Thursday, November 1, 2012

Tradisi Keluarga

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t
Salam bulan November.. this is my first entry for this month..hu3.. dah lama kan tak wat entry.. so meh baca..meh3.. ^_^ v

Tradisi..
Cik Qalbi bukan nak citer pasal tradisi sesebuah agama ker or bangsa.. tapi tradisi keluarga.. he3.. yeah.. keluarga.. apa yang keluarga korang biasa nya buat, sama ada setiap hari or setiap minggu, setiap bulan or setiap tahun?? hu3

bagi Cik Qalbi tradisi dalam keluarga adalah penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga itu sendiri.. so apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti tersebut sebagai tradisi keluarga uols? so kat sini Cik Qalbi nak bagi beberapa idea berkenaan aktiviti yang boleh dijadikan tradisi keluarga.. he3..

1st: Sembahyang jemaah.. ^_^
ok..sesetengah keluarga leh jadikan ini tradisi keluarga. sama ada leh wat masa solat maghrib dan isya' untuk ahli keluarga perempuan. sebab sure punya la yang lelaki solat kat masjid kan.. sebab, lepas solat leh berdoa sekali sama-sama, muhasabah diri sama-sama dan saling memberi peringatan antara satu sama lain.. pasti boleh merapatkan hubungan antara adik-beradik kan.. kalau mampu wat skali solat subuh..he3..mampukah?? 

2nd: Sambutan Hari Lahir ahli keluarga
ni Cik Qalbi rasa biasa di buat kot.. lg best kalo adik beradik ramai. lagi jimat kalo ramai yang lahir 1 bulan yang sama.. leh celebrate skali kan..he3.. sambutan ini tak perlu meriah sangat. just makan2 yang lain daripada biasa sudah cukup.. Cik Qalbi pasti ada diantara kita xder la mengharapkan hadiah sangat kan, cukuplah sekadar ucapan atau makan bersama tanda ingatan di hari lahir kite. lebih-lebih lagi diaraikan bersama ahli keluarga pasti lebih bermakna kan.. heee

3rd: bersukan di hujung minggu
ha.. ni keluarga Cik Qalbi pun jarang wat.. ha3.. tapi tak der yang mustahil kan.. bersukan ni boleh menyihatkan tubuh badan dan lagi seronok bersukan dengan keluarga tersayang.pasti lagi bersemangat.. kalo kat Seremban ni Cik Qalbi cadangkan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. kat sana ada macam2 alat untuk beriadah dan track berjoging. kalo nak berjoging saja-saja, kat bandar Seremban.. orang panggil Lake Garden. leh joging sambil cuci mata.. he3

cukup 3 dulu yer uols.. Cik Qalbi tak der idea lagi nak pikir per aktiviti untuk di jadikan tradisi keluarga...he3.. so kat sini Cik Qalbi buka ruang utk uols ceritakan tradis keluarga uols di ruang komen..Cik Qalbi nak tahu jugak aper tradisi keluarga uols.. heee..

ok tu jer untuk hari ni.. Cik Qalbi nak g main ngan baby amira.. chow dulu..
take care n babai..

Salam penuh kasih sayang.. ^_^

Wassalam



3 comments: