Tuesday, December 4, 2012

Pengalaman Temuduga Pensyarah Sambilan

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum uols.. maaf la dah lama tak menulis di sini. agak busy beberapa minggu yang lepas.. suami Cik Qalbi balik dan kami sekeluarga pergi jalan-jalan. so, Cik Qalbi just jengah-jengah jer la kat blog ni.. hehe3

ok. entry kali ni, Cik Qalbi nak share cerita dan pengalaman Cik Qalbi pergi interview jawatan Pensyarah Sambilan. actually, Cik Qalbi dah lama apply jawatan kat sana. dulu masa dpt iklan jawatan tu, sehari sebelum due date. so, nak punya pasal, umi tolong hantar Cik Qalbi untuk submit resume dekat tempat tu..dan alhamdulillah dapat panggilan interview.. ^__^

Cik Qalbin dapat call 5 hari sebelum tarikh interview. so, dengan bantuan cik suami, Cik Qalbi buat persiapan untuk menghadapi interview tersebut. Cik Qalbi kena wat slide for mock teaching. subject yang Cik Qalbi kene ajar, adalah subjek Fizik. so, gigih la wat slide cantik-cantik kan..ahaksss.. nervous kemain kan menanti hari temuduga..doa x habis2..he3..

so pada hari kejadian, pukul 8.50 am, Cik Qalbi keluar dari rumah. umah Cik Qalbi kat Senawang. so sampai dalam pukul 9.40 am. alhamdulillah, jalan x jam sangat..hu3. masa drive tu, nervous nyer pasal, sampai Cik Qalbi rasa nak demam.hu3.panas dahi ni.ha..ho3..

sampai jer sana, Cik Qalbi pastikan diri ni 'cantik'..ahaksss.. maksudnya presentable la kan. baju ok, tudung ok, bedak ok, kasut ok..suma ok la.. pas tu g la cari tempat interview. keluar jer lif, Cik Qalbi nampak ada 3 orang yang tunggu kat luar bilik temuduga. two boys and girl. nak hilangkan nervous, Cik Qalbi beramah mesra dengan girl yang ada tu.. dia akak.. umur nak dekat 30 tahun dari Melaka.. dalam 15 minit pas tu, datang la seorang awek lalu depan Cik Qalbi..rupa-rupanya..... ha.. Kak Muni..senior master Cik Qalbi kat UTM..ha..kan dah jumpa..kecik jer dunia ni kan..ha.. so memang borak jer la.. macam-macam citer dengan alasan nak hilangkan nervous la kan.. tapi, ada la jugak Cik Qalbi jeling-jeling slide, sambil baca doa dalam hati, agar temuduga ni dipermudahkan Allah..insyaallah..

Cik Qalbi adalah calon kedua yang di temuduga. *yes leh balik cepat..ho3* pas jer keluar calon pertama tu, terus Cik Qalbi gi la kat depan bilik tu.. ketuk pintu dan beri salam. masuk. ada lima panel penemuduga. diorang dalam umur 30-an dan 40-an, 3 laki dan 2 orang wanita.hu3.. seorang panel laki tu dia suh aku present mock teaching..Cik Qalbi wat pasal Optic.

pas present, panel yang sama juga td, tegur Cik Qalbi present cepat sangat.. *nervous kot. menggigil tangan ni ha..hu3*. dia bitau jugak yang if Cik Qalbi dapat position ni salary Cik Qalbi standard degree jer, sebab Cik Qalbi tak officially grad lagi kan..Cik Qalbi jawab la tak per.. tak kisah.. (dalam hati ni: gaji saya kecik tak per, tak cukup paw suami..ho3)

Then, panel lelaki yang lain tanya Cik Qalbi, per kepentingan subject Optic dalam fizik.. aiyooo.. blur jap time tu.. if korang kene soklan cam ni, jawab jer, subjek ni penting sebab banyak aplikasi dalam kehidupan seharian dan dalam industri..contohnya nak wat senjata, nak wat kenderaan,.. kalo dia pakai spec kan uols cakap la, kalo optic x penting, cm ner nak wat spec mata yang tuan pakai..ha3.. diorang ada juga tanya pasal background family. Cik Qalbi dah kawin, dah ada baby yang comel kiut cam Cik Qalbi.ahaksss.. dan suami Cik Qalbi kerja kat Sabah sebagai engineer..

Pengalaman bekerja juga di tanya. Cik Qalbi jawab la, pernah jadi cikgu tuisyen untuk budak-budak primary school.  pas tu ada sorang panel perempuan tu tanya Cik Qalbi tentang Newtons Ring. konsep dan equation yang terlibat. alhamdulillah.. sebaik Cik Qalbi dah study malam tadi..boleh la jawab.. isu semasa tentang negara dan luar negara juga ditanya..so kene alert la kan, before dtg temuduga tu..^__^

itulah serba sedikit pengalaman yang dapat Cik Qalbi share pada uols semua.. bagi Cik Qalbi, pengalaman ni  amat berguna.. even tak pasti dapat atau tak kerja tu, yang penting kita usaha..selebihnya kita serahkan pada Allah kan..^___^

tolong doakan Cik Qalbi ea.. seandainya kerja dan tempat tu baik bagi Cik Qalbi dan juga baik di sisi Allah, moga Allah bagi kerja tu pada Cik Qalbi..insyaallah.. terima kasih.. ^_^

Salam penuh kasih sayang

Wassalam


3 comments:

  1. Huhu.. Insyaallah dapat.. Gud Luck!

    ReplyDelete
  2. Tahniah...

    Kalau tuan blog sudi.. untuk jv product template resume pensyarah =)

    untuk maklumat lanjut : http://www.kerjayapensyarah.blogspot.com/

    mohon respond tuan blog.

    wasalam
    arawiproduction@gmail.com

    ReplyDelete