Thursday, March 28, 2013

Pengalaman Temuduga Industri

dengan nama Allah,aku memulakan rentak jari menari...

Assalamualaikum

22 Mac 2013

Petang tadi aku dapat kol dari satu company untuk interview . So tak pe kita redah jer dengan persiapan yg terbaik..Insyaallah tu azam aku..

Mlm tu aku mencarik maklumat dan of cos aku akan berbincang dengan penasihat aku.. Owh hari ini, even dia sedikit lambat reply msg aku, x der dgr plak dia marah2 frust tentang serum lg..Aku rasa pasti dia dah jumpa serum yang lain pulak..hehe.. 

Ok.. Nnt aku smbung pas aku dah lepas interview k.. Babai

*******

26 Mac 2013


Temuduga hari selasa lepas, adalah temuduga kedua aku dalam bidang industri. First interview kat Nilai lepas hantar spiral binding thesis. Yang kedua lepas hantar hard cover thesis, kat Senawang jer..Baru 2 kan..Pe de hal..Kalo tak dapat tak yah nak nagis benor la.. Buruk kan.. huhu3..

Tapi aku nak keje kat 2nd company ni.. Dah la dekat ngan umah.. Save duit minyak kete aku taw.. Dah la minyak mahal skang ni..Aku g naik basikal pun tak pe kan.. hu3.. Ok.. Abaikan..

Ok pengalaman dan tips. Bagi aku ni inteview paling sampoi berbanding apa yang penah aku lalui sebelum ini.. Nervous tu masa awal-awal, masa aku leh salah tempat temuduga.. Confident punya pasal, aku g parking jauh-jauh.. Dah la salah tempat, pas tu kene g amik balik kete and g tempat yang betul.. Sebaik la kuar awal so tak de masalah nak kejar masa g tempat yang betul.. Just, yang tak leh terima.. Make up hampir cair okeh.. arghhhh.. *ok abaikan*  Tips: survey awal-awal tempat interview + pakai makeup yang tak mudah cair.

Sampai kat kaunter mak guard dia suh isi nama dalam buku log. Aku tengok cam ramai yang datang interview hari tu tapi x sure la post yang sama ke tak kan. Ada sorang budak india ni, dia pun datang untuk interview  masuk ke pejabat sama-sama dengan aku. Cik puan management suh kitaorg duduk dulu.. Tak sempat nak panaskan kerusi nama aku di panggil.

Ok, nervous sudeyy..

Aku duduk dan bermula la sesi temuduga dalam bahasa melayu + english.. bagus!! Aku leh rojak.. sbb interviewer aku orang melayu. tapi dia mcam ketua department untuk department yang aku apply tu. Okeh.. bermula la interview..

introduce yourself
done.
do you know the job specifications of this position?
done.ok.. (aku bagi jawapan general.he3)
ok. saya bagi awak satu situasi.. kalo staf bawahan awak.. bla..bla..bla..bla..
ok.. If my staf bla..bla.  I wil..bla..bla..bla.. (kira ni soalan berkenaan dengan masalah dengan staf-staf bawahan kita la..kene fikir cepat. sbb aku tak jangka soalan ni keluar)

Pas tu ada la soalan2 lain. Aku leh rumuskan kat interview session kali ni, before kita pergi kita kene tahu pe yang bakal kita hadapi masa kerja, macam jobs spec, dan contoh situasi masalah-masalah dengan staf bawahan if kita kene jadi leader. Pas tu, soalan technical, dorang tak tanya sangat tapi kene prepare sikit-sikit, sbb masa interview dorang akan citer jugak apa company buat. so awal-awal ko kene review pasal company, product company to show that you well prepare. Cakap kene confident even ko rasa was-was. Pas tu, ko leh commit tak dengan kerja and berapa lama ko leh stay dengan company? Untuk soalan ni aku rasa dalam bidang industri memang akan di tanya if waktu kerja dorang ada waktu shift dan company tu macam  baru nak expand. So ni suma kene wat homework. Before nak redah kene sediakan perisai.. he3.


Tapi bg aku interview kali ni, aku lagi enjoy lagi sempoi. Sebab dengan interviewer ni, aku dapat gambaran banyak tentang company, cara bekerja, dan juga orang yang bakal bekerja dengan aku. Nice.. tu pun kalo dapat la kan..

So selebihnya aku tawakal saja.. Actually aku submit resume hari khamis lepas 21 hb, dan dipanggil interview 22 hb.. Gelabah aku.. Dah la tak time tu aku kat UTM lagi. balik bilik plug dalam bilik tak leh guna. Kene la aku online kat bilik TV..Semata-mata nak carik profile company and nak minta nasihat dari penasihat aku yang jauh tu..hahaha..

By the way, thank you pada yang menolong dan mendoakan terutama cik suami, keluarga dan sahabat handai.. tq so much..

ok. nak g spa la hari ni.. jum bajet kaya..hahahaha



Wassalam ^__^ v

No comments:

Post a Comment