Friday, November 11, 2011

belog is open again..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi dan menikmati setiap nikmat dan rahmat pemberian Mu..

aku decide nak open balik belog aku..hahah.. awat?? sebab....sebab.. sebab.. ntah..heheh.. tak semestinya semua menda perlukan sebab kan.. dan tak semua perkara perlu diceritakan..heheh.. wat so ever la...

ok.. pembukaan entry aku kali ni.. just nak wat announcement.. heheh.. I'm mama wannabe.. alhamdulillah.. tak lama lg jer.. hehehe.. mudah-mudahan segala dipermudahkan Allah.. amin.. now, aku dah start bekerja di rumah.. dah hmpir dua minggu aku di Seremban. awal minggu ari tu, macam busy skit..sebab prof aku merangkap sv aku nak document macam-macam..heheh.. aku kan suka wat keja last minit.. so alhamdulillah..selesai dengan jayanya.. heeeeee

percaya atau tidak, aku adalah wanita yang mengandung, yang mengharungi kehidupan aku sebagai bakal ibu tanpa suami di sisi??

aku tak pernah terfikir yang aku akan mengalaminya dan melaluinya seawal usia aku ini, dengan mengandungkan anak yang pertama. aku sendiri tak sedar yang aku sedang alami saat itu sehinggalah kandungan aku dah masuk 7 bulan dan semakin membesar.. aku rasa keseorangan sangat di UTM, even ader sahabat belajar dan seusrah yang sangat care terhadap aku.. alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka pada aku.. aku sedikit malu dan segan dengan mereka.. maafkan aku wahai sahabat-sahabat ku kerana menyusahkan kalian... T_T *mode: terharu..*

keadaan aku sentiasa dalam emosi dan mudah terasa hati terutama denagan orang yang paling aku sayang. kerana ini anak pertama.. dan kami jauh.. kadang-kadang aku tak nafikan, sakit yang aku tanggung buatkan aku menangis sendiri tanpa dapat aku luahkan melainkan pada Allah yang memahami..kerana aku tak nak mengeruhkan keadaan.. Alhamdulillah pada Nya ada ketenangan dan kekuatan.. aku tak rasa sunyi sangat.. pada saat itu, saat aku emosi dan sakit, aku rasa ingin sangat di manja, dan diberi perhatian. namun, aku usahakan untuk ketepikan kehendak hati kerana banyak lagi yang menuntut perhatian aku.. kerja + study..huhu.. maka aku tahankan hati dan memendam rasa..harapnya boleh dilupakan segalanya..agar hati ini lega, tenang dan bahagia..

Alhamdulillah..setakat ni..aku masih mampu tersenyum, tersenyum dan tersenyum dengan kehidupan aku sekarang.. dan dalam jangka masa menanti tanda kasih dan cinta bersama cik suami.. Alhamdulillah.ada umi dan abah di sisi yang menemani..walaupun suami jauh di sana.. aku redha.. aku tau di sana juga dia merasa risau melihat keadaan aku.. namun, inilah namanya ujian.. ujian dalam kehidupan berumah tangga.. ^_^

so dalam masa duk di rumah, aku banyak menimba ilmu yang luar dr bidang kajian akademik aku.. ilmu agama, ilmu perbezaan antara laki dan perempuan, ilmu bagaimana nak jaga baby, ilmu nak kuruskan badan pas bersalin, ilmu berpantang.. masyaallah.. banyak sangat yang aku tak tau.. dan aku yakin, apa yang aku tau skang ni, adalah sangat-sangat ciput kan.. huhu.. x per2.. jum sama-sama doa semoga Allah sentiasa tambahkan ilmu kita, dan kurniakan kefahaman untuk setiap ilmu yang kita perolehi dan dapat manfaatkan nya untuk bekalan di akhirat nanti...aminnn ya Allah.. ^_^

now, aku ngah baca buku ni, Men Are from Mars, Women Are from Venus..

ni la buku dia.. famous kot..hagaagaga

ok..aku rasa macam terlambat nak baca, sbb patutnya before kawinkan aku baca tapi lepas kawin baru la merangkak-rangkak nak baca.. huhuhu..buku ni hadiah dari my best fren forever... Atiqah Kren.. kren, sbb dia keja kat kilang wat kren..heheheh.. nama dia sebenar, Nor 'Atiqah binti Mohd. Nurulhuda. hehehe.. tahun lepas dia bagi for my besday, sampai tahun ni, x habis-habis lagi..heheh.. buku english version ni, mmg merangkak skit aku nak habiskan.. kalo di bagi novel Ramlee Awang Mursyid.. comfirm satu hari leh khatam..hagagaga.. sengal..

kenapa aku baca??? cos aku nak memahami lelaki yang sekarang ni merupakan suami aku.. laki dan perempuan kan banyak perbezaan nya.. so dengan perbezaan, macam-macam perkara tak best yang boleh berlaku sebab salah faham kan..so, aku akan usaha ape yang termampu untuk memahami dia, dan bahagiakan rumah tanngga kami hingga ke syurga..aminnnn ^_^ 

aku pun berharap one day dia akan baca buku ni, dan memahami wanita yang menjadi isteri dia. heheh..leh kan sayang?? mana tau, abang rezki murah kawin 2 ke, x der la pening kepala nak handle isteri kalo macam-macam ragam kan..heheheh *ok..just kidding.. =P*

ok..mama wannabe mau rest.. hehehe.. tu jer.. nites uols... ^_^

Salam Penuh Kasih Sayang ^_^

Wassalam..

No comments:

Post a Comment