Monday, April 23, 2012

Admire

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum... 
lewat petang ini.. Qalbi ingin mencoretkan rasa hati, rasa hati yg terluah.. setelah melihat per yang Qalbi tak harapkan ianya diperlihatkan.. 

Alhamdulillah..syukur pada Allah, kerana membuka hati Qalbi, memperkenankan doa-doa umi selama ini.. mengharapkan agar Qalbi kembali semula kepada Qalbi yang dulu.. Qalbi di sekolah agama.. berpakaian seperti apa yang umi dan abah harapkan.Bertudung Labuh.. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Qalbi berubah.. selapas mengenali suami, dan sebelum berkahwin beliau sangat menyokong perubahan Qalbi.. sehingga  Qalbi sanggup sedekahkan tudung bawal Qalbi pada kawan, yang sangat Qalbi suka, warna oren. tudung yang Qalbi pakai, yg membuka hati suami terhadap Qalbi.kerana katanya, Qalbi cantik dalam warna oren..heee..

dan sekarang, Qalbi hanya mengidamkan tudung labuh. seorang kawan, yg Qalbi kenal sejak sekolah, dari sekolah sehingga lah kali terkahir berdepan dengan dia, dia masih bertudung labuh..alangkah manisnya muslimah ini.. masih istiqamah dengan tudung tersebut..dialah kawan yang Qalbi jadikan contoh dalam diri Qalbi, untuk berubah sedikit demi sedikit... dan Alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah, jika Dia ingin memberi, pastinya akan diberi pada siapa yang terpilih. jika tidak, Bapa saudara Rasulallah pun, tidak memilikinya jika ia bukanlah pilihan Allah.. subhanallah..

betapa Qalbi admire dengan pemakain dia, akhlak yang digambarkan sangat baik, sehingg penah terdetik di hati, seandainya hayat ku tidak lama didunia ini, akan ku pinang dia menjadi zaujah suami ku.. pengganti diriku dan ibu pada anak-anak ku.

namun, Allah maha mengetahui.. entah apa yang telah berlaku dalam hidupnya.. akhirnya... tudung itu sudah tiada menutupi dia.. yang ada hanya kain tudung bawal (mungkin) yang mengganti tudung labuh itu, bersilang di dada..Allah maha mengetahui....

dalam hati ini beristighfar.. dan bersyukur pada Allah.. akan hidayah dan diberi.. dan Qalbi mohon pada Allah, istiqamah kan lah diri ini dengan hidayah yang telah diberikan.. dan apa yang telah berlaku pada kawan Qalbi itu, Qalbi minta pada Allah, kembalikan dia seperti yang Qalbi kenal dahulu.. sesungguhnya Allah maha mengetahui.. subhanallah..

bersyukurlah dengan Nya sentiasa.. ^_^

Salam penuh kasih sayang.

Wassalam..



No comments:

Post a Comment