Saturday, July 2, 2011

luahan hati kerana tak larat tengok POLITIK KOTOR Malaysia..

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Aku benci POLITIK.. Aku benci POLITIK KOTOR.. BENCI GILEERRRR..

Aku bukan tak membaca, lagi aku baca lagi aku sakit hati.. namun itu suma untuk pengetahuan jugak so aku kene jamah.. kerajaan, pembangkang.. sama-sama kotor.. 

now kecoh pasal Bersih 2.0.. kita suma tau kan.. dan motif mereka pasal nak bersihkan pilihanraya yang akan datang. kenapa perlu bersih?? nak kata PRU dulu tak bersih ker?? mungkin. apa yg dorg tuntut pada kali ini, salah satunya penggunaan dakwat kekal, tiada pengundi post.. dan.. ntah aku x sure lg.. yeah yang pastinya, x der nak bg kerakyatan pada warga asing supaya mengundi satu parti ni.. ni mmg aku kata KOTOR GILER.. 

tahun ni, dah tiba masanya aku mengundi.. aku just harapkan Malaysia jadi negara Islam.ada pemimpin Islam, yang tak der fikir nak wat pusat hiburan banyak2 kat malaysia ni, untuk tingkatkan ekonomi negara.. giler bullshit idea tu. then, aku tak nak pemimpin yang nak bina menara tinggi2 mahal2 then x der orang nak duduk sebab tapak sewanya mahal.. kenapa tak bagi duit tu untuk bangunkan kemudahan bagi rakyat negara kita yang dalam kesusahan. bagi pendidikan percuma pada rakyat dari mula tadika sampai habis belajar, macam manifesto kat Thailand tu.. even manifesto, tp x mustahilkan dilaksanakan.

aku tak nak pemimpin, yang terus menggalakkan hiburan yang melalaikan kat malaysia ni.konsert sana, konsert sini, pertandingan nyanyi dari kecik smpaila ke orang tua.. aku tak faham, if budak2 dr kecik dah dilatih jd penyanyi, jd penghibur.. sape yang bakal jd pemimpin yang boleh kita harapkan???

so please la.. zaman Nabi dulu, baginda boleh bina sebuah negara dengan pelbagai kaum, aman dan adil. aper yang penting hukum islam kita tegakkan.. berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah. tp, now pemimpin kita lg bijak pndi wat hukum ikut akal sendiri.. terpulang.. 

aku sebagai rakyat, akan terus mendoakan kesejahteraan negara aku ni.. Allah itu lagi kuat dari bala tentera korang orang-orang politik ni, yang main kotor untuk jd pemimpin.. aku tak kater pembangkang or kerajaan. dalam diri kamu ader seketul daging iaitu hati, yang tau aper yang kamu lakukan, aper yang kamu mahukan.. apakah perjuangan kamu ini, demi kepentingan kamu, ataupun demi agama, dan negara. aku malas nak mention bangsa, sebab pasal bangsa ni la, nak gaduh satu malaysia.. kalo kita dahulukan agama, aku tak rasa hal2 cm ni akan jadi.. huhu..

moga bila tiba masanya, istikharah la.. untuk memilih bakal pemimpin kamu, yang akan membawa negara ni, kejalan yang Allah redhai.. insyaallah.. ya Allah, bantulah hati-hati ni dalam memilih pemimpin2 kami ya Allah.. tolong kami ya Allah, tolong kami untuk memilih...aminnnnn


No comments:

Post a Comment