Monday, December 12, 2016

Happy Birthday Amira!!!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

minggu lepas, aku masuk ward lagi after seminggu lebih batuk tak sembuh-sembuh. 3 malam tido hospital, dan hari keempat aku boleh balik.. bosan? tak la.. kesunyian, keseorangan dah sebati dengan hidup aku.. bukan nak berlagak.. tapi aku harap Allah tetap kuatkan hati aku walaupun aku hidup sorang-sorang.

kadang-kadang orang tak boleh hidup bila dia sorang2. bila dia tak de sape2 nak teman.. tapi alhamdulillah, aku dibesarkan hidup anak tunggal even aku punya 6 beradik yang lain.. dan still aku rasa sendiri itu lebih sesuai dgn aku. aku bukan jenis suka kawan geng ramai2, rimas.. krn aku tak mudah percaya org..

lewat pagi ni..aku just nak share.. hari ni.. 12.12.16.. adalah ulang tahun kelahiran anak sulung aku, Amira Safiyyah.. yang ke-5. kejap saje masa berlalu..amira dah 5 tahun.. aku rasa macam baru semalam aku ulang-alik dr johor ke seremban hantar susu untuk bekalan Amira.. syukur terima kasih Allah bagi aku pinjam Amira selama 5 tahun ini. mengizinkan aku mencorak amira dengan lakaran warna yang aku pilih.. semoga warna2 itu yang akan menjadikan Amira aset untuk aku tebus diakhirat nanti yang membolehkan aku kw syurga Nya nanti.

Amira..
mama tahu, mama bukan ibu terbaik,
mama selalu marah kakak sampai mama sakit..
mama garang dengan kakak,
even acapkali mama janji, mama tak nak marah kakak, marah tetap akan marah dengan mehna yang akak buat.
kerana mama tahu kelemahan mama, mama sukar kawal marah untuk anak2 sebesar kamu..

tapi kakak tahu, kakak penyeri hidup mama, kakak ajar mama erti sabar, pentingnya sabar untuk kesihatan mama.. pentingnya mama kawal emosi mama untuk lihat senyuman kamu sayang.. kerana, kalau mama marah, mama sakit, mama masuk ward, mama terpisah dari kamu..sedangkan hari-hari mama nak peluk kamu untuk serap segala kekuatan dalam menjaga kamu. mendidik kamu sayang..

untuk 5 tahun bersama kamu, kamu petah berkata, mama seronok menjawab setiap pertanyaan kamu, melayan setiap hafazan surah kamu, menjawab setiap maksud perkataan english yang kamu mahu tahu.. melayan setiap amarah kamu dengan tenang.. mama masih mencuba sayang walaupun acapkali mama tewas dengan amarah mama..

sayang mama, Amira..
mama masih mencuba yang terbaik untuk mewarnai hidup kakak. selagi nyawa masih dikandung badan, kakak amanah Allah untuk mama laksanakan.. semoga Allah sentiasa berikan mama kesabaran, kekuatan untuk memberikan yang terbaik dalam mendidik kakak menjadi manusia solehah, yang memberi manfaat dalam kehidupan.

mama sayang kakak.. selamat ulang tahun ke -5 anak mama.. Amira Safiyyah..

No comments:

Post a Comment