Friday, February 18, 2011

moRaL up

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

"tahun pertama kamu ketika buat master, kamu ibarat dalam gua yang kelam.." -Dr. XXX

Assalamualaikum.

aku setuju dengan kata Dr tersebut.. bukan nak melemahkan semangat. tapi itu lah hakikat. ibarat dalam gua yang kelam, aku dok meraba-raba mencari cahaya.. OMG.. kadang-kadang rasa nak patah balik ke pangkal jalan. namun, semua itu bukan semudah yang disangka.. kalau tak dikenangkan harapan abah yang mahukan aku mempunyai segulung Ijazah Sarjana, memang aku dah tekan gear reverse dah.. huhu..

pengorbanan abah dan umi terlalu banyak dalam hidup aku.. sampai aku mati pun, tak terbalas kot.. huhu.. so, merangkap anak tunggal, anak yang baik, anak yang solehah (bakal), anak yang comel dan kiut miut aku akan teruskan jugak perjalanan dalam gua yang kelam ni, walaupun tak der lampu suluh yang dibekalkan.. huhu.. namun, aku tau walaupun gua ni gelap, kelam, ader jer orang yang menemani aku..

thanks sesangat kat my beloved husband. dari awal mengenali suami, dia sentiasa beri sokangan  moral pada aku.. sentiasa positif dengan apa yang aku lalui sekarang.. dan paling besh, dia nak suport aku studi pas ni, if kerajaan x nak suport aku..heheheh.. terbaik la sayang kan.. ^_^

umi dan abah.. mereka juga penyokong setia aku.. ni dari segi moral dan kewangan.. huhu.. tapi sekarang aku tak nak minta sokongan kewangan. bukan disebabkan aku dah bersuami.. hakikatnya aku malu nak minta even umi selalu menawarkan bantuan..aish.. jangan di sogok..memang nak la kan.. tapi bila kenang balik, dah-dah la tu..ko bukan tak berduit pun Qalbi.. memang ade duit..just kene pandai belanja kan secara berhemah.. Alhamdulillah, pas kawin mood untuk bershoping sakan telah berkurang. dan bersyukur sangat aku bukan la yang gila jenama. kengkadang beg aku beli pun tahap pasar malam punya.. pe de hal kan.. asal bleh guna, ader aku kisah..hohoho..

dan, my fren.. kak ain.. ha.. aku ni, macam duplicate dia la.. dulu masa awal-awal dia wat master ni, macam aku sekarang ni la.. aish.. tapi aku memang kagum dengan sikap indipendent dia. semangat yang kuat. aku memang kagum. hope, aku leh jadi lebih baik dari dia. lebih berdikari, lebih kuat dan lebih positif pada hidup ini.. kita kan ada Allah. mesti leh tempuh la semua masalah kan.. minta jer pada Allah. insyaallah Allah tolongkan.. ^_^

ni lah kak ain.. lecturer wanna be.. insyaallah.. aminnnn... 
ari tu ade dengar berita best dari kak ain.. semoga menjadi kenyataan dan berjalan dengan lancar.. aminnn ya Allah..

pesanan untuk aku, : sila jaga kesihatan anda sebab antibodi anda tak kuat. kalo tak nak kene inject vaksin macam suami kene, sila jaga kesihatan. okeh!!
: sila teruskan projek master anda, dan berfikiran positif. pedulikan ape orang cakap, yang penting kau dapat ape yang ko nak dengan cara yang diredhai... ade paham??!!!

ok dah.. sila studi =P

Salam penuh kasih sayang ^_^

Wassalam..


2 comments:

  1. aku phm sgt maksud berada dlm gua yg kelam tu...
    terus bersemangat Qalbi

    love!

    ReplyDelete
  2. oh yer sheril..
    kamu juga harus semangat ea.. ti kita grade same2..
    weeee

    love 2!

    ReplyDelete