Thursday, June 3, 2021

PKP 3.0

Dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Salam Tahun 2021. dah hampir 6 bulan kita di tahun 2021. apa pencapaian dalam hidup kita yang kita dah dapat? haha.. boring soalan ni.. terpulang pada target hidup masing- masing.. ada yang nak kaya, banyak duit.. beli rumah, travel.. naik pangkat.. dan macam2 lagi.. aku doakan apa yang korang target kan dalam hidup korang menjai kenyataan.. aminnn..

saat aku menulis ni, Malaysia telah hari ke-3 PKP 3.0. kali ni senang sikit nak ingt tarikh PKP.. 1 Jun hingga 14 Jun. setiap kali PKP, selama 14 hari.. dah setahun lebih.. macam2 dah berlaku... sampai dah ada 3 varient yang berbahaya sekarang ni.. orang yg dijangkiti Covid-19 pun, xde symptom. bila swab je tau2 positif.. Innalillahiwainnailaihirajiuun.. 

selama PKP 1.0, 2.0 dan 3.0 yang baru 3 hari ni.. pelbagai ujian yang setiap dari kita lalui.. dan pada aku sendiri.. ujian paling berat adalah ujian emosi.. mental health.. Alhamdulillah, setakat ni aku mampu menghadapinya.. yang penting aku belajar dalam hidup ni, "Low your expectation".. dengan sesiapa pun..

untuk beberapa bulan ni, target aku adalah nak jaga mental health aku betul2.. nak train emosi aku, diri aku untuk adapt dengan cepat.. perubahan baru.. in our future kita tak tahu kan apa yang bakal berlaku. tp kita boleh predict dengan apa yang kita rancang dan buat sekarang ini. 

dan yang paling penting kene ingat, urusan hidup kita bukan di tangan kita.. semuanya di sisi Allah.. (nak ckp tangan kang, tak boleh samakan Allah dengan makhluk). so apa yang kita rancang dan usahakan, ingatlah Allah ada rancangan Nya buat kita.. so bertawakal lah.. serahkan diri dengan sebenar-benar penyerahan kepada Allah.. 

ha.. banyak plak syarahan aku.. actually, aku tergerak hati untuk kembali membaca blog2 aku, yang aku tulis lebih kurang 10 tahun lepas.. untuk personal blog aku ada 2..yang ini dan satu lagi aku dah private kan.. "bila keyboard berbicara dari hati.." 

dulu,  aku rajin menulis.. yer la menda merepek.. haha. now dah 30 series.. nak merepek apa ea? haha.. bila aku rasa hati aku diuji, aku buka balik blog-blog aku, untuk aku baca semula kenangan2 aku dahulu.. dulu aku rajin.. ada kenangan je aku nak story.. tp sekarang, handfon kat tangan pun, bila ada event ke, aku jarang nak snap picture.. ada la 2 3 keping gambar.. selebihnya dari group whatsaap family.. aku kagum dengan orang yang boleh amik gambar, siap buat video bagai.. haha nampak sangat aku pemalas..

so harapkan amira or amirul yang amik gambar-gambar..plus husband aku pun, Amir,  tak suka bergambar.. can you imagine, berapa je gambar kami bersama yang aku simpan? hmm aku pun x kira.. tp aku comfirm gambar kita org x banyak dalam simpanan dia..hahah..katanya wajah aku dlm hati dia.. hahah.. lelaki.. ayat manis berpisah tiada..

aku tak berapa update kisah aku kat FB or IG.. sebab? ntah la.. ada ke yg nak tahu? hahaha. ko budget ko Hajjah Neelofa ke qalbi oi.. kah3..

ok la.. aku rasa lega bila menaip balik citer2 ni.. yeah..ada burden yg tanggungi di hati aku sekarang ni.. sebab tu aku buat throwback sendiri.. untuk ingatkan aku, yang aku pernah bahagia dan gembira satu ketika dahulu.. so, kembali lah bahagia.. you can do it qalbi.. come on.. 

ok.. itu je dulu..  Selamat ber PKP.3.0. dok umah..please la.. kesian kat frontliner.. kalau aku kat tempat dorang pun koyak weh mental.. huhu..

ok good nite..

Wassalam..


p/s: rindu nak berholiday.. ni reunion dengan kawan-kawan course Amir.. aku menumpang je.. hehe..inshaAllah nanti plan reunion course aku plak.heheh

Tuesday, December 8, 2020

muhasabah diri #1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum...

bila kita menjadi orang yang bekerjaya.. dan sangat komited pada amanah atau kerja yang diberikan, seboleh baik kita nak buat yang terbaik.. dengan erti kata lain, kita nak rezeki atau gaji yang kita dapat itu berkat.. yer.. itu sepatutnya..

dan sebolehnya kita tak nak atau tak mampu untuk berkata tidak pada setiap apa yg diminta daripada kita.. walaupun pada waktu hari bercuti.. semua arahan boss or permintaan rakan sekerja, tak mampu kita cakap 'tidak'.. kerana apa? daripada pekerjaan itu, kita dapat gaji.. kita buat yang terbaik, kita dapat gaji yg berkat..

tapi, bila dengan pasangan, dengan anak-anak, kita boleh marah-marah, bila mereka mengganggu urusan kita menyiapkan kerja.. kita tinggi kan suara tanpa memikirkan hati mereka, kita harap mereka faham yang kita sibuk dengan urusan kerja.. yang perlu disiapkan..

kerana apa kadang-kadang kita tak boleh toleransi dengan mereka? kerana gaji yang kita dapat, kita bagi pada mereka.. mereka tidak memberi gaji kepada kita..tapi gaji yang kita dapat daripada majikan, itu yang kita perlu belanjakan kepada pasangan dan anak-anak kita..

so, pasangan kita perlu terima if kita sibuk denga kerja kita.. 

#muhasabahdiri

Tuesday, April 28, 2020

#momentamirul 1

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari... 

Aku just cerita dan share kisah aku ngan amirul .

23 April 2020.

lately ni amirul asyik nak buat semua benda dengan aku. salah satunya nak gosok gigi sama-sama. lepas tu petang tu saya nak mandikan dia.. ketika mandi tu saya tersyampoo rambut amirul tanpa sedar. sebenarnya dia nak buat sendiri.

Amirul: kenapa mama ubuh syampoo tu? adik nak buat sendiri.. (dalam nada marah)

Saya: tak pe la mama buat. lagi pun suka gosok rambut adik masa mandi.

Amirul: adik tak nak.. mama basuh balik, adik tak nak mama buat.. 

gaya dia suruh saya basuh rambut dan biar dia sahaja yang buat. geram nya lak ai dah la nak solat masa tu.. kemudian selesai bilas badan dia, saya keluar untuk ambil tuala. bila buka pintu toilet, dia ready nak keluar. lagi sekali mulut dia membebel marah kan saya.. tapi saya tetap lap kan badan dia dengan tuala sehingga kering.

Amirul: mama ni.. tak yah la syampoo rambut adik... adik nak buat sendiri. tu syampoo adik (tak henti membebel kan mama)

Saya: kejap.. syampoo tu siapa beli?

Amirul: mama

Saya: so, syampoo tu siapa punya?

Amirul: adik (sambil muka dia macam pelik dengan jawapan sendiri)

lagi saya tanya sampai dapat jawapan yang saya puas hati.

Saya: shampoo tu siapa beli?

Amirul: mama

Saya: so, shampoo tu siapa punya?

Amirul: mama punya.. eh tak adik punya (sambil buat muka manja rasa bersalah. hahah)

Saya: ha.. betul la tu.hahah so shampoo mama punya la..kenapa adik nak marah2? heheh.. 

lalu amirul merangkul saya dan memeluk saya sambil minta maaf untuk silap dia marah-marah saya ketika mandi tadi.. kami pun happy semula.

*******

saya tak nak lupa moment ini.. sbb saya rasa happy bila amirul pandai mengawal emosi dia dan cepat minta maaf walaupun kadang2 dia tak bersalah..

tu je,

ok bye



Tuesday, December 24, 2019

Exam online yang ntah keberapa kali.. aku tak ingat..!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

assalamualaikum.. aku plan aku nak publish benda ni after aku dapat result terakhir perjuangan aku.. semuanya terserah pada Allah.. awal-awal aku dah tawakal.. sebabnya.. Allah dah menulis takdir aku, sebelum aku lahir lagi.. rezki aku juga telah ditetapkan lebih awal.. so, inilah perjalanan aku untuk menjemput rezki aku yang satu ni.. penyerahan aku bulat-bulat pada Allah s.w.t.

Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal ====> DUIT

3 November 2017.

untuk kali ke berapa aku tak pasti. maybe kali ke tiga kalau tak silap aku, aku amik ujian bertulis untuk permohonan masuk Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41. pertama, kalau tak silap aku di johor bharu masa tu.. sedang mengandungkan amira. masa tu aku tak lepas.. dan kenangan tak boleh lupa, pengawas tegur aku sebab guna calculator masa jawab exam. haha

Kali kedua tahun 2014 dan yang ketiga tahun ni.. masa dapat tawaran untuk sit for thiis exam, aku baru lepas frust sebab fail dalam ujian online LHDN. masa tu aku rasa ramaiiiii sangat orang yang mohon. tak pe bukan rezeki. so aku macam tak bersemangat nak sit online exam for PTD. tapi bila tengok tarikh, yes masa tu my husband ada kat rumah.yeahhhh..

so hari kejadian aku hanya baca nota-nota yang dah aku update dari penjual nota untuk exam online.. kenapa update? sebab dulu pernah beli nota tu tapi tak lulus pun exam online.haha.. So kita update sahaja secara free. ok. pada hari kejadian suami balik. malam tu pukul 7 dah log in masuk laman web online exam. lepas maghrib, umi bawa anak-anak g masjid bagi can mama jawab exam dengan tenang.kah..kah.kah.

pukul 8, aku tunggu husband balik dari masjid untuk tolong jawab exam pengetahuan am.. ah.. sudah, dia extend sampai isya' pulak.. tak per, kita redah sorang-sorang. Allah kan ada... so, cara aku, aku kluarkan suma nota yang aku dah beli (soft copy). minimise kat skrin laptop. dan sebelum mula exam, nota-nota yang aku baca, aku akan letak keyword dia, dan muka surat sekali. contoh pasal sistem pentadbiran malaysia, m/s: 49. contoh la. so, bila kene soalan tersebut just taip muka surat, dan dapat la jawapan. tak pun ko google cepat-cepat. make sure line internet superb. selesai part A. dan make sure jawab semua soalan. jangan tinggal walaupun hentam.

part B, matematik pulak. mula dalam pkul 9 macam tu. sebaik suami sempat balik. so segala soalan yang kene baca menjela-jela, aku pas kat husband.yang pendek dan logik, aku buat. confident..aku kan cikgu maths.kah..kah..kah.. dan husband pun memang otak maths.soalan-soalan susah sahaja aku bagi.hee.. Alhamdulillah..kami managed jawab semua dengan masa berbaki.. untuk kali ini aku sangat puas hati berbanding exam online yang lepas-lepas. tapi still sama, aku tawakal. dan doa yang terbaik kepada Allah.. kalo lulus tu terbaik la.. tak lulus pun terbaik jugak..inshaAllah.

dan keputusannya aku terima semasa hari convocation Azim dan Aisyah kat UIAM Gombak.. dapat message dari SPA. mula-mula dapat tu, macam tak excited nak cek. sebab.. tak nak rosakkan mood.. yerla ngah happy kan orang graduasi.. kang kalo tak lulus, memang hilang mood..comfirm...

dah lepas saat-saat happy, aku slow-slow buka laman web.. dan semak keputusan. dannnnnn.....




ALHAMDULILLAH.. AKU LULUS EXAM ONLINE UNTUK PERTAMA KALI..

kah..kah..kah.. ok..why aku gelak? sebab aku rasa aku noob sangat..exam online ni ramai je selalu lepas.. kalo korang cek kat blog-blog orang share pengalaman PTD ni, ada yang sampai 4,5 kali gi interview.. ha..maknanya exam online dan PAC dorang kacang je..teror la sebab lepas semua tu dan boleh g interview.. huhu..

ok. pas tu kita g UKJK dan ujian Psikometri. yang ni aku kene pada 24 Januari dan 31 Januari. nanti aku update lepas ni.. =)

semoga memberi manfaat.. =)

p/s: owh ye. pada yang baca post aku ni tahun 2019 or tahun 2020, ni sekadar sharing cerita sahaja. aku tulis pengalaman aku ni bulan April 2018. so untuk exam online PTD 2019, hari tu aku ada join jugak. tapi exam dia mcm eeeeee.. geram aku.hahah.. sebaik la bulan pose masa jawab exam tu.. hahah..

yang aku ingat exam tu ada 3 bahagian. A, pengetahuan am, B untuk matematik dan C untuk english. yang english ni ada 2 cerita kene baca dan ko kene jawab soalan la.. mcm exam SPM. ha... sape teror english SPM, kacang goreng la korang jawab nnt. haha.. 

ok kesengalan aku nak share pasal exam PTD 2019, hahahha... ok masa amik exam tu ada beberapa calon yang tak lepas untuk log in tau.. so dorang buat la aduan kat FB SPA.. email bagai la.. ok..so calon-calon yang tak dapat log in ni, dapat la retest balik.. yang  aku hangin bila..soalan retest adalah soalan yang sama sibijik sebijan dengan calon2 yang dapat log in masa exam online pertama.. macam haremmmmm.. kenapa aku tahu? sebab kecoh kat FB SPA, dan aku tolong kawan aku jwb exam tu sbb dia salah sorg calon yang kene resit exam.heheh...

akhirnya..kami sama2 x de rezeki lulus exam..huuhu..so terus la jd job hunter..hee.. so good luck tahun 2020..if SPA nak amik lg PTD baru.. dengar cerita kerajaan tak de pencen dah.. huhu.. kerja swasta je la kita... huhu..

ok tu je.. bye.

wassalam.

3 tahun ghupanyaaa

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum..

Last update aku 25 December 2016, genap 3 tahun aku tak up date apa- apa post dalam blog aku..haha.. sapu2 jap habuk2 dalam blog ni.. Jap.. acane aku boleh buka balik blog aku? hurmmm..

tadi la sedang tunggu colleague aku buat kerja, aku tetiba teringat url blog aku.. saja la buka kan.. haha.. actually lepas last post aku 2016 tu, aku ada draft post aku nak citer pasal skin aku break out and experience aku g ujian PTD pada 2018.. aku lepas sampai interview.. aku ingat dulu if aku dapat kerja PTD tu, aku akan post cerita tu.. tapi tak dapat..hehe.. so aku peram.haha

tak pe.. bila aku lapang aku akan up post pasal pengalaman aku tu untuk jadi bahan rujukan korang yang nak jadi PTD nanti..

oooo my life.. sekarang, heheh.. amira akan masuk darjah 3 tahun depan. dan amirul tadika 6 tahun. dan sadly said, i still PJJ dengan my husband almost 9 years.. bulan 1 ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9.. Alhamdulillah kami masih survive.. 

Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja office hour. since amira dah sekolah, aku usaha cari kerja office hour supaya malam aku ada masa untuk ulang kaji pelajaran amira. Sebelum ni aku Freelance guru mengaji untuk orang dewasa. Seronok sebenarnya ajar orang mengaji ni.. tapi serius aku cakap, aku tak reti ajar budak2 mengaji..hahah.. 

so, selama 3 tahun aku stop menulis, ada ke yang datang ke blog aku? kalau ada harap apa yang korang baca boleh beri manfaat pada korang. heee.. kalau ada la..

ok.. bye..

Sunday, December 25, 2016

indahkan sabarku..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

assalamualaikum..

hujung2 bulan ni waktu aku gloomy.. rasa dari hari jumaat aku rasa tak sedap badan. demam sampai la ahad (hari ni).

pas tu dengan macam2 yang jadi buatkan aku lost kejap dalam diri.. tak tahu apa yg Allah bagi ni ujian atau nikmat.

bila kena layan ragam manusia yang buat aku lelah, aku rasa nak lari guna pintu suka hati.pergi mana2 saje tanpa org kenal aku. atau pun fly g kk jumpa suami tanpa bercerita masalah... lupakan segala.. sebab suami aku pun dah punya banyak masalah tentang kerja dan dsbg.

dulu, aku bukanlah macam ni..masa aku belajar.. aku seorang yang happy, aku suka buat kerja yg jumpa org, aku suka deal ngan orang even org tu annoying.. mana diri aku yang dulu?

now, aku nak deal ngan anak2 pun smpi sakit kepala.haha. sebulan 2 kali aku demam. hahaha..

tapi suma ni ada hikmah.. Allah.. sabarkan aku.jangan biar aku salah buat keputusan.. bantulah aku utk berjalan di jalan mu.. mujahadah dengan kesabaran.

kadang2 aku tewas, tapi dengan ingatkan Mu aku tahu Kau ada jalan untuk aku yang terbaik yang Kau tetapkan.. tenang kan aku, sabarkan aku..

kisah hidup aku adalah untuk aku nikmati, syukuri. aku tak perlukan kan kekayaan dan kemewahan utk bahagia dan berjaya. cukuplah kejayaan aku itu, aku tenang, dan sihat dalam kehidupan aku, masih boleh menjemput rezeki untuk besar kan anak-anak. tolong suami dan keluarga. dan menyumbang untuk masyarakat.

Ya Allah,kembali kan suami aku pada ku. aku tahu setiap kali aku minta ini pasti air mata aku akan mengalir. dan aku akan sakit kepala. 6 tahun sudah.. dan untuk berapa lama lagi harus aku bersabar? jadikanlah sabar menanti untuk bersatu itu indah buatku,sehingga aku lupa lama penantian itu.. sabarkan aku ya Allah..sabarkan aku..

Monday, December 12, 2016

Happy Birthday Amira!!!!

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

minggu lepas, aku masuk ward lagi after seminggu lebih batuk tak sembuh-sembuh. 3 malam tido hospital, dan hari keempat aku boleh balik.. bosan? tak la.. kesunyian, keseorangan dah sebati dengan hidup aku.. bukan nak berlagak.. tapi aku harap Allah tetap kuatkan hati aku walaupun aku hidup sorang-sorang.

kadang-kadang orang tak boleh hidup bila dia sorang2. bila dia tak de sape2 nak teman.. tapi alhamdulillah, aku dibesarkan hidup anak tunggal even aku punya 6 beradik yang lain.. dan still aku rasa sendiri itu lebih sesuai dgn aku. aku bukan jenis suka kawan geng ramai2, rimas.. krn aku tak mudah percaya org..

lewat pagi ni..aku just nak share.. hari ni.. 12.12.16.. adalah ulang tahun kelahiran anak sulung aku, Amira Safiyyah.. yang ke-5. kejap saje masa berlalu..amira dah 5 tahun.. aku rasa macam baru semalam aku ulang-alik dr johor ke seremban hantar susu untuk bekalan Amira.. syukur terima kasih Allah bagi aku pinjam Amira selama 5 tahun ini. mengizinkan aku mencorak amira dengan lakaran warna yang aku pilih.. semoga warna2 itu yang akan menjadikan Amira aset untuk aku tebus diakhirat nanti yang membolehkan aku kw syurga Nya nanti.

Amira..
mama tahu, mama bukan ibu terbaik,
mama selalu marah kakak sampai mama sakit..
mama garang dengan kakak,
even acapkali mama janji, mama tak nak marah kakak, marah tetap akan marah dengan mehna yang akak buat.
kerana mama tahu kelemahan mama, mama sukar kawal marah untuk anak2 sebesar kamu..

tapi kakak tahu, kakak penyeri hidup mama, kakak ajar mama erti sabar, pentingnya sabar untuk kesihatan mama.. pentingnya mama kawal emosi mama untuk lihat senyuman kamu sayang.. kerana, kalau mama marah, mama sakit, mama masuk ward, mama terpisah dari kamu..sedangkan hari-hari mama nak peluk kamu untuk serap segala kekuatan dalam menjaga kamu. mendidik kamu sayang..

untuk 5 tahun bersama kamu, kamu petah berkata, mama seronok menjawab setiap pertanyaan kamu, melayan setiap hafazan surah kamu, menjawab setiap maksud perkataan english yang kamu mahu tahu.. melayan setiap amarah kamu dengan tenang.. mama masih mencuba sayang walaupun acapkali mama tewas dengan amarah mama..

sayang mama, Amira..
mama masih mencuba yang terbaik untuk mewarnai hidup kakak. selagi nyawa masih dikandung badan, kakak amanah Allah untuk mama laksanakan.. semoga Allah sentiasa berikan mama kesabaran, kekuatan untuk memberikan yang terbaik dalam mendidik kakak menjadi manusia solehah, yang memberi manfaat dalam kehidupan.

mama sayang kakak.. selamat ulang tahun ke -5 anak mama.. Amira Safiyyah..

Sunday, October 30, 2016

warded

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum w.b.t

setiap hari aku dah letak dlm planner aku untuk update blogs ni.. tapi biasala.. x dan nak on lappy.. selesa skit nak update blogs kat lappy berbanding guna smartphone..huhu.. ok. memandang kan aku tengah dok sorang2 sekarang ni, xder gangguan..so ni lah masanya.heee

29/10/16
aku rasa ni first time aku masuk ward after tukar insuran baru.. alkisahnya aku sakit perut lebih dari 2 hari.. dah makan ubat doktor bagi pun still sakit.. so, petang sabtu tu, aku g hospital dan warded.. time to rest..huhu.. mkn ubat ikut jadual dan di pantau setiap hari.. hmmmm

minggu ni, minggu last suami kerja di kuala lumpur. hampir 2 bulan, suami ulang alik kerja KL. rasa happy sangat suami ada di sisi bersama dengan anak2. kejap je masa berlalu..weekend ni suami akan fly balik sabah.. *sedih.. pas ni, raba-raba sebelah katil, tak de orang dah teman tido sebelah.. semoga tabah. sobs..sobs..

ok la tu je nak update dlu.. tlg doakan aku cepat sembuh..tq..

wassalam..