Sunday, August 7, 2011

Giveaway Homemade by Zanox: Permulaan pemasaran produk homemade by muslimah ^_^

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 

Wah dah lama sngt Cik Qalbi tak menghapdate entry di belogs ini.. sangat lama... sory2.. tapi awat tetiba Cik Qalbi beriya-iya nak wat entry baru ni??? aish3..

ha.. ni suma pasal.. Giveaway Homemade by Zanox.. so entry ni khas untuk Giveaway tu dan dinilai oleh Cik Zanox @ Zan Zafirah.. heheh... so sanggupla kan Cik Qalbi meng'unprivate' blog ini, semata-mata untuk giveaway tu.. heheh.. so soklan yang terbaru kali merupakan soklan terakhir bagi Giveaway ni.. even dah menang pada 2nd day.. why not cuba lagi kan cos penyertaan dah terbuka pada yang pernah menang juga.. thank you so much Cik Zan sebab bagi peluang untuk mencuba lagi dan memeriahkan lagi giveaway tersebut...hehehe.. ^_^


ok.. soklan2 yang diberikan oleh Cik Zan kita..

 1) Berikan jenis-jenis lipbalm yang dibuat oleh Zanox.
Lipbalm yang di buat oleh Zanox ade 4 jenis.. iaitu..tadaaaaaaaaa


a) Natural mint- Colourless, pure and natural beeswax lip-balm
b) Blushing mint- A hint of blush colour to give girly look to your lip-balm
c) Darling mint- Red tone tinted lip-balm to give a tinted red look to your dull looking lips
d) Bubble mint- Pinkish tone lip-balm to give a pinkish hue to perk up your lips

2) Berapa huruf 'A' dalam nama penuh Cik Zanox @ Cik Zan
Cik Zan Zafirah binti Zainal. So, campur nama Cik Zan dan ayah Cik Zan, bilangan 'A' dalam nama tersebut ialah 5.. betul kan? tak salah kirakan.. heheh

3) Berapa berat tub eye gel?
ha.. ni Cik Qalbi cuakz skit..huhu.. tapi tadi dah usha kat album product Homemade by zanox, baru confident skit kanzz.. hehe.. ok 1 tub eye gel = 5g ^_^

soothing eye gel


4) Kolej matrikulasi Cik Zanox?


ha.. ni Cik Qalbi comfirm.. Cik Zanox ni dulu satu matrix dengan Cik Qalbi.. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.. =)

5) Berapa jumlah bar sabun splashing choco mint untuk dijual?

ha ni la ghupanya bar sabun  splashing choco mint.. cam kek batik kan, ader rasa nak makan x?? heheh.. so selepas di usha, bar sabun ni yang available untuk di jual adalah 9 bar.. so sape2 rasa nak try sabun ni, tapi x leh makan tau, leh jer order kat Cik Zan... =)

now seksyen yang agak mencabar Cik Qalbi dalam mengarang ayat yang kreatif bagai ni kan..huhu.. but never mind just try my very best.. heeeee.. apa yang mencabarnya?? yeah... SLOGAN...

Pendapat saya tentang Homemade by Zanox ialah BEST sebab tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya!! ^_^ Tahniah pada Cik Zan kerana berjaya menghasilkan produk buatan sendiri dengan ilmu kimia dan kecantikan yang dimililki, yang tidak menggunakan kos yang tinggi dan juga berkualiti. dan juga yang paling di yakini, produk Homemade by Zanox di jamin halal kerana dihasilkan oleh orang islam sendiri dan tidak menggunakan kandungan bahan dan alat-alat yang shubhah (ragu-ragu)..  saya bangga dengan apa yang dihasilkan oleh Cik Zan. now saya tengah menunggu hadiah yang telah saya menangi pada 2nd Giveaway iaitu Aloe Loofah Soap dan Bubble mint lipbalm. saya rasa sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya mencuba produk homemade selepas diperkenal oleh seorang kawan melalui blog beliau. saya berharap Homemade by Zanox ni, dapat diperluaskan pasaran nya, terutama dikenali sebagai produk islam yang suci, bersih dan selamat.. Good Luck to Homemade by Zanox. chaiyok3.. ^_^v


owh yeah..  so pada uols yang sempat membaca entry ni, dan minat untuk join giveaway ni, leh la gi singgah fb Homemade by Zanox. semua soalan dan syarat-syarat penyertaan ade di page tersebut. if tak nak join, dan berminat nak shoping barang-barang homemade ni, pun bleh gak.. suma produk yang dibuat ader dipaparkan di page tersebut... di jamin halal, murah dan berbaloi-baloi ^_^

dan if uols nak tahu tips2 kecantikan dan resepi-resepi best ( bagi yang kuat makan macam Cik Qalbi) bleh la lepakking kat belogs Cik Zan ni, di Suka Suki by Zanox. Selamat menimba ilmu..heeeeeee =)


p/s: kredit pixs by Homemade by Zanox ^_^v

1 comment: