyaallah.. dan Qalbi akan sayangkan dia selepas Allah dan rasul-Nya.. aminnn insyaallah..

k.. ni la angah Qalbi yang memang keras kepala.. ikut hati dia jer per dia nak wat.. aish..angah..angah.. =)

ha.. yang sebelah Qalbi tu la angah.. hehehe.. aish.. tetiba rindu pulak ngan perangai sengal kakak Qalbi sorang ni.. weeeeeeeeeeee... jap2.. ha, dari hujung kiri, adik Qalbi yang bongsu, Nadia, then adik Nabilah, Alang (Nurul Asyikin) dan Angah (Nurul Hudasyahida) semoga panjang umur agar dapat jumpa uolsz sabtu ni.. aminnn...

salam penuh kasih sayang ^_^

wassalam..

1 comment:

  1. bagus fatihahh... kak long tabik spring pada fatihah... bagus kalau kita selalu mengajar hati kita menjadi lembut...mudah2annn fatihah akan sentiasa bersikap sebegitu.... amin.... kak long doakannn moga berbahagia hendaknya... selalu2 ingat kat family walau dah bergelar isteri... lepas ni geleran sapa pulak selepas fatihah ni... heheheh -

    ReplyDelete