Tuesday, April 10, 2012

malam dengan pengisian hati penuh keinsafan

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... hai uols yang sedang berada di depan pc/ lappy menghadap entry baru qalbi.. yang qalbi tau, suma nya, cantik-cantik dan kacak-kacak belaka.ok.. semoga hari ini uols, sihat sejahtera dan happy sampai la korang tido malam kang.. ^_^

dari entry yang lepas, dah lama qalbi tak menaip. bukan tak de story..banyak sebenarnya.. tp qalbi memang tak de masa nak menaip skang ni.. hurm.. yer la.. mengejar due date nak submit thesis qalbi la.. spend time utk anak la.. smpai qalbi rasa, qalbi kene KIV dulu minat qalbi yang satu ni.. dan now qalbi kembali semula, sebab qalbi dah malas nak lepak kat mukabuku..heee

Qalbi skang adelah sorg ibu yang cumil..ecececeh.. sebab ade ank yang comel..tetiba kan.. ok.. xder kaitan pun..  ok..malam ni qalbi nak lepaskan gian qalbi untuk melayankan diri qalbi di sini semula.. ok2.. Qalno ade keja nak wat sebenarnya.. pagi2 sok Qalbi dah planning nak jumpa SV.. harapnya segala urusan besok hari dipermudahkan Allah hendaknya.. so perlu prepare la kan. tp disebabkan keghairahan nak hapdate entry.. so Qalbi janji.. habis jer, aku akan stay up atleast 1 hour.. xper dah teguk nescafe 2 cawan td.. ho3..

meh sini Qalbi nak share, malam tadi, gi Kompleks IKRAM. Ade perkongsian pengalaman mereka yang join programe Global March Jerusalem (GMJ) yang berlangsung pada 30 March 2012. ok secara ringkasnya, program ni ibarat dan sememangnya menyatakan bantahan seluruh penduduk dunia terhadap kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk islam palestine. uols sure know right, segala bentuk kekejaman yang mereka lakukan terhadap rakyat palestine, kanak-kanak, wanita, orang tua dan semuanya la.. kejam,kejam,kejam!!!!.


so, programe ini bukan nak hntar bantuan kemanusiaan pun, just perkumpulan manusia dari seluruh dunia di tempat yang paling dekat dengan Palestine, kalo tak silap aku kat Jordan. sempadan jordan - palestine. (sori, lupa nama tmapt tu)..actually mereka yang terlibat dengan programe ni, nak berusaha masuk ke palestine. namun tak kesampaian kerana bimbangkan keselamatan diri mereka. Alhamdulillah,  programe ini mendapat sambutan seluruh dunia, tak kira la samaada mereka Islam atau tak.. sebab masalah palestine bukanlah berkaitan dengan orang islam sahaja, tapi berkaitan dengan kemanusiaan sejagat.. ok.. sori, aku tak reti sngat menaip secara fact.. but the basic think, kita umat islam akan terus berusaha untuk membebaskan palestine, walau apa pun halangannya.. Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita..

so pada uols di luar sana, jgn duk asyik leka ngan K-pop, M-pop..wat ever pop2 la kan.. cer luangkan masa, muhasabh diri, melihat kehidupan masyarakat islam sekarang ni.. apa yang boleh kita sumbangkan, or lakukan untuk memperbaiki kemaslahatan umat. kalo tak mampu dengan tangan, dengan doa pun x der hal kan.. yang penting jangan putus asa, terutama dalam memperbaiki diri kita sendiri.. kat sini Qalbi sertakan link, bagi readers baca tentang salah satu tarikh penting berkenaan dengan sejarah Palestine.
klik sini-->>9 April

itu saje untuk pagi ini.. bleh qalbi nak minta tlg readers sekalian.. after baca ni.. tlg berdoa dalam hati..
"Ya Allah, berikan kekuatan dalam hati kami untuk menegakkan islam dalam kehidupan kami, juga kekuatan pada diri dalam membela islam dan umat2 islam yang lain. Ya Rahim, berikan jua kekuatan dan semangat bersatu padu yang kuat antara umat islam dalam membela umat2 islam palestine, syiria dan di mana sahaja yang dizalimi..insyaallah.."

"Ya Allah tlg permudahkan segala urusan hidup qalbi ^_^"
p/s: doa ni option, nk tlg doakan utk Qalbi pun bleh.. terima kasih.. ^_^

tq ea readers yg cumil2 dan kacak2 belaka..

salam penuh kasih sayang..

wassalam..

No comments:

Post a Comment